29 December 2015

Trip Hujung Tahun ke Ipoh


Trip kami ke Ipoh...

Sangat happy dapat bawak anak2 dan keluarga jenjalan.. Syukur tiada kesesakan teruk walopun musim perayaan...

trip best, so, lepas ni kita tumpu pada negeri lain pulak...

Day 1. lepas amek kereta sewa, thanx to boss sebab bagi keluar awal ckit, utk g amek kereta sewa.. haah kan , xde bergambar gnan kereta.. ye la, kang nampak poyo lak, bukan kereta sendiri pun hak hak hak... belanja utk kereta je seribu, nak selesakan anak2 punya pasal.. haha.. bukan starex, bukan alpat, tapi naza ria... ok gak, selesa...



gerak dari rumah macam dirancangkan , malam, singgah makan kat RnR sban, dan meneruskan perjalanan sampai RnR Tapah, dan membuta dalam kereta sampai ke pagi..

Terus ke Lost World Of Tambun.... ingtakan antara yg terawal.. amek kau gila ramai yg dah sampai hahaha... terus beratur amek tiket dan masuk dalam mandi manda...
















tu je gambar yang ada utk day 1.. bukan apa, enjoy sangat sampai tak sempat nak amek gambar... layankan aje... memori akan kekal di minda insyaAllah... yang bestnya, akibat last minit kensel booking hotel, maka, dah habis main air, g makan, kami masih tiada hotel... maka melilaulah kami dalam Ipoh mencari Hotel... Syukur dapat... boleh la, daripada xde, nak tempat rehat sekejap je pun...

kami checkin dekat kol 1 pagi lebih sikit.. hahahaha... lokasi Chariton Hotel... will not recommend it to anyone.. hahahahaha

Day 2.

Memandangkan terlajak letih, maka kami pun sambung program lepas checkout, sekali ntah hape kene aku leh masuk shopping complex lak.. walhal plan asal nak ke Hutan Rekreasi Gunung Lang... so, bila teringat, selamba je keluar balik dri shopping complex dan ke Gunung Lang... di atas langit, dah mula mendung... wahhh... main hujan ke ni... canteeek...















































cun gak la tempat ni, utk tiket, RM3 sorang, kan berbaloi tu, memula ingatkan nak bagi tips lebih kat abang bot, mintak bawak pusing2 jauh sikit, sekali memang tasik dia pendek je. hahaha..

so yang bestnya tempat ni, sebab dia aman damai, kebetulan walopun masa tu ada gak orang lain, dan kena beratur utk naik bot, tapi ok gak la sebab sakai tak ramai.. tempat amandamai, tenang, keindahan alam... sebab tu gua suka g Perak..... ada air terjun buatan yang cantik, cuma kurang tempat berteduh dan berehat di luar , dekat area membeli tiket..  So, far, tempat ni best... aku suka.. aku akan datang lagi...

Habis je jenjalan kat tempat ni, dah petang dah masa tu, kami decide nak g jenjalan ke shopping complex berdekatan, so boleh la belikan kasut Sekolah Nurul sekali... alang2 dah ada sana, kontek la Kamal Ambia, demn, dia pun mmg ada kat ctu... terus berjumpa dan melepak jap.. syukur dapat jumpa dia,. kalo tak mmg aku gegar je rumah kat Batu Gajah tu.. hahaha... walopun aku tau dia takde sana... hahahaha

Selepas melepak sini , kami pun beransur ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, Tengahari tu dah call dan tanya kalau ada kekosongan, alhamdulillah ada kosong... booking terus... macam biasa, tgh malam gak la sampai... hahaha....

Day 3.

best tempat ni... aman damai... bagi gua, berbaloi, satu chalet bawah 200, siap ada 2 bilik, 1 ruang tamu... leh sumbat reramai...

tido depan tv pun boleh.. siap aircond lagi...

tapi biasala kan.. bila tempat chalet tersorok ni, dia macam kurang maintenance ckit... tapi bagi kami ok je... silap lak tak amek lama kat sini.. hahahaha

tempat best, benda2 remeh, macam tv crt, tuala keras, tempat sangkut xde dalam bilik air, etc tu semua kecik punya hal... bukan orang kaya pun nak komplen., hahaha... kat umah, hot shower pun xde.. yg menariknya adalah pemandangan .. chalet dekat dengan sungai perak.. suasana kampung habis... siap ada kerusi enjut lagi kat beranda.. mmg puas hati... aku suka la tempat ni hak hak hak...

pagi bawak bebudak mandi swimming pool yang ala kadar ni, lepas tu bersiap dan check out,. bila checkout kami menuju ke Teluk Intan pulak..






















Dah sampai sana, kita biasa la, pergi menara condong, jenjalan sekitar dan g beli baju sekolah Nurul...
 agak dah nak petang ckit, baru kami bergerak slow2 ke arah Sabak Bernam...
Nak ikut jalan lama nye pasal, nak cari Nira punya pasal... sekali 2 botol aku bantai.. hahaha... layan view sawh padi...














masa kat Teluk Intan, tiba2 terplan nak tambah lagi sehari pulak... hahaha.... so, next samada kami ke PD, mana le tau kengkawan ada kat sana, tapi memandangkan pada masa tu kami tiada penting, maka dengan selamba je kami plan nak bebudak seronok2 di i-city Shah Alam lak..

hambek kau, cakap je nak main apa... rabak jugak la.. hahaha... melepak sampai hampir pukul 2 pagi kat ctu...





bila dah sudah, badan pun dah letig, maacam biasa, baru la plan mencari tempat tido, siap plan kalau besok bangun awal, leh la ke Bukit Cherakah lak...

sekali bangun lewat ckit lak.. hahaha...

kami g makan2, jalan2, dan pelan2 ke Seremban...

ehhh... tersinggah kat Mydin S2 pulak... beli alat tulis Nurul pulak... hahaha... dah dekat pukul 5 baru gerak ke umah... tinggalkan barang2 lepas tu pulangkan kereta...

fuhhhh... best bai...
 ....................................................

......................................................

........................................................
.......................................................

Trip ni asalnya trip keluarga bersama ahli2 PPKAST..
maybe trip last dengan PPKAST.. who knows, aku agak konfius dan terasa tertikam dibelakang jugak asalnya...

1st. Trip asal kelolaan PPKAST, di nasihatkan utk dibatalkan oleh senior, .
2nd. Kalau trip ni kemudiannyatidak dibatalkan, dan telahpun dicanang lama sebelum dinasihatkan agar dibatalkan, kenapa yang dah ada rogram tak declare awal2?
3rd. Akibat perkara yg berlaku maka bermulalah keretakan akan kepercayaan didalam brotherhood cap ayam PPKAST.

bila dah nampak macam trip seakan tak berjaya, aku dah nekad dah, g mampos la.. sebab tu aku awal2 lagi dah  plan aku akan sewa kereta khas utk aku sefamily je. maka tekaan dan firasat masih benar walaupun lama x syirik, memang kami sekeluarga je yang pergi. Membuatkan aku lebih seronok.. sebab?

Gua tak skema, kita pergi mana nak pergi, kita singgah mana nak singgah, tanpa ada rasa keperluan utk menjaga hati peserta lain. Ini juga memberikan lebih tumpuan kepada ahli keluarga sendiri.. kan lebih seronok, dapat bermain dengan anak2...

Maka berubahlah plan mengikut sedap kami sekeluarga.. asalkan anak2 happy! tu pun naseb baik korang kecik2 lagi, kalau x.. mmg lagi brutal la perjalanan abah bawak korang hahahahaha

Thanx kpd kengkawan yg gentle tarik diri dan memohon maaf rather buat2 senyap, dan pergi program lain, sebab aku dah nampak priority kat mana. Takkan la kat aku ye tak, apa lancau aku boleh bagi kat korang. takde apa..