Huh... anniversary pertama kami... dah genap setahun dan menikah.. kuheh kuheh kuheh, masa tulis ni dah nak masuk tahun ketiga dah... anniversary ke -dua rasanya tiada entri kot... hish... mana leh tiada entry, ada entry, tapi takde le grant mana, kemelesetan ekonomi... hohohoho, masa memula nie, kira macam mampu lagi, terima kasih kat bond juga.
Pendek cerita, kalao couple2 lain yang banyak duit tu, mungkin g melancong ke, g makan2 kat tempat2 best ke... tapi kami tak mampu. so, apa plan nak buat, yang santai, best dan lelain complete package, nak mendaki, Nurul baru beberapa bulan hayat dia.... hoh hoh hoh...
so, kitorang buat la satu journey.. secara ringkasnya perjalanannya adalah seperti berikut...
Hari pertama..
Dari Seremban, bergerak ke Rembau - Masjid Tanah - Pengkalan Balak - Melaka - Tangkak - Segamat - Ayer Hitam - Mersing.
Sampai Mersing, cari Motel, Syukur dapat yang selesa, g makan-makan, melepak, balik tido....
Pagi... G jenjalan sekitar Mersing, sarapan, pasti gerak ke - pantai2 peranginan area situ, tak ingat pulak nama dia, nanti kalo dah ingat update balik - Rompin - Muazam Shah - Jempol - Kuala Pilah - Seremban.
Terima kasih tidak terhingga juga kepada Kak Ipar ( Along / Ummi ) sebab bagi pinjam kereta Myvi
Yang menyeronokkan pada masa perjalanan nie dibuat adalah Nurul langsung tak meragam... huh, kaki jenjalan macam bapak dia jugak rupanya.. ontok jo duk dalam keto dalam seat dio, bangun, main, tido, bangun, main , tido... hohohohoho.... berikut adalah sedikit gegambar yang ado, nak upload semuo eh, poning lak Blog nie kang...
blog keluargo ese ngan blog isik poghut ese... untuk bacaan ese ngan keluargo maso akan datang
23 November 2009
Anniversary Pertama
Posted by
Nizran
at
9:44 AM
Anniversary Pertama
2009-11-23T09:44:00+08:00
Nizran
2009|Jalan-jalan family Nizran|
Comments
Labels:
2009,
Jalan-jalan family Nizran
02 November 2009
Mandi Songsang
Rating: | |
Category: | Other |
diterima dari kawan....
tapi rasa2nya memang Hadis ni....
Dalam sehari, berapa kali korang mandi? 3 kali? 2 kali? Atau 1 kali saja? Saya kalau hari bekerja, akan mandi sekurang2nya 2 kali sehari. Iaitu lepas bangun tidur sekali, dan selepas balik dari kerja sekali.
Tapi kalau hujung minggu atau hari cuti, saya akan mandi lebih kerap. Paling tidak 3 kali iaitu pagi, tengahari dan sebelum maghrib. Hari Ahad lepas, saya mandi 5 kali sebab cuaca panas sangat.
Sebut pasal mandi ni, sebelum ini saya ada kongsikan 1 artikel di blog ini yang menerangkan tentang Rahsia Mandi. Haa kali ini pula, saya ingin berkongsi dengan korang tentang cara mandi yang lebih bagus dan bermanfaat kalau diamalkan
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada korang. Bagaimanakah cara korang mandi setiap hari? Korang basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau korang jirus dari bahagian tengah (badan) dulu? Saya ada bertanya kepada kawan-kawan saya bagaimana mereka mandi? Adakah mandi mula dengan basahkan kaki dulu atau kepala dulu? Kebanyakan mereka cakap, mereka mandi mula dari kepala dulu.
Saya katakan kepada mereka, cara itu kurang baik. Sebab saya pernah terbaca satu artikel yang menceritakan tentang cara mandi yang lebih baik dan patut diamalkan oleh semua orang.
Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.
Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.
Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.
Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.
Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala.
Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.
Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
Melancarkan perjalanan darah.
Menjadikan pengamal semakin pintar.
Meninggikan daya ingatan.
Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
Memiliki daya ketahanan mental.
Menambahkan semangat berani.
Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.
Perlu saya katakan bahawa, samaada info ini benar atau tak, saya pun tak pasti sebenarnya. Saya hanya ingin berkongsi dengan korang apa yang saya baca.
Kalau ada diantara pembaca blog ini seorang doktor, bolehlah sahkan info ini. Atau kalau ada yang boleh bertanya kepada mereka yang berkelayakan, tolonglah tanyakan dan kongsi dengan pembaca blog ini, adakah info ini boleh dipakai atau tidak.
Apa2pun, selama ini cara saya mandi ialah dengan cara membasahkan bahagian badan saya dulu. Kemudian barulah saya akan jirus air dari kepala. InsyaAllah, lepas ni, mungkin saya akan cuba untuk ubah cara mandi saya kepada cara mandi songsang seperti yang dicadangkan.
Korang bagaimana? Nak ubah cara mandi kepada cara mandi songsang? Atau terus mandi seperti cara yang biasa korang amalkan selama ini….? Terpulanglah pada kesukaan masing-masing.
Labels:
2009,
ARTIKEL MENARIK,
import dari multiply,
nizran mencerabih,
pendapat
Betul ke Tidak? - Mengesan penyakit melalui tanda sakit
Rating:
Category:
Other
Tanda² Sakit - This is Good Info ... .!!
Risalah ini bagus untuk anda semua....... .. ......
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku... Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. Batuk
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL
: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
10. KULIT GATAL DENGAN RUAM :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.
17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman
18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.
24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
ALERT!!!!! LAGI PELAJAR LEMAS AKIBAT KEPALA AIR....TOLONG ALERT SEMUA...
ALERT!!!!! LAGI PELAJAR LEMAS AKIBAT KEPALA AIR....TOLONG ALERT SEMUA....http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)