pada 24/08/09, jam 1:22 petang, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, lahirlah anak sulung saya... perempuan...
dengan lahirnya anak ini, terasa hidup ni sungguh lengkap... sungguh bahagia... gila2 nya happy...
bila ingat2 balik... hish... dah ada anak dah aku nie..... hahahahaha.....
ditakdirkan Tuhan, macam biasa, Nurul kene tahan wad sehari, risaunya abah dan ibu tak tau nak kata macamana... mula2 abah solat syukur dulu sebab yang dinanti2 selamat tiba... kemudian solat hajat dan doa abah buat moga2 Nurul dapat keluar wad cepat... Nurul dalam wad tingkat 6, ibu dalam wad tingkat 1, bila abah tengok ibunya, masyaAllah, sebaknya hati abah, terima kasih isteriku... aku redha ....
25/08/2009...
pagi... ibu Nurul call, orang dah boleh discharge kata dia.... Alhamdulillah... lagipun ibunya dah rindu sangat nak bersama dengan Nurul.... nak g tengok anak kata dia masa abah sampai...
abah ngan ibu pun pergilah tengok Nurul... MasyaAllah, comelnya anak kita...
tengahari tu kami pun balik tanpa Nurul bersama.... sedih2.... nak wat macamana.... kata doktor, nak buat ujian darah ngan nak buat ultrasound dulu....
tapi ditakdirkan. petang tu pihak HTJ talipon, dah boleh balik ambik anak ..... humang ai... dia punya teruja dan happy, abah lupa basuh muka sebab baru bangun dari tido... takpelah, yang penting anak aku dah boleh balik....
sampai aje Nurul kat umah, dah dekat nak buka puasa, abah pun apa lagi, terus pergi ambik kamera nak ambik gambar Nurul... maka gambar kat atas pun diambil... ngan beberapa keping yang lain....
terima kasih Ya Allah.... terima kasih sangat2......
yang nie ialah apa yang abah baca selepas abah azan dan iqamatkan kamu.....
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum wahai anakku
Hari ini aku abah kamu , menamakan kamu dengan nama Nurul
Agar kamu menjadi seperti cahaya Dari segala sudut
Hai anakkku Nurul hari ini aku islamkan kau dengan kalimah syahadah ( La illah haillah .......) Wahai anakku Nurul hiduplah kamu dengan kalimah La illah ha illallah
Taatlah kepada tuhanmu Allah Azzawajalla . Taatlah kepada ibumu serta taatlah kepada aku Abahmu dan tegaklah ketaatan La illah ha illallah
Wahai anakku Nurul hari ini telah aku sempurnakan agamamu , islammu dan janganlah engkau tuntut apa-apa ke atasku di akhirat nanti.
Wahai anakku Nurul, hiduplah engkau dengan kalimah La illah ha illallah kembalilah dengan kalimah La illah ha illallah.
Assalamualaikum wahai anakku.

masa abah bacakan lafaz ni, Nurul bukak mata sikit dan tenang sangat muka dia....