24 August 2008

100,000 MURTAD. KITA AMAT BIMBANG DENGAN KEADAAN INI... APA KATA PIHAK BERKUASA... MACAM BIASA MEREKA MENAFIKANNYA...

100,000 MURTAD. KITA AMAT BIMBANG DENGAN KEADAAN INI... APA KATA PIHAK BERKUASA... MACAM BIASA MEREKA MENAFIKANNYA...
 
PUTRAJAYA: Pihak yang melakukan kajian dan mendapati 100,000 orang Islam murtad diminta menyerahkan laporan itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata beliau menerima laporan menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual bahawa beribu-ribu umat Islam di negara ini murtad.


Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mustafa Abdul Rahman, ketika dihubungi bagi mengulas perkara itu berkata, Jakim tidak dapat mengesahkan kebenaran dakwaan terdapat 100,000 umat Islam di negara ini murtad.

Beliau berkata, Jakim sendiri ada membuat kajian mengenai hal itu lima atau enam tahun lalu tetapi beliau tidak menyatakan jumlah orang Islam yang keluar daripada agama itu.

Katanya, pihaknya berusaha mencari jalan untuk membantu golongan yang murtad itu kembali ke pangkal jalan.

Ini dakwaan saja. Kita tiada laporan. Saya harap kumpulan yang melakukan kajian itu memberi satu salinan kepada Jakim, katanya.

Dalam laporan akhbar semalam, Harussani berkata, seorang wanita bergelar ustazah turut mengetuai kumpulan murtad itu dan laporan mengenai perkara itu disampaikan kepadanya di ibu negara tahun lalu dengan jumlah mereka yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.

Mustafa berkata, antara usaha yang boleh dilakukan Jakim ialah memberi kaunseling kepada umat Islam yang memohon untuk murtad atau sudah keluar daripada agama Islam.

Katanya, kaunseling biasanya dilakukan Jabatan Agama Islam negeri selepas pemohon datang untuk menukar agama.

Beliau berkata, biasanya wanita Islam yang ingin berkahwin dengan lelaki bukan Islam yang memohon untuk menukar agama.

Mula-mula lelaki ini masuk Islam tetapi menyeleweng kemudian, katanya.

Mustafa berkata, Jakim juga tidak mempunyai banyak maklumat mengenai kumpulan yang memohon menukar agama menerusi permohonan menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan kajian Jakim, antara golongan utama yang murtad ialah saudara baru seperti Orang Asli dan lelaki yang berkahwin dengan wanita Islam.

Beliau berkata, masalah timbul selepas pasangan bercerai dan lelaki erkenaan mahu kembali ke agama asal.

NOTA:

PPIM sempat berforum di Taiping berkenaan isu ini. Dato Seri Mufti sekali lagi menegaskan perkara ini.

Kalau Mufti sendiri dah kata? memanglah diyakini fakta ini. Persoalannya, kenapa Jakim diam saja? apakah tindakan proaktif dalam bersama menangani permasaalahan ini.

sumber :
Buletin PPIM

1 comment:

Zaini Ghani said...

Perundangan negara kita ikut British bukan ikut perundangan Islam... jadinya bila berdepan dgn masalah ini kita tak boleh buat apa-apa untuk menghalangnya... Tugas kita, kita cuba sedaya upaya kita untuk didik diri kita keluarga kita serta jiran tetangga kita agar tidak terlibat dgn kegiatan ini.

Post a Comment