28 December 2009

Outing ngan family sendiri kat PD...

Masa nie, kitorang reramai berkumpul kat salah satu penthouse kat PD, apa ntah nama dia.. ala yang sebelah tempat orang kata buang abu mayat tuh... hohohohohohoho.....












07 December 2009

Ucapan terakhir - Syeikh Ahmad Yasiin

“Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini. Aku tidak mampu ke mana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putihdan berda di penghujungusia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab sehingga mereka sendiri begitu lemah? Adakah kalian semua begitu wahai Arab? Kalian diam membisu dan lemah, atau kalian telah mati binasa?

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yangberlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiayai dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan? Tidak malukah negara-negara umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami? Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parting-partinya, badan-badannya, serta tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan yang sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan “ya Allah, perkuatkan saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman”??

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu, kami akan tersu berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri) dan akan mati bersama-sama anak-anak kami, wanita-wanita. orang tua dan pemuda. Kami jadikan dalam kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini… ya allah, kami mengadu pada Mu, lemahnya kami, dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Kau tinggalkan kami? Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami? Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anaknya, rumah yang telah diruntuhkan, tanaman yang telah dirosakkan. Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan umat ini, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kam, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh kami.”


P/s:

Adakah anda Muslim? TAK PAYAH BUANG MASA BACA FATIHAH UTK ORANG TUA NIE... Dia Syahid.....  Lakukan Gerakan Pemboikotan! Peliharalah Solat dan Berdoalah untuk kehancuran Rejim Zionis. Kalau itu pun tak mampu nak buat,, sungguh aku tidak terperanjat.