25 March 2010

YouTube - Uriah Heep - Magician's Birthday




teringat band2 yang me metalkan saya sejak kecik2... uriah heep, Grand Funk dan Deep Purple.. tak lupa Led Zep...

utk Uriah Heep... lagu nie le masih terngiang2.. tu yang saja carik balik, dan jumpa!!!!

satu lagu berbentuk progressive n xperiment...

antara LAGU YANG SAMA ... terjumpa di You Tube..





terkenang lagu2 kegilaan remaja bebudak sekarang.... terdetik dalam hati... haram... jauh lagi standard kita...

10 comments:

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

double standard ... pasal zaman kita dulu tak haram? hahaha ...

nizran nadzar said...

bila berbincang atas platform muzik, zaman kini , bakat dan artis itu menjadi lain. di sini, walaupun lagu tu haram tak skill, tak bermelodi , tak menggunakan scale 7 atau 9, orang tak kesah, sebab peminat yg tak paham muzik tu ramai. di Malaysia, manusia hidup dengan teori, DJ atau org2 di kantor muzik berkuasa untuk menentukan Lu patut minat mana lagu yang gua nak lu minat.. berbanding dengan minat terhadap sesuatu muzik hasil daripada kesedapan melodi, kesinambungan scale di gunakan, bla bla bla...
Artis di sini, adalah kebanyakannya "tukang nyanyi". menyanyikan lagu yang dicipta oleh orang lain, lirik oleh orang lain, dan "gubahan". Selalu kita selisih dengan kereta yang pasang lagu dum dum dum dalam kereta kuat yang amat... tefikir pula.. apa melodinya? apa mesejnya? apa perjuangan dia?

M.Nasir pernah menghadapi masalah ini sewaktu cuba mengetengahkan bentuk melodi "berfikir" seperti dari album pheonix bangkit. dan album tersebut tidak menjadi. hasil kajian, beliau berpendapat, rakyat masih belum mampu menerima muzik yg standardnya tinggi sikit. macam tengok hindustan, tengok intro, tau jalan cerita sampai habis. Bila diberi tengok movie sebagai contoh cerita MOMENTO. kasi ulang 4 kali belum tentu faham. Akibat malas berfikir, dan lebih suka suapan.
rakyat akan mengundi yang tak berbakat, bergantung kepada drama, wajah, etc individu. Rakyat lebih paham muzik "mudah" yang bunyi mengada2 .. meniru lagu2 lama, cuma 4 kord ulang sampai habis.. teknik bebudak sekolah jalan-jalan bawak gitar kapok..

Rakyat Malaysia dan golongan menteri dulu juga pernah mengharamkan band seperti Megadeth dengan mengkategorikan Megadeth sebagai Black Metal! hahahaha... selamba je mustaine cakap dalam interview, ramai rakyat malaysia tak paham muzik, n tak tau nak bezakan muzik mengikut jenisnya.

Lagu2 cintan, ke NEGRO an, yang mempunyai lirik maksiat dan lucah menjadi keperluan.. sikit2 jiwang2 perasaan2... bila dengar lagu heavy, terasa golongan tersebut sebagai sesat akibat dari rentak, melodi dan cara lagu dinyanyikan... tak pernah nak luang masa utk selak2 lirik lagu. patut la org melayu mata asek baca subtitle bila tengok movie omputih.

yg ramai tak terfikir adalah... mula jatuhnya kekuatan kerajaan Islam lama, apabila wujudnya penyair.. ( muzik)

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

setuju tu, nizran. kita semakin malas berfikir. dan lirik2 lagu skrg, kalau tak mencarut, tak sah ..!!

nizran nadzar said...

betul tu...
hahahaha... teringat cerita momento...

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

ish isshh issshhhhhh ...!!!

Panji Alam said...

Bro minat Uriah Heep. Boleh gang cam ni....The Wizard, July Morning dan Sunrise antara yang terbaik. Grand Funk Railroad pulak We're America Bank, Inside Looking Out, I'm Your Captain....Deep Purple alahai,,,,Speed King, Highway Star, When A Blind Man Cries....hehehehehehehe

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

wah!! awak dah ada regu lah, nizran.

nizran nadzar said...

yeah!!!! zaman ni mmg lagu goyang kepala punya...
tak lupa Beat terbalik Led Zep.....
sekali sekala layan Deep Purple ... pasang kuat2 dalam kereta lagu "Burn"... dengan lead keyboard ngan guitar bermelodi pembunuh... mmg perrrrghhhhh...

Panji Alam said...

Jangan lupa Black Sabbath 'Ironman', Iron Butterfly 'Ingada davida', Stephenwolf, RItchie Blackmore dan Ken Hesley.....rock gitu!

nizran nadzar said...

chayalah...!!!

Post a Comment