18 May 2009

MUZIUM TENTERA DARAT




sehari lepas turun dari datuk, ese laki bini poie lak ke PD, ke Muzium tentera darat PD. berikut adalah sedikit fakta mengenai lokasi tersebut.

di cilok dari www.armymuseumpd.gov.my

1) Ilham untuk membangunkan sebuah muzium Tentera Darat di Port Dickson tercetus pada tahun 1989.

2) Tentera Darat mula membina muzium dengan mengubah suai dua buah bangunan lama di Pusat Latihan Asas Darat pada tahun 2002.

3)Setelah hampir empat tahun ianya dibina, kini Muzium Tentera Darat tersergam kukuh bersendikan semangat perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu dan semasa untuk dihayati oleh semua.

4)

Visi

Memperagakan bahan artifak


Mendokumenkan segala fakta sejarah ketenteraan tanah air melalui sistem teknologi maklumat selari dengan pelaksanaan K-Army


Menyediakan khazanah maklumat dan pusat latihan muzium dalam pembentukan jati diri dan semangat juang untuk warga tentera dan rakyat Malaysia


Misi

Mewujudkan. Untuk mengadakan satu institusi pengumpulan sejarah Tentera Darat yang tersendiri.

Mengumpul. Semua bahan, data, fakta serta artifak berkaitan sejarah ketenteraan negara.

Mendokumenkan. Menekankan budaya penyediaan dan penjagaan rekod samada melalui audio visual, multimedia dan penjilidan.

Memelihara. Meliputi semua aspek konservasi seperti khidmat nasihat, kerja baik pulih serta prosedur.

Mempamer. Mempamer semua koleksi dengan mengambil kira kaedah pemasangan, keselamatan, tahap suhu dan teknik pencahayaan.

Menyelidik. Merangkumi bidang koleksi dan disiplin berkaitan.

Menginterprestasi. Meliputi aspek identifikasi, penilaian dan menganalisis budaya material.


Pada 31 Disember 2001, Konsep Muzium Tentera Darat telah dipamerkan kepada Y.A.B. Dr. Mahathir Mohamed, Perdana Menteri Malaysia. Berkonsep gabungan proses pembelajaran dan penyampaian maklumat dengan mewujudkan suasana ceria, terhibur dan menarik kepada setiap pengunjung dengan elemen berikut.

p/s...

hampir semua kenderaan dan jentera yang dipamerkan dibuka pintunya, jangan sampai terhantuk kat dalam tu sudah...

2 comments:

Pa'itot Pa'itot said...

hmm..lamo tak poii sini..dolu2 rajin gak..dah 3-4 kali habis tawaf hehe..:P yang penting ado stove zaman2 dolu2 punya..dekat2 kapal tu..tak amik gambo ek?? ker dah takde dah stove tu..hmm..

yanie honey said...

wow...atit-2 pic.....

Post a Comment