30 October 2009

Gambar Nurul updated - 30 Oktober 2009

Gambar ni gambar nurul masa umur Nurul sekitar 2 bulan enam hari..








































si comel mintak kene gigit



Masa taim ni, Nurul asyik bercerita kisah sedih... ada aje bunyi orang tengah bercerita kisah sedih...  nak kata merengek bukan, nak kata nangis bukan, dengan memek muka sedih, dia terus bercerita..... hohohoho, seronok betul....

27 October 2009

Kepala Air - sebelum dan selepas - updated a bit


Rating:
Category:Other
Perkara berikut adalah akibat dari fenomena kepala air yang berlaku di perak baru2 ini. berikut adalah cara ringkas mengenai hal2 di sungai. sekiranya ada tambahan / komen / pendapat / tambahan / mengenai notes2 / turutan / etc, harap beritahu saya agar kita boleh lengkapkan. terima kasih.

notes berikut adalah sangat huru hara akibat dibuat secara ad-hoc sebentar tadi. permintaan dari abang jenal dan kawan2.



contoh kepala air:



Petua Mandi Sungai

1. Buat homework, tanya orang keliling/ orang asli / orang kampong mengenai sejarah kepala air di lokasi tersebut.

2. Amalkan Buddy System. Sebaiknya dalam suatu kumpulan kecil, lantik pasangan bagi setiap ahli kumpulan yang dibenarkan atau setidaknya tak berapa dosa di dalam syara'. setiap memasing yang ada buddy ini kemudiannya akan sentiasa menjadi peneman, semasa meletakkan barang2, semasa ingin menyalin pakaian, semasa nak menuruni ke sungai, semasa mandi manda sampai lah selamat ke pangkuan keluarga memasing.

3. Lantik penjaga keselamatan di dalam kumpulan. Pada setiap masa, pastikan ada seorang yang berkawal di atas sungai yang memperhatikan semua keadaan ahli-ahli dan keadaan situasi sekeliling.

2. Kawasan yang baru sahaja kene kepala air, selalunya meninggalkan kesan lumpur di batang pokok, leh recce sambil trekking paras ketinggian kepala air pernah capai di kawasan tersebut.

3. Buat penanda di lokasi yang nak port mandi. Boleh gunakan tongkat, kayu, pancang, tanah tebing, etc.... ada yang kata letak selipar ditepi tebing, kalau selipar hanyut, leh lari, peringatan ye, bagi sesiapa yg penah kene kepala air, kalau air dah paras lutut, nak melangkah pun dah payah! kalau dah naik ke tebing tu toksah lari dah... mengucap je....sekiranya paras air mula lebih dari penanda, rancangan evacuation terancang boleh dilaksanakan. faham tak cara nak buat penanda tu, sebagai contoh, masa mula2 nak turun mandi tu, letakkan satu atau lebih penanda, selipar, penanda dengan kayu yg dipasak, atau penanda di tebing, ingat dan hafalkan aras pada waktu itu, sewaktu tengah layan tiruk, perhatikan selalu paras tersebut, atau lantik pada sesuatu masa seorang observer. sekiranya aras meningkat, rancangkan evakuasi dengan bijak. Sekiranya guna selipar / benda yang boleh hanyut, sebagai contoh selipar diletakkan di batu yang paling paras dengan sungai, sekiranya ianya hanyut.. ada patut g carik selipar baru.. hahahahaha

4. Bila dah menetapkan lokasi port mandi yang diingini, sebaiknya pada sesuatu masa ada orang yg observe keadaan air.

5. Sekiranya bijak sangat nak pasang khemah tepi sungai, lakukan kawalan malam atau sentry cara pengakap yang sebenar. Para pendaki Gunung harus sedar akan kepentingan ilmu Kawalan Pengakap ini. Walaupun rupanya macam tidak beberapa sesuai, percayalah ianya memang amat sesuai dilaksanakan bagi semua keadaan program rekreasi. kawalan malam pengakap yang baik juga menekankan aspek "evacuation terancang", Roll Call, etc. ini penting bagi program yabg melibatkan mereka2 yang baru menceburi program rekreasi.

6. Utk sebarang program rekreasi, belajarla bawak tali, atleast 1 tali kernmental utk emergency, sorang bawak. Dah tu belajarlah buat simpulan atleast buat loop. kemahiran membuat loop yang "menjerut" dan yang tidak menjerut.



Peralatan rancangan yang sesuai.

1. Bawak B.A dan gunakan. B,A yang lengkap dipakai dan dipasang di badan termasuk tali di celah kangkang sekiranya mandi di lokasi yang merbahaya. Pastikan B.A lengkap dengan sekurangnya wisel kecemasan.

2. Parang yang berguna – utk memotong pokok atau dahan atau akar yang kuat bagi membantu membuat halangan / tempat berpaut dan gunakan kayu tersebut utk menarik mangsa didalam air.

3. Pelajari teknik menyelamatkan mangsa menggunakan tali, pelajari juga teknik buat loop, teknik anchoring 2 point / 3 point. atau paling tidak pun anchoring ke pokok.

Peringatan sebelum mandi

1. Adalah sebaiknya hantar sorang pakar renang la kononnya untuk recce dulu keadaan sungai yang kita tak nampak dasarnya. Kadang2 yg tak nampak dasar nie tak dalam, tapi banyak kayu / batu etc.

Kaedah Menyelamat mangsa:

1. menyelamat mangsa dengan terjun ke dalam air adalah perkara paling tak betul untuk dilakukan!
2. Sediakan keperluan menyelamat dalam jangkauan yang mudah dan brief ahli sebelum memulakan pesta mandi manda

Kaedah mengenali samada fenomena kepala air akan berlaku atau tidak.

Intro:

Fenomena kepala air nie boleh berlaku akibat daripada tanah runtuh, hujan di hulu atau kawasan atas/ pangkal/ di kawasan2 tinggi pergunungan yang mana curahan airnya boleh masuk ke sungai ataupun sekiranya ia bertakung dan runtuh, boleh timpa/ jatuh kedalam sungai. utk di negara lain, boleh juga diakibatkan oleh runtuhan salji ke dalam sungai.
Sekiranya kawasan pangkal atau dibahagian atas pergunungan ini ditimpa hujan, kita boleh mengenali dengan cara melihat burung.... burung apa ya?, atau melihat keadaan langit di atas gunung. Biasanya awan hitam di bahagian atas gunung, disusuli dengan bunyi guruh walaupun kat port kita mandi tu haram ... dah la tak hujan, paneh lak tu.

Teknik mengesan kepala air  sekiranya diri sendiri berada dalam sungai:

Berikut adalah berdasarkan observation sewaktu saya disungai dan pengelaman lampau.

Kalau kita berada dalam sungai dalam posisi berdiri, kaki jejak dasar, dan sungai dari kategori sungai berpasir macam standard sungai di hutan kita / di kawasan hutan lipur, sebelum kepala air sampai, ianya akan dimulai dengan penambahan kelajuan air, maka, kaki kita di dasar cepat berubah. Selalunya kaki akan semakin tenggelam; ini adalah kerana pasir2 di bahagian bawah tapak kaki semakin di tolak akibat pertambahan halaju air, dan akibat graviti dan berat badan, kita semakin ke bawah / tenggelam.

Selepas perkara di atas berlaku, ini akan disusuli dengan kehadiran air lumpur berlikatan rendah / air sungai semakin keruh. Ini menunjukkan di bahagian yang lebih tinggi atau pangkal, air sungai yang deras mungkin menghakis tebih tanah / tebing tanah jatuh ke sungai mengakibatkan air menjadi keruh. Air juga boleh menjadi keruh akibat kelajuan air yang semakin bertambah yang membawa sekali selut di dasar sungai yang tenang.

rasional kenapa kaki di dasar tenggelam dulu adalah, akibat penambahan arus sungai secara tiba2, maka jisim air yang berada di bahagian tengah2 akan ditolak kehadapan secara paksa dahulu, maka, airnya tak semestinya keruh dahulu tetapi air akan bertambah deras dahulu. dengan erti kata lain, bila air deras, maka, pasir dasar sungai akan bergerak dulu, maka kedalaman air akan bertambah dahulu.

Sekiranya dua perkara nie dapat diperhatikan , terus keluarkan arahan tanpa menimbulkan panic, dan aturkan evacuation terancang ke kawasan yang lebih tinggi dan kukuh. Sekiranya trek adalah di sepanjang sungai atau di tepi air terjun, gerakan menurun perlu dilakukan segera sambil memastikan kawasan selamat di keliling tebing sungai utk kita pergi sekiranya kepala air semakin tinggi dan bahaya.

Sekiranya tidak sempat untuk menuruni trek, terus ke kawasan yang tinggi dan kukuh yang paling kurang dahan dan ranting di bahagian atas kepala.

Sekiranya trek adalah dari kategori trek “charoh” ada lebih baik agar jangan dilalui. Ini adalah kerana trek charoh selalunya mempunyai sumber mata air yang hanya akan keluar sekiranya berlaku hujan atau tekanan air dibawah tersebut semakin tinggi. Sekiranya ini berlaku, ianya akan membahayakan peserta kerana kasut yang tak grip.
Eh... semakin melalut pulak..... errrr.... komen??? Tambahan, saya memohon bantuan dari semua....

ok, cuba kira, berapa banyak sekiranya? hahahahahaha

bahaya ketika kepala air:

kalau dalam air, yang selalu buat maut adalah:

1. debris yang hadir bersama dengan air tersebut, jangan cakap ranting2, kayu2, silap2 kepala lori pun hanyut sekali. maka penyebab kematian adalah akibat diterjah dengan objek2 yang berada dalam air. ikan pun langgar kita kot.

2. apabila hanyut, kebarangkalian diri mangsa terhentak ke batu2 atau kayu2 yang pegun di dalam sungai boleh berlaku.

3. lemas

4. kaki kejang

5. panik.

kalau bukan dalam sungai dan ditepi tebing:

1. kene sapu dek air.

2. apabila sangat yakin yang tanah sungai tu tak runtuh, batu tepi sungai tu tak gerak, masa tu la diorang nie suka nak runtuh atau bergerak.

3. terjatuh. ada mungkin ke kalau tiba2 akibat dari fenomena tersebut, keadaan pressure angin persekitaran berubah dan menyebabkan orang lost balance dan terjatuh?

4. kalau air sungai melepasi paras logik yang terlalu tinggi... ( boleh cecah tinggi sekitar 40 kaki!) semua di sapunya.
ini berlaku ketika sebuah gunung berapi di U,.S meletup dulu2, gunung apa yaaa? hahahaha

Contoh Kejadian... : Lokasi : Air terjun Jeramtoi

SEBELUM :...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

SELEPAS..

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket