10 February 2010

negara Islam Maksiat Malaysia part-2

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia.
Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang
semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di
Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang
sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri
daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak
berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran.
Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran
anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor
sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian
bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa
catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada
setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes
pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran
kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003)
30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan
adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

22 comments:

lusuh adventure said...

antara tanda kiamat makin hampir...
banyaknya anak luar nikah.

nizran nadzar said...

lagi best, bila gejala sebegini dianggap biasa, normal, moden dan kemajuan.....

fDhill de said...

dasyat.....

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

selangor paling tinggi ...? nak cakap apa lagi ... tahniah aje lah. adakah statistik ini termasuk bayi2 yg dilahirkan oleh warganegara asing?

konohaTsuki firefox said...

owwwww~ isk3.. 1malaysia beb~

ann @72 said...

dunia akhir zaman...

konohaTsuki firefox said...

wow~ gambo hero tamil~ cayer laaaa~ rajanikhan~ kakaakakakka~!

ann @72 said...

hehehe....awak minat ka.....

konohaTsuki firefox said...

hahahaha~ xde la minat sgt~ tapi family sy giler+suke kat pelakon ni~ sbb dia ada style laaaa~ kekekekekeke~ camne leh amik hero tamil nih??? ada skendel ke?? waakakakakakka~!

ann @72 said...

hehehe...kalau dia berlawan tuh sampai pesha pesha pesha (bunyi dia) ayoyo....
sy tumpang pinjam gambo dia ja...skendel2 tak ble tak ble

adik Idan said...

sedih ku dgr........

konohaTsuki firefox said...

hahahah~ part paling best bile dia libas kain~ terbaik~

ann @72 said...

a ar betul2...sambil menari2....senyum maintain jer...ekeke

konohaTsuki firefox said...

tapi terbaik bile dia baling rokok tuu~ perghh~ sampai skang wat xjadik~ lubang idung jadik sasaran~

ann @72 said...

ayoyo...betul ka...part tu sy lom tgk lagik...
whoaa awk ingat semua ekk...ekekeke ..ada chan ganti rajnikanth

konohaTsuki firefox said...

kekekekekke~ kena tgk tuu~ sy ek???? errrrr...... sy buleh ke?? errrrr~ tenkiu2~

mat gest said...

huyo... tu yang dah kantoi ngandung... klu maksiat ble darab sampai 6 kot erk.... wallahualam

nizran nadzar said...

sedih sangat dengan perkara sebegini... diharap sahabat2 juga turut serta turun padang bagi membendung semua gejala2 sosial di Tanah Melayu geran orang lain ni...

ann @72 said...

Insya'Allah nizran...

didikan agama itu perlu...

nizran nadzar said...

terima kasih, semoga usaha kita diberkati... laksanakan tugas walaupun tugas selemah-lemah iman..
bulan sudah saya ada bagi talk mengenai dadah.... sebelum bg talk, kene dapatkan maklumat.... pperghh... pening tengok statistik...

azlina zaini said...

kesian anak luar nikah tu... nauzubillah

nizran nadzar said...

betul... tp nak wat macamana... normal la sekarang ni....

Post a Comment