29 Mac hingga 1 April 2018 terlibat dalam mengurus dan melatih student utk mewakili kktm Ledang. Kami semua 1st time belaka dalam memanah indoor ni. Satu pendedahan yg baik utk student ngan coach sekali.
Walaubagaimanapun, seperti memana pertandingan dan penganjuran, pasti ada kelemahan. Semoga menjadi pengajaran kepada bakal2 penganjur yg lain.
1. Sebelum pertandingan, setiausaha penganjur mewujudkan satu ws group utk pengurus2 pasukan. Satu langkah yg baik. Tapi kelemahannya adalah lebih baik admin ws ni AJK khas promosi atau perhubungan. Ini adalah kerana setiausaha agak busy dan kurang menjawab persoalan yg diaju didalam ws group ni
2. Semasa hari pertandingan, pendaftaran pagi lewat. Dari jam 8 ke hampir jam 9 pagi. Penganjur seakan kurang persediaan, dan jam 9 pagi kelihatan masih ada petugas mengangkut target butt di luar kawasan dewan.
3. Kelihatan petugas sistem audio baru sampai sekitar jam 9 jugak. Mengambil masa yg lama sehingga tengahari JK masih melaung laung
4. Lokasi pertandingan yg kurang selesa. Bukan mintak aircond ke apa. Tapi keadaan dewan x begitu selesa, tandas, ruang makan, kipas , kerusi x cukup
5. Yuran pertandingan yg tinggi , utk pemain dan coach , tp hanya dpt sijil utk peserta. Mungkin kurang sponsor, kurang cari sponsor atau mmg nak tambah duit tabung gila2, kalau di perhatikan, kini banyak pertandingan memanah di anjurkan oleh pelbagai pihak. Barebow, tradisional, recurve dan compound , serendah x sampai 50 per player siap dengan goodies .
6. Kurang visual yg boleh ditayangkan melalui lcd ke white screen. Boleh guna cara ni utk buat timer memandangkan timer jk rosak.
Jadi, penganjuran perlu lebih perhatikan perkara sebegini di masa akan dtg memandang kan ini adalah penganjuran kali ke-6.
Kebaikan daripada penyertaan ni pula, banyak ilmu yg team kami dapat. Dari cara pengendalian kejohanan hinggalah ke cara nak setup dewan. Pengarah ada menyuarakan hasrat agar KKTM Ledang menjadi penganjur bagi program seumpama ini.
insya-Allah boss...
Berikut adalah antara gambar-gambar yg ada utk tatapan...
Selebihnya gambar dan maklumat akan dimuatkan dalam FB page rasmi kelab memanah KKTM Ledang. https://www.facebook.com/kelabmemanahkktmledang/