kawan anak namanya Frank Syazwan nak buat satu 'test-to-confirm' kat satu
'restoran mamak' - kami pilih Restoran Azhaar Maju di Taman Seremban Jaya,
Senawang . Budak Frank ni jenis daring, joker, dare to prove something. Dia kata
pada saya, "Kalau Uncle nak tahu, jom kita singgah satu kedai mamak and see what
I'll ask". All right, pendekkan cerita, this was what transpired:-
Frank : "Ini kedai halal ka?"
Restaurant Attendant : Ya la, Itu awak tengok sana, itu Koran (tunjuk tulisan
Qur'an, Allah, Muhammad di dinding restoran)
F : "Awak muslim ke?"
R.A : "Ya!" (dengan gaya confidence - 101%)
F : "Mengucap tengok!"
R.A : "Ahh?"
F : "Mengucap la, aii takkan tak tau!"
R.A : "Apa itu?"
F : " Dua kalimah syahadah, itu syahadah awak cakap saya mau dengar!"
R.A : (Start panicking... )
F : "Ei, awak kata Islam, takkan sebut syahadah pun awak tak tau!"
R.A : (truly panic, looked scared also)
F : "Oh, awak tipu sama saya, aah"
R.A : (Dia pegang bawah lengan Frank dan berkata) "Jangan buat ini macam laa...."
Pendekkan insiden perbualan sampai sini...
Yang obvious dia tanya order makan apa minum apa sampai 3 -4 kali, yes, 3 - 4
kali sebab dia lupa kerana dia resah, gementar dan gelabah. Padahal kita orang
order milo ais, teh o ais (2) dan ais kosong saja. Kita org tak order makan pun
(langsung jadi tak lalu nak makan dah), dia ulang-ulang tanya sebab memang betol
dia gabrah...
Menurut kata anak bujang ni (Frank), 90 % 'restoran mamak' di Sekitar
Seremban-Senawang yang dia dah test / checked satu persatu dgn method tu, Hindu
belaka pekerjanya! Macam2 style depa pusing2 cakap, panggil member lain lah,
buat2 tak paham cakap lah, tapi dek kerana kepandaian si budak ni, semua kantol
belaka simple test yang dilakukan. Kalau yang ade Muslim dikalangan pekerjanya,
pun terlalu sedikit nisbahnya - sorang dua sahaja, yang didapor memasak tentu
jadi tanda soal. Dia bercerita in fact pernah sengaja masuk ke dapor dan
jengok/perhati, dan ada restoran mamak dia nampak sendiri ada patong Hindu yang
disembah dibilik belakang! (Kat luar sana ayat Qur'an digantong!).
So macamana ni? Boleh ke? Pada pandangan individu saya, kalau yang serve / masak
makanan yang you makan tu bukan orang Islam, hakikat sebenarnya ape peduli dia
barang yang you makan tu, halal ke, tak berapa halal ke, haram ke. Soal bersih
kotor penyediaan makanan itu saya tak nak komen, bukan point perbincangannya
disini. Kalau bukan isu halal haram pun lah, ada satu perkara lagi yang perlu
kita ambil peduli iaitu mengenai hal air tangan spt di artikel yang saya pernah
forward to some of you earlier.
Bayangkan, berapa ramai orang kita makan di kedai, dan 'restoran mamak' memang
popular! Kira satu Malaysia tengok, berapa ratus (maybe ribu?) restoran ada,
berapa juta orang Melayu ada, berapa banyak tahun dah berlalu. Saya sendiri dah
bertahun-tahun balun roti canai dan toseh di restoran-restoran sedemikian.
Lepas insiden tu, saya akan lebih memilih dan berhati2 tempat mana nak makan.
Saya bukan anti 'restoran mamak' atau nak tiup sentimen (perkauman), tapi kita
mesti ambil berat bukan setakat apa yang kita makan tetapi siapa yang menyediakan
makanan kita.
Sdra / Sdri pulak try kali ni, esok masuk 'restoran mamak' jgn lupa test pelayan
tu suroh dia mengucap tengok!
12 comments:
menarik...
menarik in4 ni tq...........
baru tau....bagus2......
tapi kalo restoran nie la, kat senawang nie, saya tak leh masuk dah, kes pau, hahahaha...
uhh sibaik dah lama banned roti canai mamak..... wakaka!!!! tak mau makan dah kt kedai mamak...
TQ 4 sharing.. mlm nie singgah mamak test tgk
tq
Askm Wbkth.....hati2 memileh makanan.....salah satu punca.... :))
so..drp was2 baik takyah masuk langsung. senang cite.
sib baik ambe tak suka makan kedai mamak....
lagi pung sinie mana ada kedai mamak....
heheheheh
sebelum makan test dulu...
penang bnyak mamak..
nanti aku try... hahaha..
Post a Comment