03 July 2021

Kena pindah??

 Makanya pada pertengahan bulan Jun 2021,  telahpun keluar circular mengatakan abah kau ni kena berpindah ke MRSM Batu Pahat pulak. Terpaksa dan akur dengan peluang dan cabaran baru ini, abah kau pun menerima dan berpindah lah kita sekeluarga ke Batu Pahat. 

Bersyukur ke hadrat Illahi, perpindahan kita ini mendapat sedikit sebanyak bantuan daripada sahabat yg memudahkan dan menanggung kos sewa , kos2 yg lain.  Sebab nak harapkan abah kau, gaji mmg dah clear paling lama dalam tempoh seminggu selepas terima gaji huhuhu. Bersyukur kepada Allah kerana hadirnya sahabat seperti ini. Semoga kita sekeluarga tak lupa jasa diorang ni, semoga kita sekeluarga X lupa mendoakan mereka ini. 


Alhamdulillah, syukur lagi, kita mendapat rumah kuarters . Walaupun cuma 1/3 je dari saiz rumah lama kita di Ledang, tapi sebenarnya itulah standard rumah kuarters kerajaan bagi golongan peringkat sokongan. Kita ambil juga sebab kalau cari rumah luar, kos akan lebih meningkat, kawalan keselamatan mungkin akan lebih rendah dan rumah sewa sekarang xde yg murah2.


InsyaAllah, ckit2 kita cubalah jadikan rumah kecil ini sebagai syurga kita. Biar rumah kecil asalkan kita bahagia jgn rumah besar tapi kita tak seronok. Ada rezeki nanti kita buat lah agar rumah kecil ni selesa .


Kita usahakanlah.... Btw... Dah try bawak grab di Batu Pahat. Siap masuk group whatsapp pemandu. Namun apakan daya. Musim PKP ni mmg mcmni lah keadaannya. 


Giveup? Mana boleh, X kak abah kau giveup. Abah kau akan cari jalan lain. InsyaAllah. 

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t... baru terjumpa blog ni.. semoga dipermudahkan segala urusan En. Mohd Nizran @ Abot sekeluarga di Batu Pahat. Salam ingatan sahabat lama dari Kluang, Johor.

Post a Comment