18 August 2021

HALO Rider

 Motor xde... Lesen xde .. boleh ke jadi Rider delivery makanan? Jawapannya ialah boleh je. 

Grab X jalan, xpe, kita try jadi rider delivery, motor xde? Xpe, kita try bedal guna kereta. Selamba. Asalkan bapak korang bukan duk rumah tanpa usaha. Bapak kau akan tetap cari jalan. Niatkan satu sahaja, utk keluarga tersayang Lillahi Ta'ala. Bapak kau X berangan nak mewah2kan diri. Bapak kau cukup happy kalau dapat bawak balik jajan memalam utk tengok korang happy. 


Tapi tu lah kan. Sebab tu lah rider2 delivery ni naik motor. Bukan apa, cas nya lebih rendah, upahnya lebih rendah. Upahnya bermula dari kedai ke lokasi hantar . Dia X kira kau berapa jauh. 


Setelah lebih sebulan abahkau selamba bawak Halo Rider ni, maka abah kau faham la kenapa rider2 bawak laju. Utk setiap order tu ada jangkamasa delivery nya. Kau awal, kedai lambat siapkan order, kadang tu abahkau sampai, baru dia nak cek app dia , ada tu dia X bukak langsung . Apa punya merchant la. 


Bila nak delivery pulak, yg alamat kat map X betul satu hal. Dah sampai kat drop point. Kat hutan pulak, bila dia bagi location betul2 tu dia, tambah lagi 5km ke 8km. Ye lah ye lah... Layankan aje lah. Anggap je lah amal jariah saja2 isi masa lapang . Hahaha... 


Jadi setelah sebulan lebih abahkau buat keje delivery, masih X dpt nak rolling dan lagi merisaukan, km keeeta dah nak dekat ke waktu nak servis .. mana modal nak servis nanti. Baik kurangkan penggunaan kereta. 


Korang jgn anggap abah kau giveup tau. Kita kena realistik. Keje delivery makanan mmg X sesuai kalau guna kereta. Abah kau dah eksperimen bebaik dah. 


Xpe, InsyaAllah, abah ngan ibu kau ada plan seterusnya. Semoga dipermudahkan oleh Allah segalanya , semoga semuanya berjalan lancar.