27 April 2016

Latihan Praktikal 120 jam di HTJ..

Melang sekali tiada gambar yang di ambil sepanjang 120 jam praktikal kat htj.  Praktikal ini adalah keperluan bagi kursus 1st Responder yang dilalui pada tahun lepas. Dalam kursus tu, kita belajar perkara-perkara yang perlu bagi team 1st responder yang membantu orang awam semasa bencana. Kursus adalah anjuran MARA HQ dikendalikan oleh MASTEM. 



So, kali ni kena pulak praktikal kat htj. Banyak pengalaman yang sangat berharga gua dapat sepanjang 3 minggu kat cni. Syukur kepada Allah atas peluang ini.  Dapat melihat sendiri perjalanan hidup peg. Pembantu perubatan, doktor2 dan petugas2 di emergency unit hospital Tuanku Ja'afar. 

I'm really honored to work with you guys. Salute!
Tak lupa pada abam2 bomba yang bersama praktikal kursus yang sama!

Antara pengalaman menarik yang dapat adalah merasa bagaimana melakukan cpr yang sebenar ke atas mangsa yang sebenar. Bahawa adlah merbahaya bila kita attached dengan mangsa dan keluarga mangsa. Perasaan frust bila kita gagal memberi bantuan dan akhirnya mangsa meninggal dunia agak menghibakan. 

Dapat dilihat bagaimana doktor2 dan PPP bertungkus lumus dalam usaha mereka menyelamatkan mangsa.
The worst part is,.... I like this job.  Tapi dulu masa sekolah memain, nak kata jadi doktor tu jangan harap, ni nak jadi M.A pun tak... Perasaan melakukan kerja yang mana pada masa yang sama membantu manusia tanpa kira bangsa dan agama sangat best. Sangat menenangkan. Mungkin sebab diri ni banyak sangat dosa lampau.. Masa muda dalam dunia jenayah yang terlalu teruk membuatkan kehidupan membantu manusia terasa seperti sangat aman dan seakan menghapuskan dosa2 lampau seorang aku.. Aku tau la tak...  Tapi tu la yang aku rasa....

Well...  I hope kursus dan praktikal sebegini akan diteruskan  dan aku akan cuba mohon.

3 minggu yang penuh dengan pengalaman menarik. I Salute all those who work there dan Salute kepada team hebat abam2 bomba yg kental!

Salute lu orang semua!