06 February 2008

Mukjizatnya Azan

Mukjizatnya Azan

Pesanan  Semasa Mendengar Azan...


Kematian itu pasti  menjelma.  Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa  kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa....  lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul  maut'.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,  jangan berkata apa-apa pun semasa azan  
berkumandang.


Sebagai orang  beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu  kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan  kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang  berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak
.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan  kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Dari itu marilah  kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian  kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah  "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.  

Amin..amin..amin  Yarobbal a'lamin.."


WASIAT NABI MUHAMMAD  S.A.W.  kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3  tanda2nya:
1)   Jujur dalam berkata-kata.
2)    Menjauhi segala yg haram.
3)   Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi  orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1)    Merahsiakan  ibadahnya.
2)    Merahsiakan  sedekahnya.
3)    Merahsiakan ujian yg  menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3  tanda2nya:
1)    Takut berlaku dusta dan  keji.
2)    Menjauhi kejahatan.
3)     Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali,  bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1)     Mengawasi  dirinya.
2)     Menghisab  dirinya.
3)     Memperbanyakkan ibadah kepada Allah  s.w.t.


Wang RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu
lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan
bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang
berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya
.


Kepada saudaraku yang dimuliai & dihormati...

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui
e-mail mahupun edit/mengedit dan lain-lain..tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3  kali.....

12 comments:

Iris harison said...

lagi satu sekiranya kita mendengar azan jgn la kita dlm keadaan baring perlulah duduk mengamatinya..kerna bila kita meninggal nanti jenazah kita terlalu berat..sukar utk diangkat..

Farid McGuire said...

uik.. dari sumber mana tu iriestcute?.. boleh paste kan tak sama ada bersumber dari quran atau hadis..

Iris harison said...

riest pernah dgr ceramah agama ttg ini..

Farid McGuire said...

maaf, saya dah buat cross reference dengan segala sumber yang ada. statement tu tak tepat, takde dalam mana-mana sumber hadis, ataupun quran. oleh itu baik abaikan saja. bak kata mufti perlis, Ustaz Asri ; ikut dalil dan fakta, buang taklid buta.

ingatlah sabda nabi SAW;

-Maksudnya: “ Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami...” (Al-Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)

-Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombor 3461)


Semoga kita sama-sama mendapat manfaat, insyaallah.

Iris harison said...

ermm..terima kasih...

Farid McGuire said...

sama-sama..

nizran nadzar said...

hadis ada pelbagai jenis, dari yg segi hadis sahih mahupun hadis hassan, lagi satu nasihat dari para wali dahulu kala juga boleh di jadikan pedoman, ini terpulang kepada kepercayaan masing2, jalan selamatnya, ikut sahaja apa yg terang2 sanya sahih dan susur galurnya tidak di ragui.
apa yg iriestcute katakan, tidak saya nafikan, namunbegitu, saya rasa tidak bersalah kepada sesiapa yg ingin mengikutnya, terus terang saya katakan, saya akan ikut, berdasarkan dari teori psikologi.

terima kasey iriest..

Iris harison said...

lagu negara ku kita hormat n sanjung berdiri bila mendengarnya..kenapa tidak azan yg sesunggunya mengangungkan kebesaran Allah S.W.T..

terima kasih saudara nizran..

nizran nadzar said...

mm, sama-sama, sebenarnya ada pelbagai lagi hujah yg ada, namunbegitu, sekelian para lebai dan mufti hanya akan mengatakan apa yg tidak dapat disangkal. Benarlah tu. sebab itu saya menggunakan hujah dari segi psikologi. bagus, bagus. ikhtilaf yg baik.

eksyen kemain said...

thanks bro..

Carved IJAN said...

ilmu yang baik...terima kasih nisran

loe gunung said...

ko ni cam riak pon ada.....dah abis ke smua hadis2 yang ko baca?berapa ribu hadis dalam kepala hotak ko?ulama sendiri pun tak berani declaire yg diorang dah khatam hadis2 nih...ko berani2 lak ngaku dah cari dalam semua sumber konon...blah la weii....

Post a Comment