23 November 2009

Anniversary Pertama

Huh... anniversary pertama kami... dah genap setahun dan menikah..  kuheh kuheh kuheh, masa tulis ni dah nak masuk tahun ketiga dah... anniversary ke -dua rasanya tiada entri kot... hish... mana leh tiada entry, ada entry, tapi takde le grant mana, kemelesetan ekonomi... hohohoho, masa memula nie, kira macam mampu lagi, terima kasih kat bond juga.

Pendek cerita, kalao couple2 lain yang banyak duit tu, mungkin g melancong ke, g makan2 kat tempat2 best ke... tapi kami tak mampu. so, apa plan nak buat, yang santai, best dan lelain complete package, nak mendaki, Nurul baru beberapa bulan hayat dia.... hoh hoh hoh...

so, kitorang buat la satu journey.. secara ringkasnya perjalanannya adalah seperti berikut...

Hari pertama..

Dari Seremban, bergerak ke Rembau - Masjid Tanah - Pengkalan Balak - Melaka - Tangkak - Segamat - Ayer Hitam - Mersing.

Sampai Mersing, cari Motel, Syukur dapat yang selesa, g makan-makan, melepak, balik tido....

Pagi... G jenjalan sekitar Mersing, sarapan,  pasti gerak ke - pantai2 peranginan area situ, tak ingat pulak nama dia, nanti kalo dah ingat update balik - Rompin - Muazam Shah - Jempol - Kuala Pilah - Seremban.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada Kak Ipar ( Along / Ummi ) sebab bagi pinjam kereta Myvi

Yang menyeronokkan pada masa perjalanan nie dibuat adalah Nurul langsung tak meragam... huh, kaki jenjalan macam bapak dia jugak rupanya..  ontok jo duk dalam keto dalam seat dio, bangun, main, tido, bangun, main , tido... hohohohoho....  berikut adalah sedikit gegambar yang ado, nak upload semuo eh, poning lak Blog nie kang...



Gambar Nurul ngan Adam sebelum bergerak dari Rumah Taman ampangan... Nurul dah siap berbedak bagai...



Antara laluang persinggahan.... 




Kompleks Japerun, Sungai Udang...









Persimpangan untuk ke Sagil.. naik Ledang...



  sedar jugak abah tengah amek gambar dia tu....



Gambar Nurul dalam Motel...






Pekan Mersing.... errr. pekan ke bandar... ntah...






Nurul kemana-mana pun ada peminat... hehehehehe


Nurul ditinggalkan kejap di tepi pantai sengsorang untuk training layan view....


I totally disagree with this product...



On the way ke Rompin, singah sekejap layan Keropok Lekor Mersing.... Ramai yang tak tau bahawa Mersing adalah pengeluar keropok lekor !!!



adakah Nurul cuba ajak abah dia bertumbuk???


ataupun cuba menunjukkan teknik memegang stereng dengan betul???









Singgah Masjid Besar Jempoll...






Masjid kat Kuala Pilah pulak...










Lepas Mahgrib kat Kuala Pilah, pergi la layan Kuew Tiaw pulak, lepas tu terus menyusuri Bukit Putus, kembali ke umah di Ampangan..

perghh... letih dan menyeronokkan, journey yang melibatkan 4 negeri dalam 2 hari. Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Semoga nenanti agak dah KAYA sikit, leh le buat cenggini lagi kot... Tapi buat masa nie, man man dulu, demi  bini dan anak-anak, kita bersusah-susah dulu...