Hari ni patutnya ok. Semalam g keje motor tayar pancit. Redah sampai Pilah dr umah. Masa nak balik, singgah kedai moto, tukar tayar seken, masuk tiub sebab rim da ngelong. Rabak 30 hengget.
Tapi rupa2nya x ok.
Pagi td masa g keje pancit balik. Hampir xcdent sebbaek dapat kawal. Bahaya gile amek lap masa tayar pancit. Lepas tu bawak slow2 dengan belakang bergoncang sampai kedai moto kat tg Ipoh, Pilah.
Kena tukar tayar ngan tiub lagi. Rabak lagi...
Sebbaek la ada last kopek sen dalam pouch.
Ptg mcm biasa kene g bank. Sblm g bank, singgah pejabat pos dulu..
Keluar dr pejabat pos nak ke bank, ada satu kereta citra horn2 kat belakang.
Bila ke tepi, dia lalu, dia maki hamun, dia blah..
Puas aku pikir apa salah aku. Nak kata kat tengah, jalan pekan Pilah bai, aku nak buat mcmna, lane kiri org double parking, yg dalam lane kiri himpit ke kanan. Mmg la aku kene ke kanan ckit. Lagipun depan aku ada kereta. Kalau ko potong aku pun, kau nak ke mana, dalam pekan Pilah bai. X jamn x Pilah la. Lepas tu ko maki hamun aku...
Untuk anak2...
Apa yg berlaku pada abah adalah simple ,
1. Abah kau miskin. Kalau abah pakai harley ke, cbx ke, atau kereta mahal mcm naza citra tu, mesti abah x kena marah, x kena maki.
2. Abah dah bukan pemarah, abah bila x dpt nak kejar, abah tahan diri dari pandang no Plate kereta tu. Atau cuba nak cam muka dia masa dia maki abah.
Sebab abah pendendam dan sangat baran. Tapi yg penting dalam masa split second tu, abah leh decide utk sabar, analyse, dan ingat abah bawak duit utk dibankkan. Dan demi membesarkan keluarga, abah sedar cara paling baik utk pecahkan muka orang adalah bukan semasa bekerja. Tapi repeat, potong, pijak, pada masa lain, pada waktu yg cantik dan xde saksi.
Tapi abah tahan dr ingat semua tu sebab abah x nak motong orang lagi..
So, ingat lah. Jangan jadi bangang mcm abah, jangan jadi miskin macam abah. Orang miskin, xde degree, xde diploma adalah lipas masyarakat. Kena maki, kena perli, sentiasa dianggap x wujud.. Pandangan x diterima, keputusan nya dianggap remeh. Kalau korang jadi org yg berjaya, mampu beli umah bagus, kereta bagus, korang x kena layan mcm sampah, macam yg abah kena. Org miskin lain g keje naik moto abah g keje naik moto pinjam..
That is how fuckup my life. Xpe lah, asalkan dapat balik dan bergurau ngan korang, tengok korang happy, happy dalam keadaan miskin, im ok.
Atleast abah ada gembira tu walaupun zaman muda abah teruk.
Till next time.