30 August 2010

Birthday Nurul Yang Pertama - Genap 1 Tahun - 24/08/10 Part - 2

huh banyak lak gambar ... tu la dah kata , toksah pakai blog de.. buat penat scrolling je guna blog nie.. heh heh , pakai multiply la best... tapi tu la, multiply mmg dah ada...











26 August 2010

Rahsia wudhu’ dari sudut kesihatan

Rating:★★★★★
Category:Other

dipetik dari http://mmczone.multiply.com/reviews/item/416/416

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapakk kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu…

tambahan...

sesungguhnya Solat itu sangat lengkap. Solat juga sebenarnya tidak pernah menjadi beban, melainkan ianya adalah ruang dan peluang bagi kita melepaskan beban.. ruang kedamaian. ruang isterirehat.

saya share nie... lengkapnya Solat sebagai ruang melepas bebanan hidup... dikaji oleh kafir, dan di adaptasikan dalam kehidupan mereka..


ambil contoh ...

apabila mereka stress..
saya terfikir...
mereka ke Spa.. urutan dan akupuntur...
mereka melepaskan stress dengan Aquatherapy.. (terapi air)
mereka melepaskan stress dengan aroma therapy ( terapi bau wangian )
mereka melepaskan isi hati... jumpa psychiatrist...
Dalam Solat...

1. Ambil Wudhu' ... --> Aqua Therapy... campur Urutan... termasuk menekan titik akupuntur...

2. Lepas Wudhu' sapukan minyak wangi atar... ( Aroma therapy )

3. Apabila tenang dengan kedua ini, maka kita Solat... ( berbicara sendiri dengan Yang Esa ... --> jauh lebih baik berbanding berjumpa psychiatrist !!!) Dalam Solat ada senaman dan regangan... mengembalikan tulang belulang ketempat asalnya....
sekian huraian simple...

24 August 2010

Birthday Nurul Yang Pertama - Genap 1 Tahun - 24/08/10

Kemudian tibalah pulak untuk menyambut hari jadi Nurul genapnya umur satu tahun...

mmg takdelah nak buat celebrate yang besar-besar memandangkan tiadalah mampu.. hohohohoho... tapi dibuatkan lah juga majlis makan2 sikit, pada hujung minggu tersebut..

Memula kat umah uwan Taman Indah.. Uwan belikan macam troli tu la.. mang ai, binga telingo dibuek eh dengan bunyi-bunyi eh tu... tengok ajo gegamba kek bawah nie ha... osah suko eh Nurul tu.. troli tu uwan yang belikan...



04 August 2010

Liquid tension


Rating:
Category:Music
Genre: Other
Artist:Liquid Tension

aku baru perasan, aku tak pernah up apa2 pasal band sampingan kepada Dream Theater. Aku teringat masa mula2 keluar keset dubbing beli kat kedai aunty kat campbell. sebab album nie tak masuk Malaysia mulanya. Aku try, dan terus jatuh cinta dengan kualiti, skill dan melodie.
disini, kelemahan scene musik di Malaysia yg selalu aku katakan, sebab aku benci penyanyi-penyanyi di Malaysia, majoriti. mereka bukan penyanyi, mereka tukang nyanyi, tapi mereka jauh lebih popular dari yg memainkan instrumen, the guys yg benar2 skillful dan yang mencipta..

So, kat sini aku nak memperkenalkan band sampingan dream theater dulu, band lagu instrumental progressive. ramai tak tau pasal band ni... so sapa nak tau pasal band nie, leh le g recce sendiri. sapa yg ada simpanan live2 dream theater akan perasan 2-3 lagu nie masuk dalam live mereka. aku ada lagi kaset diorang.



banyak lagi video2 diorang ni, leh le g tengok2 kat youtube... try layan guna headphone.. selami skill setiap ahli.. cuba pikir macamana diorang hafal melodi yg banyak dalam setiap lagu...

kepala ngan kaki korang akan goyang nanti...