02 November 2009

ALERT!!!!! LAGI PELAJAR LEMAS AKIBAT KEPALA AIR....TOLONG ALERT SEMUA...

ALERT!!!!! LAGI PELAJAR LEMAS AKIBAT KEPALA AIR....TOLONG ALERT SEMUA....http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

14 comments:

nizran nadzar said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

3 pelajar UTAR mati lemas di Sungai Kampar

KAMPAR 1 Nov. – Tidak sampai seminggu insiden jambatan gantung runtuh yang meragut tiga nyawa berlaku di Kuala Dipang, tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) pula mati lemas apabila dibawa arus sungai di Air Terjun Batu Berangkai di sini hari ini.

Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terbabit ketika itu sedang berkelah di kawasan rekreasi tersebut sebelum kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang.

Mangsa dipercayai tidak menyedari air sungai ketika itu deras dan naik mendadak berikutan hujan yang berterusan di kawasan terbabit yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Kuala Dipang.

Mereka ialah dua pelajar lelaki dikenali sebagai James Wan Tai Khor dan Yew Ghin Chnieh, kedua-duanya berusia 20 tahun dan seorang pelajar perempuan, Yew Shy Gin, 21.

Mayat seorang pelajar lelaki yang belum diketahui identiti ditemui pukul 10.20 malam ini. Mayat ditemui penduduk kampung yang membantu usaha mencari itu. Mangsa ditemui tersangkut pada celah-celah dahan pokok 300 meter dari tempat kejadian.

Kira-kira pukul 11.10 malam, mayat pelajar perempuan pula ditemui terperangkap di celah batu, tidak jauh dari lokasi mayat pertama dijumpai.

Pada pukul 12 tengah malam pula, mayat ketiga ditemui tidak jauh dari tempat mayat pertama dan kedua dijumpai.

Sementara itu, seorang lagi rakan mereka yang belum diketahui identitinya tetapi merupakan pelajar tahun dua jurusan perakaunan di universiti itu, terselamat dalam kejadian tersebut.

Seorang saksi di tempat kejadian, Syed Sarudin Syed Shamsuddin, 41, berkata, pelajar terbabit selamat apabila tolakan air deras itu menolaknya ke tebing sungai.

‘‘Apabila hujan turun, saya dan anak-anak yang berkelah di situ terus berlari mencari tempat berteduh tetapi saya lihat mereka masih mandi di sungai.

‘‘Tiba-tiba muncul ‘kepala air’ yang terus menghempas mereka menyebabkan salah seorang daripada mereka tercampak ke tebing,’’ katanya yang datang berkelah di air terjun itu bersama tiga anaknya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi berkata, air deras yang turun secara tiba-tiba dari puncak air terjun itu terus menghanyutkan tiga daripada empat pelajar tersebut.

Difahamkan katanya, dua daripada mangsa itu berasal dari Pulau Pinang dan pelajar perempuan terbabit dari Sungai Petani, Kedah.

nizran nadzar said...

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/BeritaUtama/20091101233122/Article/index_html dari berita harian

masrizan rahim said...

huh...x serik2 mereka ni...

sham sudin said...

Budak-budak nie kurang ilmu tentang sungai walaupun belajar kat IPTS. huhu

nizran nadzar said...

harap2 dengan 2 kes nie, masyarakat lebih berhati2 sebelum ke Sungai / jeram / air terjun / etc....

masrizan rahim said...

tu laaa harap2 xde kes mcm ni lagi laaa lepas ni...

nizran nadzar said...

butul... butul... mmm, risau lak.... member ramai yg hantu sungai ni...

mizi belantik said...

aku cukup beringat bila bw bdk2 kt air terjun nih..mmg dh ramai jd mangsa

nizran nadzar said...

betul tuan, harap2 yg lain2 dapat mengikuti contoh yg baik, tuan, tuan ada tak sebarang contoh bertulis mengenai etika utk membawa budak2 ke air terjun, moga2 kita leh share?

nizran nadzar said...

owner blog nie yg antara yg meninggal di tragedi ni... http://jameskhor.blogspot.com

mizi belantik said...

aku guna firasat lam hati jerr...nak trn sg/air terjun kena tgk kwsn tersebut...kesan2 air naik,laluan air lalu,tempat nak d tuju/selamatkan diri bila ada kes air naik..ikut pd naluri lak..tgk keadaan angin,awan mendung,panas terik tiba2,guruh,kilat...bila kita kombine benda ni jd satu..kita akan selalu berwaspada...

nizran nadzar said...

betul2... terima kasih. harap sangat lepas nie kita dapat wujudkan satu modul / list mengenai hal2 sebegini....

nije ikanpuyu said...

huhuhuu...gi chiling ari tu...tgk langit gelap...mcm nak hujann...kitorang terus kemas-kemas kuar...takut-takur kepala air kat chiling tu teramat la besarrr.....lepas salin baju kat keta...hujan dah start nak turun....Alhamdulillah...beringat sebelum kena...

kena educate org lain gak ni...

nizran nadzar said...

ye bro, nak2 chiling, kesan -kesan di pokok di sana amat brutal.... kene sebar2 kan hal ni bro, risau gua....

Post a Comment