blog keluargo ese ngan blog isik poghut ese... untuk bacaan ese ngan keluargo maso akan datang
21 November 2010
Mc Donalds melipat gandakan pengeluaran iklan di semua televisyen utama di Malaysia. kalau mengikut teori marketing, buat begini antaranya adalah masa jualan mula menurun. adakah akibat daripada pemboikotan ? adakah masyarakat kita sudah semakin ramai yang sedar diri? hish..... hish....
Mc Donalds melipat gandakan pengeluaran iklan di semua televisyen utama di Malaysia. kalau mengikut teori marketing, buat begini antaranya adalah masa jualan mula menurun. adakah akibat daripada pemboikotan ? adakah masyarakat kita sudah semakin ramai yang sedar diri? hish..... hish....
(ini import dr multiply)...
15 November 2010
Khutbah Khujjatul Wida' (9 Zulhijjah, 10 Hijrah)
| Rating: | ★★★★★ |
| Category: | Other |
Khutbah ini disampaikan oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah bertempat di Lembah Uranah, Gunung Arafah. (‘Khutbah Khujjatul Wida’)
* Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
* Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
* Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
* Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
* Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal-soleh.
* Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
* Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya; itulah Al-Quran dan Sunnahku.
* Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
* Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya aku telah sampaikan risalah MU kepada hamba-hamba MU.
31 October 2010
Jenjalan Melaka.. untuk letihkan kaki..
masa 31 Oktober 2010 ni.. tak berapa nak ingat sebenarnya apa function masa ni. Memang atas tujuan nak jenjalan rasanya. Tapi tu la, nak jenjalan kat melaka ni bagi yang benar2 muzium lover macam gue nie, sehari tak cukup... 2 hari? tak cukup gak kot.. 3 hari rasanya ok... baru santai, leh lawat semua tempat, spend time dalam muzium untu baca apa sahaja info yang ada... mesti seronok... malang betul masa kat sekolah dulu tak suka subjek sejarah.. hahahahaha....
Soba yo la...
Tokio Marine mula terkenal sebagai insurance co di Malaysia ni..
Makam yang ada sampah sarap dan tin-tin gam... rupa-rupanya Hang Kasturi ni kaki layan gam jugak.. sama la ngan aku masa form 1 dulu..
Apahal? make your move!
Masjid Kampung Kling... Lokasi di mana, tak sampai 15 meter dari Masjid ni, Port bebudak Melayu Kapir tengah layan TODI di tempat terbuka... chayalah Melaka!
Bergambar dekat replika kincir air yang digunakan dekat kawasan sini satu masa dulu....
hehheh heh, teringat kat Bukittinggi, orang masih pakai sistem ni!!
Mak tengah layan rawatan kaki... first time nie untuk mak ngan niwan...
Dekat ateh muzium kapal ...
aku lupo nak crop n buang gambar musibat kek tanggo ni...
Bebaik la ko ni.. kang jatuh kang...
Masa nie Nurul asyek mengajuk pengunjung lain yang naik bot sama ngan kami... hish...
Posted by
Nizran
at
1:10 PM
Jenjalan Melaka.. untuk letihkan kaki..
2010-10-31T13:10:00+08:00
Nizran
Jalan-jalan family Nizran|
Comments
Labels:
Jalan-jalan family Nizran
29 October 2010
Tolong Kami... Bantu Kami....
(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti anda, terima kasih)
|
السلام عليكم
|
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.
Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.
Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.
Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.
Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.
Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.
|
BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:
1) Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama;
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)
2) Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.
3) Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.
4) Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)
5) Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.
6) Menaja peralatan rumah dan dapur.
7) Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.
8) Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).
9) Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)
10) Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)
11) Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)
|
LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.
Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;
|
LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus
Setiap sumbangan melebihi RM1,000 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132
|
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)



























