24 February 2010

Jalan-jalan Melaka ngan Cik Lie

Asalnya projek jenjalan di melaka nie adalah sebagai satu langkah pertama untuk menjayakan sebuah program fotohunt yang dirancangkan oleh Cik Lie.. Jadi kebetulan saya adalah seorang yang sangat suka jalan-jalan di muzium untuk melihat sejarah, informasi dan etc, maka on saja. Untuk save budget, kami sekeluarga numpang kereta baru Cik Lie, Honda City baru tu.....

day 1.
Jalan2 ke
1. Makam Hang Tuah.
2. Muzium2.
3. river cruise
tido motel..

day 2..
jalan2 muzium dan tapak lawatan..

balik...

so, dengan erti kata lain, Nurul kecik2 lagi dah g jenjalan muzium dan rivercruise. Hope satu hari nanti, Nurul akan jadi seorang yang bukan sahaja bagus dalam pendidikan, tapi juga general knowledge.


23 February 2010

Chinese New Year 2010

Chinese New Year tahun 2010. Satu perancangan konvoi beramai-ramai keluarga Zulkifli ke Pangkor dan sekitar Perak..
Kenapa pulak sekitar Perak? sebabnya cengginie, kami asalnya bergerak berasingan ke Lumut, stay dekat salah satu apartment yang ada kat situ. Lepas tu pepagi tu ke Jeti untuk ke Pulau Pangkor..
punya la ramai orang..  hehh heh heh, sebab dah nama cuti perayaan kan.. masa tu cuaca agak panas,  so, berterima kasih kepada mereka-mereka yang bertugas di pntumasuk jeti kerana membenarkan sesiapa yang ada budak kecik utk masuk dulu (potong Q), bunyi memang tidak adil kepada mereka yang dah menunggu lama, tapi nak wat camana, kang kalo anak pitam kang, sapa yang susah.. dah tau ada anak kecik, sapa suruh pergi kesitu? heh heh heh, berikut adalah andaian-andaian perasaan mereka2 yang ada kat jeti tu masa tu... dengan erti kata lain , ada konflik yang terlibat... well, as long as ada perasaan serba salah tu, puts me a better person than those wo against the simple law and feels nothing about it right? nak-nak buat muka gengster macam babi-babi PEKIDA dan 36, 77 etc tak lupa kepada lebai-lebai macam alim tapi buat double parking dan masuk simpang tak bagi signal...

ehh... kesitu pulak dia... hahahahahaha....

bila dah puas ke Pangkor, balik ke Lumut, ronda2 sekitar Lumut malam jumpa Kamal ngan Lanjut, tido di apartment yang sama, pepagi menghala ke arah Zoo dalam perjalanan sempat singgah satu kampung nie makan mee udang, pastu pergi zoo(hujan renyai, beli payung besar Rm10 je kat situ).. , pastu singgah ke umah Roy(Pak Teh), lepak lagi semalam...

hari terakhir, pinjam duit Atom (Pak Ngah), singgah ke umah Kamal, konvoi ke Kompleks Pasir Salak, layan muzium (ilmu banyak di sana), tengok koleksi keris.., then journey ke Seremban, semua ikut jalan dalam... Terima kasih kepada GPS yang bawak kitorang entah kemana...  terima kasih kat mak ngan niwan sebab bagi pinjam kereta kenari..

so gambar memang le banyak gile.. nak kene select la pulak, gambar banyak2 simpan dalam drive, check dalam multiply pun takde rupanya...




Nurul macam biasa, mmg senang nak dibawa berjalan, tak meragam, no problem.. bagus anak abah nie.. hohoho walopun journey pergi kami tak sama dan kami ikut secara total jalan dalam..

18 February 2010

saaayang Mak....

diterima dari email

-Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat.....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.. Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ....
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... . .
-berapa ramai yang sanggup..... .. membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

10 February 2010

negara Islam Maksiat Malaysia part-2

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia.
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang
semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di
Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang
sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran
anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor
sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian
bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.