14 July 2008

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasa

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .. ......
terima dari kawan via email..


> Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait
> dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh
> mana kesihatan diri anda :-
>
> 1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

> i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang
> tinggi.
> Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam
> proses pembuangan toksin.
> ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi.
> Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
> iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan
> toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan
> mengandungi asid berlebihan.
> iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan
> hati atau bebanan kerja
> v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana
> tidak puas hati atau bebanan yang berat.
>
> 2. HIDUNG

> Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan
> kerongkong.
> i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian
> kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya
> suhu badan meningkat).
> ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang
> berlebihan.
> Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
> iii) Bersin
> a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
> b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
> 
> 3. Batuk

> a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian
> kerongkong.
> b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang
> berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa
> hari memakan RG..
> c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang
> toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya
> berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada
> udara yang tercemar.
> 
> 4. KERONGKONG

> i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
>
> di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita
> memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
> ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan
> lebih serius.
> 
> 5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

> i) Bibir pucat
> a. Sistem penghadaman yang lemah.
> b. Perut mengandungi angin.
> c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman
> yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat
>  besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu
> dengan RG sebelum memakan zat besi.
> ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan
> toksin.
>
> 6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan
> sistem pengedaran darah.

> i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung
> mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap
> menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain
> lagi.
> ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah
> (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
> iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut
> untuk pembuangan toksin.
> 
> 7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

> i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi
> toksin berlebihan.
> ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang
> lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi
> dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
> 
> 8. KULIT Berpeluh:

> a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
> b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui
> perpeluhan.
> 
> 9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang
> berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
> 
> 10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin
> melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang
> mengandungi bahan kimia.
> 
> 11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang
> larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
> berkenaan.
> 
> 12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang
> lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula
> dengan lebih sihat dan subur.
> 
> 13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

> a. Sakit Sendi
> i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi
> berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
> ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism)
> .
> iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah
> menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

> b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan
> tidak lancar.

> c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau
> sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian
>  lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
> jantung mungkin berlaku.

> d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan
> tidak lancar.
> e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah.
> Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk
> terlalu lama.

> f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat
> kelamin.

> g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah
> pinggang akibat lemah tenaga batin.

> h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal
> penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
> 
> 14. TANDA-TANDA DALAMAN

> A. KEPALA.
> Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian
> kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah,
> jantung dan saraf otak.

> B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
> Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan
> mental dan banyak berfikir.

> C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

> i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah
> tinggi.
> ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan
> darah tinggi atau tekanan darah.

> D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
> :Menandakan penyakit migrain.

> E. BISUL TERJADI DI KEPALA

> Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang
> dikaitkan  dengan penyakit migrain.

> F. RASA PENING YANG MEMUSING
> Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
> 
> 15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

> a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan
> toksik dari bahagian perut.

> b. MUNTAH DARAH
> i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di
> bahagian kerongkong dan
> ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di
> bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
> 
> 16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK: Tanda sakit jantung.
> 
> 17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT. Proses pembuangan toksin
> dari kerongkong akibat jangkitan kuman
> 
> 18. KENCING

> a) KERAP KENCING
> Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

> b) AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang
> dalam  buah pinggang.
> c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang
>  mengandungi kotoran berlemak.

> d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses
> pembuangan  toksin sedang berlaku.

> e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah
> pinggang luka.
> 

> 19. BUANG AIR BESAR

> a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan
> kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta
> merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di
> bahagian usus besar.

> b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

> c) NAJIS BERDARAH

> i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di
> bahagian usus.
> ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

> d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan
> toksin di bahagian usus sedang berlaku.
> 
> 20. BADAN

> a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah
> disebabkan saluran darah.

> i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

> ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

> iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang
> berkaitan dengan organ-organ badan.

> iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

> b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi
> asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

> c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang
> berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air
> untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

> d) BADAN TERASA RINGAN :
> Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
>
> 
> 21. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga
> batin lemah.
> 
> 22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan
> darah tinggi.
> 
> 23. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.
> 
> 24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
> i)  Sistem jantung yang lemah.
> ii)  Sistem saraf otak yang lemah.
> iii)  Masalah pengaliran darah.
> 
> 25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang
> lemah.

27 May 2008

MAJLIS BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT UTK PAETOT

Start:     May 28, '08 11:00a
Location:     MASJID KG JIBOI BHARU
SALAM!
SAYA DAN KAWAN2 AKAN MENGORGANISEKAN SATU MAJLIS BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT BAGI SAHABAT KITA PAETOT.

TARIKH: 29 MEI 2008
LOKASI: MASJID KG JIBOI BHARU, AMPANGAN, SEREMBAN.
MASA : SEBELUM SOLAT MAHGRIB.

DENGAN BERBESAR HATI DAN PENUH BERHARAP, PIHAK KELUARGA PAETOT MEMOHON SAHABAT2 PAETOT UTK CUBA HADIR, DAN MEMANJANGKAN BERITA INI. SEKIAN...


22 May 2008

The Corporate language !!

The Corporate language !!


"We will do it"


means

" You will do it"



"You have done a great job"


means

"More work to be given to you"



"We are working on it"


means

"We have not yet started working on the same"



"Tomorrow first thing in the morning"


means

"Its not getting done...
At least not tomorrow !".



"After discussion we will decide - I am very open to views"


means

"I have already decided, I will tell you what to do"



"There was a slight miscommunication"


means

"We had actually lied"



"Lets call a meeting and discuss"


means

"I have no time now, will talk later"



"We can always do it"


means

"We actually cannot do the same on time"



"We are on the right track but there needs to be a slight extension of the deadline"


means

"The project is screwed up, we cannot deliver on time."



"We had slight differences of opinion"


means

"We had actually fought"



"Make a list of the work that you do and let's see how I can help you"


means

"Anyway you have to find a way out no help from me"



"You should have told me earlier"


means

"Well even if you told me earlier that would have made hardly any difference!"



"We need to find out the real reason"


means

"Well I will tell you where your fault is"



"Well... family is important, your leave is always granted. Just ensure that the work is not affected"


means

"Well you know..."



"We are a team"


means

"I am not the only one to be blamed"



"That's actually a good question"


means

"I do not know anything about it"



"All the Best"


means

" You are in trouble"

mamak tak leh ngucap!

Pada 29 April yang lepas, jam 9.30 pm, saya dan 2 anak bujang (Ikmal, Azrin) plus
kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu      
'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya,      
Senawang . Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata
pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what
I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-              
                                                                                 
Frank : "Ini kedai halal ka?"                                                    
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan    
Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)                                      
F : "Awak muslim ke?"                                                            
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)                                      
F : "Mengucap tengok!"                                                            
R.A : "Ahh?"                                                                      
F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"                                            
R.A : "Apa itu?"                                                                  
F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"            
R.A : (Start panicking... )                                                      
F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"                
R.A : (truly panic, looked scared also)                                          
F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"                                                
R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."
                                                                                 
Pendekkan insiden perbualan sampai sini...                                      
                                                                                 
Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4  
kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang  
order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun
(langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol
dia gabrah...                                                                  
                                                                                 
Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar          
Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu
belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah,    
buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol
belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya,
pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu  
jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan        
jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang
disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).              
                                                                                 
So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak
makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia  
barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih  
kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya    
disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu  
kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah
forward to some of you earlier.                                                
                                                                                 
Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang  
popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada,    
berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah
bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.      
                                                                                 
Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan.  
Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita  
mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan
makanan kita.                                                                  
                                                                                 
Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan
tu suroh dia mengucap tengok!