31 March 2011

Warkah utk Bos-Bos Besar

huh.. adakah mungkin entry sebegini akan membuatkan status kerani sambilan aku bertukar menjadi kepada status tidak bekerja????

takpe lah, menyuarakan pendapat dan pandangan adalah freedom of speech..
( ye lah tu.. lepas ni kene aim )..

well... ada satu yang timbul di fikiran ini selepas berbual dengan seorang usahawan berjaya dan usahawan yang pada aku layak dijadikan contoh dalam dunia perniagaan bumiputera di Malaysia ni. Apabila usahawan ini ditawarkan dengan kemudahan oleh sat agensi kewangan semi gomen dan sebuah agensi gomen, beliau menolak. Alasan dia adalah akibat daripada proses dan prosedur yang menyusahkan yang datangnya dari agensi yang berkaitan.. hmmmm.... menarik, bagus kalau dicambahkan isu nie. bagus kalau kita melihat dari sudut yang berbeza.. maka timbullah idea untuk mengarang entri yang bakal membuatkan aku di black list / di aim nie, atau membuatkan aku kekal menjadi seorang budak berstatus sambilan sampai tua.. hahahahahahahah....

Ok, situasi nya begini...

Situasi A.

1. MARA sebelum nie sangat mudah memberikan pinjaman atau kemudahan kepada rakyat bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan dan pendidikan dimana-mana pun.

2. Orang melayu itu majoritinya memang satu bangsa yang amat liat membayar hutang dan menganggap hutangnya dengan MARA adalah satu hak milik mereka semulajadi / hak milik kekal mereka , maka mereka memang akan menggunakan duit pinjaman tersebut utk membeli kereta besar dan, renovate rumah supaya nampak kaya dan mewah.

3. Akibat dari kurangnya jumpah kutipan apabila dinisbahkan dengan jumlah pinjaman diberikan, maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan menjadi maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan mendapatkan pusingan untuk diberikan kepada pemohon yang baru. Baik pelajar mahupun usahawan.

4. Akibat kurangnya jumlah dana itu , samada MARA berpendapat perlu diberikan tekanan kepada peminjam / atau memilih peminjam yang lebih terjamin akan membayar balik hutang mereka / dengan cara mengadakan temuduga kepada bakal peminjam / mengadakan ujian psikologi atau yang terkini ujian psikometrik serta memastikan pemohon ada penjamin walaupun utk memohon pinjaman yang rendah tak lupa juga banyaknya benda alah yang nak diisi dengan kursus yang perlu dihadiri.

Situasi B.

1. Pemohon baik pelajar mahupun usahawan merasakan wujudnya satu prosedur leceh yang menyukarkan dan membuang banyak masa mereka untuk memohon sebarang kemudahan dari MARA.

2. Pemohon merasakan adalah lebih baik mengumpul suit sendiri utk upgrade business / atau pinjam daripada bank komersial akibat daripada kemudahan menguruskan permohonan.

Situasi C.

1. Pegawai besar-besar merasakan usahawan yang tidak memohon dengan MARA lah yang rugi....

2. Usahawan merasakan mereka takpa rugi sikit, asalkan tidak leceh, tidak membuang masa dan lelain...

SITUASI D.

Masyarakat keseluruhan, usahawan dan MARA juga rugi..... sebab???

1. Dunia perniagaan adalah dunia yang pantas berkembang, akibat daripada proses permohonan leceh yang memakan masa, maka pemohon option kepada swasta yang lebih mudah dan tidak leceh.

Atau... pemohon terus menyertai proses yang leceh dan membazirkan masa dan bersedia utk mengambil risiko akan pintas oleh pesaing sedia ada.

2. Memohon di bank komersil akan dikenakan interest yang lebih tinggi, Namunbegitu, akibat proses permohonan yang mudah, tidak melecehkan dan cepat, membuatkan usahawan bakal dibebankan dengan membayar bunga yang tinggi dan akan mengurangkan peluang untuk usahawan menikmati economy of scale / ekonomi bidangan.

3. Usahawan mengambil keputusan untuk mengumpul dana sendiri dan membuat penambahbaikan sedikit demi sedikit tanpa perlu bergantung dengan sesiapa. Walaupun mengambil masa yang lama, tetapi ianya lebih tidak membebankan, tidak merungsingkan dan lain-lain.

dari point-point yang diatas maka saya merasakan boleh dicambahkan dan dilihat dari perspektif yang lain atau dari sudut yang lain. Dan saya juga memberikan point atas dasar pendapat sendiri, DAN MENEPIKAN hujah-hujah keagamaan seperti, kalau kedai besar tak semayang pun tak guna, atau kalo nak lingkup, lingkup jugak etc...

Pernah sebelum ini saya memberikan pendapat peribadi saya kepada beberapa pegawai besar disini dan pegawai pangkat datuk kat HQ.. ( no wonder masih sambilan ) akan ketidakbagusan sistem penyimpanan data usahawan yang diguna pakai oleh MARA. sistem data guna file dan, kad ledger, etc.. mmg membuatkan kita tidak peka akan perkembangan terkini teknologi database dan lelain.

Saya bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut bahawa Perlu diletakkan kelonggaran terhadap usahawan yang memohon kemudahan yang mempunyai sejarah perniagaan yang baik. Sebagai contoh, Usahawan yang ada bank statement yang bagus, profile yang bagus, sudah ada kelonggaran yang boleh diberikan kepada pemohon sebegini.

Lepas ni, saya nak promosikan balik kepada pegawai-pegawai saya akan keperluan menggunakan sistem database yang lebih terkini, dan mudah, yang berupaya menyimpan rekod usahawan dengan mudah. Usahawan cuma perlu buat update sendiri, pegawai boleh up menggunakan data sedia ada dalam simpanan lama, bagi memudahkan permohonan baru dari mana-mana usahawan yang pernah membuat urusan dengan MARA sendiri...

Perlu saya ingatkan juga sebagai sebuah agensi yang membantu usahawan bumiputera terutama nya yang kecil, perlu dilihat akan realiti e-dagang zaman kini. kita galakkan orang berniaga, tidak semestinya peniaga itu perlu kedai zaman sekarang ni, pengumpulan set harta komersial tu memang bagus la tu, tetapi dengan dunia sekarang ni, kita perhatikan hanya usahawan yang dah jadi jutawan je boleh beli kedai.. hanya pegawai je yang boleh beli rumah teres, setakat umah 3 bilik , 2 bilik air besar jamban beruk pun dah 150, 000 dah harga sekarang ni.. kene merompak dan main nombor ekor dulu la kalo nak beli umah.. hahahahaha.. Oleh yang demikian, penggalakan bentuk macamana??? sila belek internet dan perhatikan betapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan didalam internet.. perhatikan juga mereka buat kebanyakannya secara separuh masa.. kenapa??? mudah... aje... kalau nak upgrade kos nya tinggi, kos nye LECEH, LEMBAB, MEMBEBANKAn, tidak mesra pengguna dan pelbagai lagi..

Sekiranya datuk2 baca email ni dan tidak menjadikan ianya spam.. saya mohon maaf, dan bersedia untuk naik ke HQ untuk menerangkan dengan lebih detail kepada tuan-tuan sekiranya tuan sudi.. demi kebaikan MARA juga...
utk makluman pembaca, tanpa mengedit, saya akan menghantar tulisan ini terus kepada HQ, dan mengharapkan bahagian Pembangunan Usahawan akan alert terhadap pendapat ini, take it into consideration , try to improve ourselves. demi nama baik MARA, demi usahawan bumiputera.

p/s : kalo lepas ni kene buang kerje, atau tidak disambung perkhidmatan.. maka kene la start jual sependa dalam internet pulak.. hahahahahaha....


sekiranya ada pendapat untuk penambahbaikan, sila berikan utk dikongsi... 

29 March 2011

jurnal aku

Berlalu sudah majlis perkahwinan di Lalok.. dengan penuh berlagak nye senapeh je dia settelkan... Alhamdulillah, welcome to the club. Semoga dipermudahkan perjalanan kehidupan berkeluarga.

masa minggu ni, sempat jugak jumpa ngan orang tua, idola masa kecik2.. masa jumpa tu, berderau dalam hati, hiba dan sebak nengok muka orang tua yang kene stroke bebaru ni. hmmm, nak buat camana, alangkah baiknya, kalo aku sentiasa dapat cover kerja orang tua sorang ni. Tapi aku yakin ni ketentuan, dan memang takdirnya begitu. Lagipun  dia steady je, memang membanggakan aku, tapi aku takleh nak tahan sedih dan sebak tu, thats why, aku tak lepak ngan orang tua sangat masa majlis Lalok ni, aku lepak je dekat area membasuh pinggan dan membasuh pinggan, lepak ngan adik-adik.. rindu diorang.

Then bebaru nie ibunya Nurul perasan dekat muka Nurul ada satu macam bengkak kat tepi belah kiri hidung dia, bila tekan macam ada binjut dalam tu... Aiseh,,, kenapa la anak kesayangan abah ni.. kene g bawak checkup ni.

harap dapat cari masa lapang dalam minggu ni dan bawak Nurul g check up... tapi duit pun takdo... nak buat camana... hutang Bond pun dan galak kali tertunggak, takkan nak susahkan dia lagi... hish...

bebaru ni masuk le 2 org jepun kek umah sewa kek PD, haram, memang macam semua Jepun agaknya, memang teliti, habih semua di komplen eh... sampai kami terpaksa cari satu unit aircond utk ganti yang dalam bilik tu. hmmm, semoga satu perlaburan yang berbaloi...

lampu2 yang tak menyala dah diganti... nie semua buat semalam.. harap semua ok... duit celcom broadband dah genap 2 bulan tak bebayar.. camana nak buat nie ntah... camana pulak nak ke Chemerong bulan ni? larat tak larat maleh nak pikir dah.. tapi mana nak cari sen utk naik Chemerong... adui.. takkan nak bgtau mahaguru pailang, kensel lagi.. hmmm,,, entahlah... tengok la camana... tak bole nak salahkan diorang sebab yang sengkek adalah aku, bukan diorang....

entah bila la MARA nak serap aku jadi staff tetap ntah...  aku teringin betul nak mampu isi minyak kereta... aku teringin sangat nak mampu tukar tayar kereta... aku teringin sangat nak mampu repair tingkap kereta.. aku teringin sangat nak mampu tukar absorber ngan spring yg dah goye... aku teringin sangat nak atleast hantar g servis enjin tu.. tapi tu lah ... nak wat camana.. lom bole lagi... harap KEMBARA tu bertahan la hendaknya...

semoga segalanya berjalan lancar... ye Tuhan...

24 March 2011

Trudell (John Trudell )

Baru lepas layan dokumenteri Trudell.

pasal sorang mamat ni yang berketurunan Indian american.. yang kita selalu dengar red indian tu la..  mamat trudell ni seorang aktivis indian yang memperjuangkan hak-hak rakyat Indian di Amerika yang mana kerajaan amerika telah melanggar perjanjian diorang.. Yang gempaknya, diorang nie siap pergi jajah pulau alcatraz tu.. nak buat kepulauan indian american.. free... merdeka.. then diorang try takeover perkampungan dan bermacam lagi la.. mmg gampang lak aku nengok cara kerajaan amerika layan puak asal penduduk indian ni, sampai aku terpikir, kalo indian amerika sampai diberi duit minyak utk diorang keluar dari DC, apasal imigrant lain pulak yang dibela?? konpius..
Lepas tu kita leh tengok camana kerjaan antar FBI utk kepung town tu, berapa ramai yang mati, sampai digelar reign of terror... siot betul...  tengok juga macamana kerajaan memanipulasikan media dan bermacam lagi.. cheh... golongan pemerintah zionis memang tak kira siapa, sesuai dengan protokol zionis bahawa semua orang kecuali bangsa yahudi adalah binatang dan halal dibunuh.
Kita akan tengok apa jadi pada ahli keluarga trudell lepas dia g bakar bendera U.S ... hmmm... aku sedih juga, tapi teringat pasal Palestin, mm.. kira ok lagi la apo korang kene..

antara yang menariknya kalau kita tengok dokumentari pasal mamat ni adalah macamana cara dia fikir, dia influence orang sampai ke artis hollywood pun ada yang admire dia nie.  mamat ni juga selain seorang public speaker, dia pun artis, penyair dan penyajak dan ada album gg.. tour konsert kat banyak tempat.. ... banyak album dia...


yang buat menarik nie antara yang lain adalah...

membuatkan aku tepikir pasal dokumentari2 Palestin...  hah? nak makan Mc D?? Guna produk Sara Lee?? jommm...


23 March 2011

mentally down

hari nie mentally down.. spiritually down.. motivation down..

semalam lap top kong, well.. ramai yang kata vista bongok, tapi nak buat camana, masa beli dulu mmg da ada preinstall dengan vista. tapi takpe la..

hari nie. mood takde... bukan pasal lap top je, siap tetinggal HP lagi. hampeh betul lah..

ditambah lagi dengan tahap frust dengan pegawai atasan kat sini. Apa la masalah diorang ni. Aku sentiasa buat yang terbaik setiap kali diberikan task. or atleast cuba buat yang terbaik. Aku teringat bila sampai kene overnight kat opis sampai kul 3 pagi.. alih2 ada pegawai mengaku dia yang lepak kat sini sampai kul 3 pagi..   siap dia tiawnye ngatakan aku takde kat sini.. ahahahaha....

aku heran kemana tahap motivasi para pegawai aku yang budiman dan kuat kipas. aku heran betul,

aku ingat lagi, sebab printer kat sini macam haram, aku beli printer sendiri , bawak ke opis, pakai reramai..

aku teringat bila di amanahkan aku jadi photographer takde tauliah, melilau aku carik ilmu fotografi ni.. belajat nak setting itu ini kat DSLR ni, belajar itu dan ini.. alih-alih, bila servis, tak nak, tangguh.. dah rosak.. senyap je... aku heran betul...

Bila assign aku buat buletin Agensi ni, gilo kau, aku nie kerani sambilan, ada SPM je... penah belajar akaun n marketing lingkup... atas dasar berpegang kepada kata-kata manis masa mula kerja dulu untuk sentiasa buat yang terbaik..  aku belajar sendiri guna adobe illustrator ngan photoshop. bila aku rasa maca aku dah ok ngan software ni... HARAM... senyap je balik... senyap je... tak jadi pun nak buat buletin tu...

bila aku propose nak buat buletin iklan mau celen city explorer, suruh aku gerak sendiri.... bila dah berjaya, baru kita akan buat launching katanya... haram... yg nie aku blame usahawan la.. gila murah aku buat satu page RM800.. muka depan lak tu.. muka dalam RM60 satu petak 4" x 3" pun diorang kata mahal... patut la iklan dalam cit eksplorer nie kapir je yang buat.

then, suruh aku buat blog... sebab hati aku dah pahit ngan semangat TAHI AYAM para pegawai berpendidikan tinggi, yang mempunyai kekayaan abadi dan kursus kecemerlangan yang bertimbun.. aku dah maleh dah... aku dah buat blog, aku dah buat multiply, aku diap iklankan ruang sewa dalam mudah,, dah berapa kali renew ntah iklan tu... haraammm... aku jaga je la, kalo ada yang kontek. nak suruh update,, aku cuma update bila ada iklan kursus je.. hati aku da paneh..

Then, alih-alih, aku kene campak ke BIZCOM ni, well, aku tak kesah, cabaran baru untuk aku... suruh jaga BIZCOM , nak buat one stop center konon, nak buat macam CC konon... hmmmm... bila aku tanya kenapa tak bgtau agensi lain, supaya salur maklumat ke sini, semua bertangguh! bila meeting, tak up pun pasal tempat ni. jawapan dia simple.. nak tengok sambutan dulu.. nak tengok sambutan apenye, orang tak tau tompek nie wujud, takkan aku nak guna duit aku buat banner ngan bunting pulak. Aku dah repairkan 3 PC kat sini, siap top up ngan external sound card lagi. aku tak mampu la nak buat banner utk tempat ni, nak iklan kat tepi jalan.. aku bukan ada umah beli cash ke.. kete buruk tu pun dah berapa bulan tak servis dah.. buta mata je tengok millage tu. rosak sini sana. nak repair tak mampu. bagi anak kandung makan maggie.

pedih dan berdesing gak telinga aku tadi.. adui.. then lantaklah... aku rasa semangat aku drop hari ni, notebook da masuk kedai, tu tak tau mana nak korek duit nak bayar tu nanti tu.. babi betul la.

sejak aku duduk kat Bizcom ni, aku da start jaga balik blog department aku ngan direktori usahawan aku ni. aku harap Allah berkati usaha aku nie, n semangat aku naik balik.. supaya aku tetap jaga maintenance tempat ni.. sok kalo nak tutup sangat sok... ( well i already expecting that as it is their standard of motivation in doing things around here... read all the above... ) nak serah kat department lain, be my guest, tapi apo aku takkan pedulik naseb PC2 ni, kalo nak rosak ke apa. sound card aku amek balik la. PCumah aku nye tu.

Teringat sorang immediate officer aku penah pesan, supaya jangan show off skill sangat masa kat sini, nanti orang akan keep on assigning you dengan maca2 task dan job sampingan.. The truth is, aku tak kesah, sebab ni peluang aku korek ilmu, apa saja task yg aku dapat, aku akan buat sehabis baik.. maybe dah tertanam dalam hati sebab aku nie pengakap takde persatuan. aku heran kenapa orang yg bercakap berdentam dentum utk meningkatkan kualiti usahawan kat luar macam takde feeling je bila masuk opis...

aku heran bila aku tengok sekeliling people arent doing enough sebab merasa malas, merasa terbeban sebab "tak masyuk" , aku heran bila orang yang sembang pasal think outside the box, create a new box.. ARE JUST SAYING FROM WITHIN HIS OWN BOX AND NEVER ABLE TO GET OUT FROM IT...

aku frust... tapi aku takkan tumbang, aku rasa hanep simpang je yang boleh buat aku goyang dalam seremban ni.setakat aki tiger, sampah2 kaki bebel leh g jahanam la. tarak buat aku goyang de. melalut pulak...
aku cuma akan tetap dengan pendirian aku, buat sehabis baik dekat mana diorang letak aku.. buat sehabis baik dengan job yang diorang bagi aku.. dan feel proud and stand tall while walking.

21 March 2011

Tanggungjawab Pihak Penganjur sesuatu Ekspo Vs Tanggungjawab Peserta.

Tanggungjawab Pihak Penganjur sesuatu Ekspo Vs Tanggungjawab Peserta.

MUKADIMAH

P/S Daripada beberapa kajian persenidirian terhadap topik berikut, didapati tiada topik berkenaan yang dibincangkan oleh masyarakat kita secara didokumenkan dan dipaparkan didalam talian. Oleh yang demikian, saya terpaksa melayari maklumat-maklumat dari sumber luar dari Malaysia sebagai bahan bacaan saya.

Penganjuran sesuatu ekspo bukanlah suatu perkara yang mudah dan memerlukan pelbagai perancangan dan perlaksanaan yang teliti memandangkan tanggungjawab yang besar dipikul dibahu pihak penganjuran. Dalam konteks Agensi kerajaan, apabila sesuatu ekspo atau carnival atau apapun yang seangkatan dengannya ingin dilaksanakan, pihak ‘event manager’ akan dilantik bagi menguruskan Ekspo tersebut. Ini bermakna Pihak Event Manager adalah juga sebagai Event Coordinator bagi sesuatu ekspo itu. Dengan erti kata lain, apabila agensi tersebut ingin menganjurkan sesuatu ekspo, maka agensi tersebut adalah pihak penganjur manakala event manager tersebut adalah Event Coordinator.