Showing posts with label nizran mencerabih. Show all posts
Showing posts with label nizran mencerabih. Show all posts

10 December 2023

Kursus Di Kompleks Tabung Haji, Penang.

Actually nie adalah entri yg ke dua bab nie, last nite been doing lots of writing using the blogger app, pasti suddenly ambek kau, app hanged, than everything gone. Bangang nya app. Hmmm.... Apa agaknya aku mencerabih semalam?

 Kalau cuba diingatkan balik, nanti dah hilang feelnya, sebab feel semalam x sama dengan sekarang nie. To simplify things, kiranya macam nie la... Setelah bercuti dari jumaat, means jumaat lagi dah balik, utk celebrate bday anakanda tersayang, maka sudah 4 hari juga dapat bersama mereka.

Alangkah bahagianya. Semalam, macam biasa, asalkan kene pergi kursus mana2 my first choice would be naik keretapi. I love it so much, I couldn't remember when was my last bus ride.

Journey dimulakan dari seremban ke KL Sentral, dan macam biasa juga, memandangkan I'm a friendly type of person, I started to make friends sebelum naik train lagi. Mcm biasa berbual mengenai journey, how to get here n there. Etc... Well, dapat berbual dengan org dan berbaik sesama manusia, alangkah bagusnya.

 X lupa, sambil dengar rungutan orang awam, I think n karang satu email n sent it to ktm, wow.. They have responded it today! Either its a good job, or there's nobody else in this world that ever give them any email.. Hahahaha.... Anyway thanks a lot... Here's are what they responded....

 Dia macam biasa, kalau journey malam, I prefer amek katil. Ditakdirkan jiran sebelah atas dan tepi adalah orang dari indonesia. Hahahaha, lawak betul... Beberapa kali dengar mereka complain sempit laa, itu la ini laa... X bole tido laa... Macam2! Make me started to think, adakah perkhidmatan keretapi di Indonesia lebih selesa? Mmmm.... Memang la coach keretapi nie zaman batu, nak selesa naik la ke kelantan punya. Sebab ketapi laluan sebelah sana, coach mereka jauh lebih selesa. Hahahaha.. Sambil cuba utk tido tu, maka hati ni asyik teringatkan isteri dan anak... Aduhai rindu nya... Rindu sangat... Alangkah bahagianya kalau sentiasa dapat bersama mereka. Mmm alangkah best nya... Alangkah bahagianya....

 Bagi org yg mudah tido, rasanya tiada masalah journey naik keretapi malam nie, naseb baik dah setting x cukup tido the day before.. So walaupun asyik terjaga, syukur dapat juga selelap dua. Setiap kali terjaga mengucap... Bukan apa risau juga dengar bunyi keretapi yg laju... Kadang terasa terlalu laju... Hehehehe... Well... Nanti akan sambung lagi bab 2, journey bila dah sampai butterworth... Sebab sekarang dah rasa ngantuk nie. Nak sambung tido pulak besok nak kursus dalam keadaan segar...

Nizran - 22/07/2015

Hari ni patutnya ok. Semalam g keje motor tayar pancit. Redah sampai Pilah dr umah. Masa nak balik, singgah kedai moto, tukar tayar seken, masuk tiub sebab rim da ngelong. Rabak 30 hengget.

Tapi rupa2nya x ok.

Pagi td masa g keje pancit balik. Hampir xcdent sebbaek dapat kawal. Bahaya gile amek lap masa tayar pancit. Lepas tu bawak slow2 dengan belakang bergoncang sampai kedai moto kat tg Ipoh, Pilah.

Kena tukar tayar ngan tiub lagi. Rabak lagi...

Sebbaek la ada last kopek sen dalam pouch.

Ptg mcm biasa kene g bank. Sblm g bank,  singgah pejabat pos dulu..

Keluar dr pejabat pos nak ke bank, ada satu kereta citra horn2 kat belakang.

Bila ke tepi, dia lalu, dia maki hamun, dia blah..

Puas aku pikir apa salah aku. Nak kata kat tengah, jalan pekan Pilah bai, aku nak buat mcmna, lane kiri org double parking, yg dalam lane kiri himpit ke kanan. Mmg la aku kene ke kanan ckit. Lagipun depan aku ada kereta. Kalau ko potong aku pun, kau nak ke mana, dalam pekan Pilah bai. X jamn x Pilah la. Lepas tu ko maki hamun aku...

Untuk anak2...

Apa yg berlaku pada abah adalah simple ,
1. Abah kau miskin. Kalau abah pakai harley ke, cbx ke, atau kereta mahal mcm naza citra tu, mesti abah x kena marah, x kena maki.

2. Abah dah bukan pemarah, abah bila x dpt nak kejar, abah tahan diri dari pandang no Plate kereta tu. Atau cuba nak cam muka dia masa dia maki abah.

Sebab abah pendendam dan sangat baran. Tapi yg penting dalam masa split second tu, abah leh decide utk sabar, analyse, dan ingat abah bawak duit utk dibankkan. Dan demi membesarkan keluarga, abah sedar cara paling baik utk pecahkan muka orang adalah bukan semasa bekerja. Tapi repeat, potong, pijak, pada masa lain, pada waktu yg cantik dan xde saksi.

Tapi abah tahan dr ingat semua tu sebab abah x nak motong orang lagi..

So, ingat lah. Jangan jadi bangang mcm abah, jangan jadi miskin macam abah. Orang miskin, xde degree, xde diploma adalah lipas masyarakat. Kena maki, kena perli, sentiasa dianggap x wujud.. Pandangan x diterima, keputusan nya dianggap remeh. Kalau korang jadi org yg berjaya, mampu beli umah bagus, kereta bagus, korang x kena layan mcm sampah, macam yg abah kena. Org miskin lain g keje naik moto abah g keje naik moto pinjam..

That is how fuckup my life. Xpe lah, asalkan dapat balik dan bergurau ngan korang, tengok korang happy, happy dalam keadaan miskin, im ok.

Atleast abah ada gembira tu walaupun zaman muda abah teruk.

Till next time.

18 August 2021

HALO Rider

 Motor xde... Lesen xde .. boleh ke jadi Rider delivery makanan? Jawapannya ialah boleh je. 

Grab X jalan, xpe, kita try jadi rider delivery, motor xde? Xpe, kita try bedal guna kereta. Selamba. Asalkan bapak korang bukan duk rumah tanpa usaha. Bapak kau akan tetap cari jalan. Niatkan satu sahaja, utk keluarga tersayang Lillahi Ta'ala. Bapak kau X berangan nak mewah2kan diri. Bapak kau cukup happy kalau dapat bawak balik jajan memalam utk tengok korang happy. 


Tapi tu lah kan. Sebab tu lah rider2 delivery ni naik motor. Bukan apa, cas nya lebih rendah, upahnya lebih rendah. Upahnya bermula dari kedai ke lokasi hantar . Dia X kira kau berapa jauh. 


Setelah lebih sebulan abahkau selamba bawak Halo Rider ni, maka abah kau faham la kenapa rider2 bawak laju. Utk setiap order tu ada jangkamasa delivery nya. Kau awal, kedai lambat siapkan order, kadang tu abahkau sampai, baru dia nak cek app dia , ada tu dia X bukak langsung . Apa punya merchant la. 


Bila nak delivery pulak, yg alamat kat map X betul satu hal. Dah sampai kat drop point. Kat hutan pulak, bila dia bagi location betul2 tu dia, tambah lagi 5km ke 8km. Ye lah ye lah... Layankan aje lah. Anggap je lah amal jariah saja2 isi masa lapang . Hahaha... 


Jadi setelah sebulan lebih abahkau buat keje delivery, masih X dpt nak rolling dan lagi merisaukan, km keeeta dah nak dekat ke waktu nak servis .. mana modal nak servis nanti. Baik kurangkan penggunaan kereta. 


Korang jgn anggap abah kau giveup tau. Kita kena realistik. Keje delivery makanan mmg X sesuai kalau guna kereta. Abah kau dah eksperimen bebaik dah. 


Xpe, InsyaAllah, abah ngan ibu kau ada plan seterusnya. Semoga dipermudahkan oleh Allah segalanya , semoga semuanya berjalan lancar. 


03 July 2021

Kena pindah??

 Makanya pada pertengahan bulan Jun 2021,  telahpun keluar circular mengatakan abah kau ni kena berpindah ke MRSM Batu Pahat pulak. Terpaksa dan akur dengan peluang dan cabaran baru ini, abah kau pun menerima dan berpindah lah kita sekeluarga ke Batu Pahat. 

Bersyukur ke hadrat Illahi, perpindahan kita ini mendapat sedikit sebanyak bantuan daripada sahabat yg memudahkan dan menanggung kos sewa , kos2 yg lain.  Sebab nak harapkan abah kau, gaji mmg dah clear paling lama dalam tempoh seminggu selepas terima gaji huhuhu. Bersyukur kepada Allah kerana hadirnya sahabat seperti ini. Semoga kita sekeluarga tak lupa jasa diorang ni, semoga kita sekeluarga X lupa mendoakan mereka ini. 


Alhamdulillah, syukur lagi, kita mendapat rumah kuarters . Walaupun cuma 1/3 je dari saiz rumah lama kita di Ledang, tapi sebenarnya itulah standard rumah kuarters kerajaan bagi golongan peringkat sokongan. Kita ambil juga sebab kalau cari rumah luar, kos akan lebih meningkat, kawalan keselamatan mungkin akan lebih rendah dan rumah sewa sekarang xde yg murah2.


InsyaAllah, ckit2 kita cubalah jadikan rumah kecil ini sebagai syurga kita. Biar rumah kecil asalkan kita bahagia jgn rumah besar tapi kita tak seronok. Ada rezeki nanti kita buat lah agar rumah kecil ni selesa .


Kita usahakanlah.... Btw... Dah try bawak grab di Batu Pahat. Siap masuk group whatsapp pemandu. Namun apakan daya. Musim PKP ni mmg mcmni lah keadaannya. 


Giveup? Mana boleh, X kak abah kau giveup. Abah kau akan cari jalan lain. InsyaAllah. 

23 January 2021

Usaha...

 Sejak PKP menggila, passenger grab pun menurun, bawak grab dah X memberikan hasil, maybe ok utk area bandar2 besar. Utk area Muar, Tangkak. Drop teruk, mcmana lah agaknya nak survive agaknya. Nak putus asa, X boleh. Mcmana nak bayar kereta lagi... Berdoa dan terus berdoa. Mungkin akan ada caranya nanti. Mungkin akan ada jalan keluarnya nanti. Aku cuma nak satu je. Aku X nak anak2 bini beranggapan yg bapaknya X usaha. Biar X balik dan main dengan anak2, asalkan Kitang satu hari nanti tau, bapak korang kadang sampai menangis tepi kereta tepi jalan, sebab xde customer. Tapi bapak korang akan balik dan berlakon gembira. Ingat tu. 

29 April 2020

Ramadhan PKP ... Year 2020

Assalamualaikum, dah masuk Ramadhan 2020, Ramadhan kali ni sgt bermakna buat aku sebab aku dari dulu x suka Ramadhan dan x suka Syawal. Hahaha..  bahaya kan ...

Yg aku x suka bukanlah bulan mulia tu, tapi ketidakmampuan aku untuk berbelanja dan menyediakan yg sedap2 utk keluarga.
Ketidakmampuan aku menyediakan perjalanan ke rumah sanak saudara, ketidakmampuan aku menyediakan pakaian cantik2 utk keluarga.

Di zaman medsos, semua org akan share kesedapan juadah penuh lazat di atas meja. Ada yg up gulai udang masak lemak , aku pulak dah lupa bila last dapat makan ikan...

Syukur Alhamdulillah atleast kami ada makanan atas meja. Syukur Alhamdulillah ada jugak yg memberikan sumbangan. Patutnya tahun ni boleh dah makan sedap2 masa berbuka. Tapi aku xleh nak bawak grab pulak time mcmni. Babi punya virus .

Tapi kita x boleh nak jealous dengan kemampuan org lain. Lain keluarga, lain income mereka lain pula tanggungan mereka. Kita kena make do dengan apa yg kita ada, apa yg kita mampu.

Hidup mesti diteruskan, dan aku harap suatu hari nanti anak2 akan memiliki kehidupan yang jauh lebih baik. Bila dah tiba zaman korang nanti harap korang faham...

Ada secoet harapan agar pkp ni diteruskan sampai raya haji pun xpe , jadi save bajet x yah nak beraya. Tapi itu tidak adil kepada mereka yg di barisan hadapan, mereka yg meniaga utk menyara keluarga.

Kita atleast ada bantuan, ada gaji , syukur Alhamdulillah, mcmana pulak dengan yg ketua keluarga x dpt income , yg full time driver ... Yg meniaga, etc etc...

Nak up dlm media apa kita makan , segan lah pulak... Hahahaha....  Hidup mesti terus.. dan scroll je lah bila tengok org up pos makanan sedap2 atas meja... Kita tak tau mcmana orang tu struggle falam hidup dia utk dapatkan makanan enak2 utk keluarga dia. Kita tak tau perjalanan hidup dia. Utk menilai walaupun 1 org manusia , kita kena terlebih dahulu meletakkan kaki kita dalam kasut dia..

Kita tak layak nak demand lebih2 ckit buat masa ni. Namun begitu aku harap, korang dah besar nanti pun toksah lah jadi org2 yg sentiasa share semua dalam medsos. Takde gunanya.

Selagi ada sekelumit zarah amarah dlm hati tu bahaya utk masa depan di sana kelak. Ingat tu

12 May 2019

Ramadhan 2019

Bila bapak kau miskin..

Hancur hati ...

Bertabah la nak. Bapak kau x guna

Ramadhan my arse

24 July 2018

Operation kaki Nurul 22 Julai 2018

21hb Julai 2018.

Kami sekeluarga bersiap seawal pagi. Nurul bukan main bersiap, dia ingatkan mcm nak pergi tido hotel. Sampai je dkt Hospital Pakar Muar, abah uruskan pendaftaran di wad. Dan seterusnya Nurul pun dapat katil di wad. Tghr abah n ibu balik KKTM balik dan waktu tu kami decide utk cari homestay dkt dengan hospital sebab risau kalau apa2 abah nak lambat sampai ke hospital. Petang tu lepas lawat kakak kat hospital, abah cari budget hotel yg dekat dan mudah nak ke Hospital..

Ptg tu dapat tau yg kakak green light utk operate pada 22hb jam 7 pagi...

22hh Julai 2018

Abah dah sampai sblm kol 7 dan tengok kakak ngan Uwan pun dah siap. Bila tiba masanya kakak pun dibawa ke bilik pembedahan... Dan tunggu turn. Tak lama pun. Kejap je dah kakak dah di bawa masuk bilik pembedahan..

Dalam bilik pembedahan, abah teman kakak sampai kakak di tidur kan.... Risau bukan kepalang.... Abah kena tunggu kat luar.

Lps tu tu abah shoot hantar Uwan ke hotel dan dtg balik ke hospital...

Masa dah dapat parking... Doktor telefon kata nak jumpa... Aduiyai... Apahal pulak ni..

Bila dah sampai kat bilik bedah doktor pulak guna ayat waris Nurul ke? Berderau hati... Apahal pulak guna ayat waris ? Rupa-rupanya doktor nak minta consent utk tanam wire dalam kaki nurul. Abah kata mana yg terbaik lah utk kakak... Lepas tu abah kena sambung tunggu lagi... Sampai lebih kurang kol 11tghr barulah Nurul keluar dari bilik bedah. Alhamdulillah, selamat anak aku.... Alhamdulillah....

Lepas tu kakak kena tolak balik ke wad... Walaupun kakak masih mamai... Tp kakak dah mula rasa sakit-sakit... Abah pujuk n dodoi kan kakak utk tertidur...

Bila Uwan darling sampai, abah shoot jemput ibu n Uwan kat hotel terus ke hospital balik...

Semuanya mcm ok, walaupun sakit kakak nampak ceria ... Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah...

Semua stay sama kakak sampai habis waktu melawat... Then kami balik ke hotel...

23hb Julai 2018

Pagi2 abah dah mintak ibu call Uwan sebab abah call kakak x dpt... Owh ye. Abah bagi tepon uncle Bob kat kakak, n belikan simcard utk kakak. Harap kakak x bosan nanti kat hospital...

Tapi ibu cakap masa malam tu kakak sakit dan meraung 2 kali... Aduiyai... Sedihnya rasa hati ni ... Abah cuma dapat berdoa supaya kakak x sakit sangat, dan kakak tabah dengan ujian ni. Abah yakin kakak boleh sebab selama ni kakak paling tabah... Kakak paling kuat... Kakak perempuan yg membuat abah kuat... My 1st light ...

Sampai kat hospital masa tghr abah terus jaga kakak n bagi Uwan n ibu rehat kat surau..

Cuma tinggal kakak ngan abah... Semua mcm ok...

Bila dah petang, jam 4 lebih kurang, kakak start sakit balik... kakak menangis... Abah jadi panik... Abah nak tumbuk sapa? Kalau ada yg kacau kakak nampak orangnya boleh juga abah pakuk ngan parang... Ni kakak nangis sebab sakit mcmni, abah nak pakuk sapa? Fuck!

Bila dpt pain killer , pain killer pulak mcm lambat function...sampai pukul 6.30 ptg kakak nangis2... Lps tu baru lah kakak ok balik...

Balik je kolej lewat ptg tu.. ibu ngan adik2 lain semua tido awal.. letih sangat ibu handle adik2 yg lain...

Abah pulak dah tahan... Lps mandi abah solat... Dalam solat pun dah nangis... Lps solat pun nangis... Masa zikir baru reda ckit ... Puas abah tahan utk nampak tough depan keluarga... Bilik berbual dan mengadu pada Allah... Abah terus x boleh handle... Sedih gila mengenangkan sakit yg kakak kena...  Kalaulah abah dapat pindahkan sakit tu ke abah... Pindahkan lah... Abah sanggup.... Biarlah abah yg hadap sakit ni... Abah x kesah...

Setakat malam ni tadi kakak mcm ok. Kalau kakak sakit .... Kakak bertahanlah ye sayang. Abah zikirkan kakak dari jauh semoga Allah perkenankan... Agar dikurangkan sakit kakak dan dipercepatkan sembuhnya... Harap besok semua ok. Hati ni x sabar nak jumpa kakak ... Tapi hati ni juga sangat risau nak tengok kakak nangis tahan sakit...

07 April 2018

Kelas Asas Memanah : Sek Keb Simpang 5 Darat

Syukur Alhamdulillah diberikan kepercayaan untuk mengendalikan Kelas Asas Memanah bagi pelajar, Guru dan ibu bapa dari Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat Bukit Gambir.

Pengenalan mudah teknik asas recurve je.

Ingat kan x ramai, sekali pelajar yg datang hampir 30 orang! Mungkinkah Sekolah Keb Simpang 5 Darat ni bakal melahirkan pemanah2 wakil Johor... InsyaAllah..

05 April 2018

Arong revisited

Berkurun lama x ke Arong. Last naik cni rasanya menikah pun x lagi.
So, datang cni pun sebab kebetulan pihak kolej nak buat perkhemahan nanti kat cni. Bila dengar Arong je terus cadang recce trek dan tengok tempat. Hahaha..... Alasan.....
Alasan sebenar adalah ..... Rindu nak ke Arong..  pendek, mudah, cepat, view cantik.











Takdirnya bila datang ke cni, kena lah buat properly, sebab nak bawak budak sekolah kan. Jadi, lokasi persinggahan yg pertama adalah Jabatan Perbuatan Johor Timur. Tujuan utk mendapatkan maklumat dan S.O.P yg sebenar. BAPAK LAAAA.... RM150 per climb max pax of 15 orang!  Means , dtg berempat, kena bayar utk 150.datang 16 org, kena bayar 300 and so on. Gampang lak aih...
Tapi nak buat mcmana kan. Mesti ada cable car dah sebab tu lah mahap ckit kat sana. Then, bila dah sampai sana lak, recce chalet n resort terdekat, BAPAK LAAAA....  Sewa tapak khemah kira perhead!!! RM 5 perhead! BAPAK laaaaaaa.....
Apa kebabiannya nak bercuti kat tanah air sendiri mcmni punya mahal
Butuh LAAAA

01 April 2018

6th Indoor Archery Melaka Championship


29 Mac hingga 1 April 2018 terlibat dalam mengurus dan melatih student utk mewakili kktm Ledang. Kami semua 1st time belaka dalam memanah indoor ni. Satu pendedahan yg baik utk student ngan coach sekali. 

21 November 2016

Perpindahan ke KKTM Ledang ...... SEMULA??

Setelah sekelian lamanya berada di KKTM Ledang, dan dapt semula berpindah ke PMD Kuala Pilah demi lebih dekat dengan keluarga... akhirnya berpindah semula ke KKTM Ledang... WHY???

Ramai yang datang tanya kenapa? kenapa balik ke sana? naik pangkat ke?
PMD Kuala Pilah x best ke?

well.... x sebenarnya...  x best ke duduk seremban? hmmm... x best sebenarnya...

apakah punca kepada permohonan kepada pertukaran kembali ke KKTM Ledang?

sebenarnya bai,.... kalau nak di senaraikan, ianya berpunca daripada banyak sebab... banyak sebab sampai sebelum ni memohon untuk keluar dari N9 x kesah kemana-mana asalkan ada kuarters..

hahaha... nampak x, kenapa nak kuarters?

kenapa tak nak duduk seremban, rumah sendiri? (MARA punya- sebab loan ngan MARA hahaha)

hmmm...

expectations dan harapan terhadap..

  • Scouting?
  • suasana pembesaran anak-anak?
  • riadah dan rekreasi?
  • Kongsi?
  • Silat?
  • keluarga, adik beradik ipar duai?
  • kos kehidupan?
  • jarak antara tempat kerja?
  • suasana di tempat kerja?
  • business?
  • keluarga?
  • isteri x bekerja?
Mana satu? 

sebenarnya semua ni memainkan peranan terhadap permohonan untuk kembali ke KKTM Ledang?

ye ke nak KKTM Ledang, bukan ke sebelum ni permohonan asalkan bukan N9... asalkan bukan N9? hahahaha...

well, ada mohon ke Sri Gading juga... tp sebab lambat dapat confirmation Kuarters,, lagipun Ledang is my 1st choice, Sri Gading 2nd, 

tapi nampaknya nak Johor juga... kenapa Johor? sebab cutinya Jumaat dan Sabtu? Negeri lain pun ada cuti Jumaat Sabtu... tapi kenapa Johor? 

hahahahaha....

akibat tulisan hampeh ni akan di siarkan, maka reason sebenar biar di simpan sendiri sahaja, lebih kepada suasana pembesaran anak-anak...  Tapi senarai di atas tu semua memainkan peranan...

Syukur Alhamdulillah, dalam bulan 9 dapat panggilan daripada Abg Izhar staff Ledang mengatakan ada kekosongan, wahhh... terus buat surat pada waktu itu juga terus.. .. dengan pantas...

dan pada hari yang sama juga mendapat sokongan Pengarah, En. Mumfahir dan di hantar ke BSM.. 

x sampai dalam 3 minggu...



hmmm... dah masa untuk meninggalkan PMNN9...

Dah tiba masa untuk kembali ke Ledang... well.. dah jadi daerah Tangkak pulak masa tu... x kesah la.. asalkan bukan N9 hahahaha...

gembira tak terkata., kena tinggalkan yang di Seremban .. kena tinggalkan yang di Negeri Sembilan, 

dalam kehidupan ni, kita tak boleh Control, dan kita tak boleh ubah apa yang kita tak boleh nak control, semua list di atas tadi adalah senarai yang kita tak boleh nak control, permohonan ke Ledang ni pun yang dapat di control hanyalah permohonan itu sahaja, pergerakan selepas permohonan asal dari tangan  aku hingga keluar pekeliling ni semua adalah di luar control... FUCK... sebenarnya permohonan yang berasal dari aku kononnya adalah dari Allah... aku xde apa.. aku xde.. yang wujud hanya Allah..

Permohonan tiada guna cable2,.. tiada guna telefon dan pujuk rayu... hanya pada Allah juga.. dan Allah juga yang menentukan ada kekosongan dan permohonan di luluskan...

jadi, semua point2 di atas tadi dah berjaya di kurangkan, berjaya di rendahkan tahap semak dan memeningkan kepala.. 

mungkin di sini akan lebih baik, mungkin di sini akan lebih aman.. mungkin di sini akan lebih tumpuan, mungkin di sini akan lebih kurang harapan terhadap perkara2 yang di atas tadi, balik ke seremban  sekejap utk membantu, menyelesaikan, etc perkara2 tersebut, sekiranya sudah tiba masanya perkara2 tu tidak dapat nak diselesaikan, maka adalah lebih baik kita tinggalkan perkara2 tu semua dan kurangkan tumpuan.. tumpu kepada kendiri, tumpu kepada keluarga.. tumpu kepada KEMAMPUAN diri...

Syukur Alhamdulillah, ..

ada rakan2 yang marah2 dan hairan kenapa nak keluar dari N9 ... banyak reasonnya beb..

tapi untuk pengetahuan korang semua.. aku happy kat cni, korang patut feel happy for me too..

maaf tak dapat bersama kalian dalam pembangunan sebarang perkara yang kita commit bersama sebelum ni, aku bukan rasa aku tak sesuai, aku juga rasa korang tak se commit aku hahahaha...

well, enough said, lagi lama masa terluang, lagi banyak lobang pecah, orang yang banyak bercakap, akan banyak salah cakap... 

Assalamualaikum.





   

27 April 2016

Latihan Praktikal 120 jam di HTJ..

Melang sekali tiada gambar yang di ambil sepanjang 120 jam praktikal kat htj.  Praktikal ini adalah keperluan bagi kursus 1st Responder yang dilalui pada tahun lepas. Dalam kursus tu, kita belajar perkara-perkara yang perlu bagi team 1st responder yang membantu orang awam semasa bencana. Kursus adalah anjuran MARA HQ dikendalikan oleh MASTEM. 

29 December 2015

Trip Hujung Tahun ke Ipoh


Trip kami ke Ipoh...

Sangat happy dapat bawak anak2 dan keluarga jenjalan.. Syukur tiada kesesakan teruk walopun musim perayaan...

trip best, so, lepas ni kita tumpu pada negeri lain pulak...

Day 1. lepas amek kereta sewa, thanx to boss sebab bagi keluar awal ckit, utk g amek kereta sewa.. haah kan , xde bergambar gnan kereta.. ye la, kang nampak poyo lak, bukan kereta sendiri pun hak hak hak... belanja utk kereta je seribu, nak selesakan anak2 punya pasal.. haha.. bukan starex, bukan alpat, tapi naza ria... ok gak, selesa...

17 December 2015

Facebook - Statement Bodoh dari si bodoh

Ditakdirkan dalam dunia kini si pandai dinilai pada skroll yang dimiliki dan pada kemewahan yang dikecapi.. Pandangannnya yang berskroll dan mewah tu mestilah si pandai, maka pendapatnya mestilah betul. Kalau tua mestilah matang, kalau muda mestilah kurang matangnya, Yang berpendapat sebegini masih tak faham kenapa ada org tua masih berjoget dangdut di kelab2 dangdut di tanah ini..

Untuk kali ni maka nak share pasal si bangang yg demikian, untung la ak ucover ckit nama tu. Kalau zaman aku multiply dulu, mmg terang2 la muka kau aku tepek. hahaha...


jadi , buat masa ni kebangangan budak ni menjadi viral jugak la dalam Malaysia, korang dah boleh agak sebab dia menjadi viral...  

16 May 2015

Kempunan makan cekodok...


Bahaya susunan dalam bonet kereta yg buka style mcm pintu kembara.

Ditakdirkan susun rim besi moto dtm dalam tu utk bg pada farid. Sekali bila bukak pintu je, rim tu menggelongsor terus dan landing kat kaki.

Pergh..  Mintak nyawa sakit eh.

26 April 2015

Rezeki pergi baby fair

Baby n kidz fair di Dewan Mps Seremban. 

Syukur, kami sekeluarga ke Dewan Mps tepat pada masanya.  Kami menang BEBERAPA cabutan bertuah. Happy sangat sebab dapat pram.

Selain pram, dapat goodies, dapat kasut, pampers, makanan ringan... 


Tak lupa masa menghantar barang2 ke kereta, ada pelangi kembar. Suka sangat Nurul masa tu.
Pergh....

Lama cuti dari blogging... 

Ada masa sambung balik pelan2 hahahaha


Kurang ajar mamat ni pegang kepala anak den, hahahaha


06 December 2013

Islamophobes Publish Fake Image of “Muslims Throwing Christian Girl From Window”



Sumber asal artikel adalah daripada salah satu laman web popular Kristian iaitu http://freepatriot.org. Kalau bukan laman Kristian pun ianya pasti di dalangi oleh manusia yang membenci Islam dan berusaha untuk menyuntik perasaan takut / benci terhadap Islam dan penganutnya.

Sebenarnya dah tulis panjang lebar tadi, tapi pc hanged dan semua hilang, so, fuck it, i go directly to the story. Sumber asal..



jadi sahabat saya Wendy nie pula terbaca dari http://freepatriot.org/2013/12/03/muslim-mob-justice-15-year-old-girl-thrown-3rd-floor-window/ memandangkan link yg di share adalah dari sumber tersebut.

Merasa tidak sedap hati mengenai laporan tersebut, saya google lah lagi, banyak juga laman web Kristian dan Barat yang upload artikel yang sama... tetapi akhirnya ... kebenaran itu milik oraang yg benar juga.

Boleh tekan tajuk dibawah untuk dibawa terus ke laman yang dimaksudkan.. 

Islamophobes Publish Fake Image of “Muslims Throwing Christian Girl From Window”

Posted on 04 December 2013 by Emperor





02 December 2013

Sultan Brunei - Deserves my Respect!






Sumber: http://www.nescafeais.com/sultan-brunei-mengawal-lalu-lintas-ketika-pengiringnya-kemalangan/


Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila beliau sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.
Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.


Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.
Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

_________________________________________________________________________________

Seperti biasa, saya tidak akan just repost, saya repost mesti akibat ada sesuatu yang menarik dan pengajaran nya..

Pengajaran 1.

Sebelum ni kita dah mengetahui bahawa Brunei adalah kerajaan yang akan melaksanakan Hukuman Hudud. Satu tamparan hebat bagi sebuah kerajaan kononnya Islam Malaysia. Kita semua tahu buat masa ni kerajaan Sekular mustahil Islam.

Kini ditunjukkan pula satu contoh yang baik daripada Sultan Brunei sendiri.

Ini contoh yang sangat baik di tunjukkan kepada rakyat, baik pada rakyatnya sendiri mahupun rakyat antarabangsa yang hidup di bawah pemerintahan mana-mana sistem beraja. Inilah yang diperlukan.

Syukur, kita di Malaysia kita mempunyai raja yang bagus, saya saya puji sangat2, iaitu Raja Kelantan. bagi siapa yang tidak mengetahuinya, bolehlah buat homework mengenai betapa rakyatnya Raja Kelantan sekarang. Sultan Muhammad. 

Pengajaran 2.

03 February 2013

The Day i Become Alone Again...

Hari ni dah mula jadi bujang balik...

How SUCK'S this kind of life. Sampai je rumah, kunci pulak takde, 2hrs later baru dapat masuk dengan bantuan dari Uncle Azzim.. Demn... Power betul teknik pecah rumah dia hahahahah...

Masuk je rumah, terbayang wajah ceria anak2, sambut setiap kali sampai rumah bila baru balik kerja. Terbayang muka Isteri.. muka Nurul... Muka Nurin yang tersengih2 bila kene agah ngan abah... demn... Miss u all so much... The air is so damn different without all of ya around me. Abah rindu sangat... And again, sebak le balik... I am so damn weak when it comes to my family.. They Are Me. Now part of me are separated.

All i can hope is, Ibu, Nurul n Nurin are A Okay.. Semoga dalam rahmat Allah... Semoga dijaga keselamatannya oleh Allah. hanya kepada Dia kita memohon... I really hope they are fine... secure....

Now, all i need is a good Progressive Heavy Metal to make me relax.... (demn...)

make me happy NOW!!!!!