15 August 2008

Berapa Ramai Lelaki Boleh Jadi Imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelaah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

9 comments:

ANGAH - said...

keluar lagi isu ni...
ngeh3
cmc x puas hati je..
hehehehe..

love me forever said...

ye betul....
suami sekarang bg alasan mcm2 bile ajak sembahyang bersame.... alasan, x pandai... lupe.... n etc.
bile kite buat salah, x nk tegur sebab katenye kite ni lebih pandai bab agama lebih dari die... tahu hukum-hakam...
tp hakikat sebenarnye... kite ni kenalah saling tegur-menegur, ingat-mengingati... kerana manusia x de yg sempurne....
x gitu kaum adam???

love me forever said...

tq nizran... i copy ke site i yer..
mekaseh... :D

ANGAH - said...

betul tu...
saya sebagai kaum adam berfikiran terbuka...
terima teguran dari sesiapa saja...
saya lah org lain saya x tahu..
takut melenting lak..

Dee Z said...

payah nak discuss hal2 macam ni.. this is about power..
sanggup ke these men admit their "imperfections" ?

ch tz said...

uuiihh...paneh telingo..tapi betullah memang dah jadi kewajipan pun laki menjadi ketua/imam didalam keluarga x buleh nak kate tidak...kalu x mano halo anak bini kite...so..same2la kite blaja ek...ellu pikirla sendiri...

nizran nadzar said...

lelaki yg rasa tercabar, memang patut lah pun, sebab ini juga dah dalam kategori abai tanggungjawab. kalo rasa tak nak tumbang hal begini dengan isteri, carik la ilmu sebaiknya, dan alang2 tu, lebih baik cari ilmu bersama ngan isteri. bawak la isteri sekali ke kuliah.
lelaki patut admit their imperfect dan patut sedar diri awal2...

ALTERego ['oltur 'eegow] said...

aslmlkmwrhmtlhwbrkth bro n semua...
bot...snyp je lepas balik dari explorasi telapak buruk? hehehe..
lama tak dengar khabar, walopun kita dekat je, tapi masa membataskan kita nak jumoa n borak2.

firstly, pendapat aku, imam dr segi bahasa arab adalah "ikutan / pemimpin".
bagi aku, mmg "perlu" bagi setiap lelaki utk mempersiapkan diri utk menjadi imam atau ikutan ataupun pemimpin kepada keluarga dlm konteks solat, mahupun dlm konteks institusi keluarga itu sendiri...kat sini, aku pakai "perlu", dan aku tak berani nak sebut ttg hukum wajib, sunat, harus etc. sebab aku tak pandai n jahil lagi dlm bab hukum Fekah Syariah.walopun pd dasarnya yg kita paham adalah wajib bagi lelaki utk menjadi "imam" dlm keluarga spt yg dianjurkan oleh syara'.kita ambik contoh mcm doa yg biasa kita dgr dan amalkan,kalo tak silap dr ayat surah al-furqan-74 "Rabbana hablana min azwaajina, wa zurriyyatina qurrata ayuniw, wajalna lil muttaqiena imaamaa." (maaf, aku tak dapat nak tulis dlm bahasa Arab sbb tkbleh copy n paste jawi,kalo salah, ampunkan aku...hhehe)
maksudnya: " YaTuhan kami,anugerah kn lh kpd kami jodohkami dn kturunan kami sbg penyenang hati, dn jadi kan lh kami imam bg org2 yg mahu brtakwa. "
bagi aku,bukan stakat pompuan je nak kena blaja masak utk jaga perut suami ataupun santapan / makanan pd zahir...indeed,suami pun kena blaja utk jadi imam dlm solat serta memantapkan diri dgn ilmu agama utk bagi santapan / makanan rohani kpd seisi kluarga...:)

2nd. bg aku,menuntut ilmu bukan stakat dgn membaca tulisan, mendengar kaset atau vcd. kita ambik iktibar dari sirah2 para Nabi.cewwahhhh...nak kongsi skit yek? walaupun Rasulullah SAW itu seorang yg "ummiyyi" ataupun buta huruf, tapi Baginda SAW mmg dh harung idup dlm keadaan yg sunyi dr kasih syg org yg hampir dgn Baginda SAW. Ayah Baginda SAW, Abdullah meniggal masa Baginda SAW dlm kandungan.ibunya, Aminah meninggal masa Baginda SAW umo 5tahun kalo taksilap la..then dibela Abdul Mutalib.then pak sedara Baginda SAW ni meninggal pulak masa umonya 8tahun.pastu Baginda dibela oleh abu talib danmasa umo Baginda SAW 13 tahun, Baginda SAW dh start blaja berniaga/berdagang ke Habsyah, Syam etc. n start balaja jadi penggembala kambing.semua nya tempoh yg pendek2 belaka Baginda SAW bersama org yg tersyg..so, ini adalh perancangan Allah SWT yg nk membuka pemikiran dan mengelakkan pertikaian bahawa ilmu yg diperolehi oleh Rasulullah SAW adalah terus dari Allah SWT,bukan melalui ibubapanya, sedara atau sesapa pun,selain Jibrail a.s. sebagai penghantar wahyu Allah. maksud aku katsini,Rasulullah SAW sendiri berguru atau menuntut ilmu dgn cara lutut bertemu lutut (andaian) dgn Jibrail a.s.maksudnya ada guru yg mengajar Baginda SAW. so, why dun we?
betul ckp ko tu bot, kat masjid, tiap hari dlm seminggu ada kuliah yg disampaikan oleh ustaz2 yg dikira sebgai ulama' (org yg berilmu) ataupun pewaris para nabi.free je kuliah..hhehehe..cuma nak kuar modal je utk bli kitab, pen n buku nota utk catatan.
betulkan aku kalo aku salah.takdo niat nak buat provocation, tapi sekadar constructive comment. Wallahu'alam (hanya Allah yg lebih Mengetahui)

"our lives r like a candle in the wind...e beauty of life does not depend on how happy u r. but how happy others can b, bcoz of u!...If u want 2 succeed, u should strike out on new paths, rather than travel e worn paths of accepted success"
.

just a remain said...

klu omputeh romantiknye berduaan dgn cara dorg yg tersendiri..
kite lak as muslim, time solat suami jadi imam kepada isteri, romantik gak pe.. romantik dunia akhirat lagi tu..bagi saya laa..

Post a Comment