21 December 2010

PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA

http://www.sbm.org.my
PERTUBUHAN ORANG CACAT PENGLIHATAN MALAYSIA
(SOCIETY OF THE BLIND IN MALAYSIA)

terjumpa surat dari diorang kat pejabat, memohon sumbangan ikhlas...

Photobucket

15 November 2010

Khutbah Khujjatul Wida' (9 Zulhijjah, 10 Hijrah)

Rating:★★★★★
Category:Other
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
Khutbah ini disampaikan oleh Baginda Rasulullah (s.a.w.) pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah bertempat di Lembah Uranah, Gunung Arafah. (‘Khutbah Khujjatul Wida’)

* Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

* Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui TUHAN kamu dan DIA pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. ALLAH telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

* Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

* Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

* Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah ALLAH, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ‘ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal-soleh.

* Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

* Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya; itulah Al-Quran dan Sunnahku.

* Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

* Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya aku telah sampaikan risalah MU kepada hamba-hamba MU.

31 October 2010

Jenjalan Melaka.. untuk letihkan kaki..

masa 31 Oktober 2010 ni.. tak berapa nak ingat sebenarnya apa function masa ni. Memang atas tujuan nak jenjalan rasanya. Tapi tu la, nak jenjalan kat melaka ni bagi yang benar2 muzium lover macam gue nie, sehari tak cukup... 2 hari? tak cukup gak kot.. 3 hari rasanya ok... baru santai, leh lawat semua tempat, spend time dalam muzium untu baca apa sahaja info yang ada... mesti seronok... malang betul masa kat sekolah dulu tak suka subjek sejarah.. hahahahaha....

Soba yo la...

Tokio Marine mula terkenal sebagai insurance co di Malaysia ni..

Makam yang ada sampah sarap dan tin-tin gam... rupa-rupanya Hang Kasturi ni kaki layan gam jugak.. sama la ngan aku masa form 1 dulu..

Apahal? make your move!

Masjid Kampung Kling... Lokasi di mana, tak sampai 15 meter dari Masjid ni, Port bebudak Melayu Kapir tengah layan TODI di tempat terbuka... chayalah Melaka!

Bergambar dekat replika kincir air yang digunakan dekat kawasan sini satu masa dulu....
hehheh heh, teringat kat Bukittinggi, orang masih pakai sistem ni!! 

Mak tengah layan rawatan kaki... first time nie untuk mak ngan niwan... 

Dekat ateh muzium kapal ...

aku lupo nak crop n buang gambar musibat kek tanggo ni...

Bebaik la ko ni.. kang jatuh kang... 

Masa nie Nurul asyek mengajuk pengunjung lain yang naik bot sama ngan kami... hish... 

29 October 2010

Tolong Kami... Bantu Kami....

(Setelah anda membaca maklumat ini, harap dapat sebar-sebarkan kepada kenalan anda agar mereka juga dapat beramal jariah seperti  anda, terima kasih)
السلام عليكم

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (LIMPAH) adalah pusat kebajikan dan penempatan yang menaungi golongan yang layak menerima zakat (asnaf), fakir-miskin, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

LIMPAH memulakan operasinya pada Disember 2005 dengan menyewa sebuah rumah di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor dengan menempatkan 10 orang kanak-kanak pada waktu itu dari sekitar Selangor.

Berkat kesungguhan dalam memperjuangkan nasib golongan asnaf ini, LIMPAH kini sedang menanggung 70 orang pelajar yang tergolong dalam kategori ini. Mereka di tempatkan beberapa buah bangunan yang digunakan sebagai asrama dan sekolah. Anak-anak ini dididik dan diajar agar menjadi insan yang kenal diri dan Penciptanya, berperibadi mulia serta mampu memajukan diri, dan akhirnya akan memberi manafaat kepada orang lain di suatu masa nanti.

Untuk melengkapkan sistem tarbiah, bermula Mei 2009, LIMPAH telah diamanahkan untuk mengambil alih Sekolah Maahad Tahfiz Aiqan bertempat di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan yang menampung pelajar seramai 55 orang yang terdiri daripada golongan miskin dan anak yatim.

Oleh itu, dengan tanggungan yang bertambah dan kapasiti yang terhad, LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan yang berterusan dari orang ramai untuk menjayakan hasrat ini. Sumbangan-sumbangan berbentuk barangan keperluan rumah dan sekolah, pakaian, makanan dan wang akan terus dimanafaatkan oleh golongan yang layak menerima ini tanpa melalui kerenah birokrasi yang menyulitkan.

Sabda Rasulullah SAW: “Hendaklah setiap dari kamu memelihara wajahnya dari api Neraka walaupun dengan (bersedeqah) dengan sebiji kurma”.

Marilah kita membela orang lain, mudah-mudahan Tuhan akan membela diri kita.

BENTUK-BENTUK SUMBANGAN YANG BOLEH DIHULURKAN:

1)      Wang tunai: dengan masukkan terus ke akaun Maybank Berhad atas nama; 

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU (no akaun MBB: 5120-1701-4255)

2)       Zakat: zakat wang simpanan/zakat harta/zakat perniagaan/zakat emas dan sebagainya.

3)       Bayaran Fidyah: mengganti bagi mereka yang tidak berupaya mengqadha’ puasa Ramadhan kerana uzur syar’ie.

4)       Menaja bahan-bahan mentah untuk makanan (basah atau kering). (RM3,000 sebulan)

5)       Menaja barang-barang keperluan dapur, bilik mandi, sekolah dan sebagainya.

6)       Menaja peralatan rumah dan dapur.

7)       Menaja peralatan pejabat baru/terpakai.

8)       Menaja anak angkat: Melalui tajaan kos perbelanjaan anak-anak yang dipilih menjadi anak angkat (RM300 seorang/sebulan).

9)       Menaja sewa premis pejabat dan asrama. (RM5,000 sebulan)

10)    Menaja pembayaran bil utiliti (TNB, Syabas, Indah Water dan Telekom). (RM1,500 sebulan)

11)    Kenderaan: van atau kereta untuk pengangkutan ke sekolah, mengambil dan menghantar barang-barang bantuan. (Pengangkutan RM2,500 sebulan)

LIMPAH sangat mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan, badan-badan korporat, agensi-agensi kerajaan, NGO dan sebagainya demi memastikan segala keperluan mereka ini sentiasa terbela.

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan akan mengeratkan lagi ukhuwah serta menyuburkan rasa kasih-sayang di kalangan kita dan mendapat nilaian di sisi Allah, agar mendapat keredhaanNya untuk keselamatan di dunia dan di akhirat.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi;

LAMAN ASNAF PERMATA HATIKU
No. 9954, Jln BBN 1/3G, Putra Point Fasa 2A, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus

Setiap sumbangan melebihi RM1,000 boleh diberi resit pengecualian cukai pendapatan atas permintaan. Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5132
Cikgu Mustaffa Kamil b Ahmad (018-2183001)
Ustazah Normala bt Muhammed (013-2931490)

13 October 2010

Al-Furqaan yang cantik

Koleksi gambar quraan yang menarik hati.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada warga Denmark yang melakukan Quran sebegini rupa, tak lupa juga kepada pembela ISLAM : Geert Wilders, suratkhabar Denmark dan semua pelukis kartun yang lukis muka En. Muhammad yang pelbagai2 tu... terima kasih saya ucapkan...

Syukur ke hadrat illahi diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang masih melengahkan gerakan memboikot produk2 Yahudi dan Musuh Islam, semoga anda bahagia selalu hendaknya amiin...

kita berharap agar george galloway buat sesuatu sebab RAJA ARAB BABI PASTI TAKKAN BUAT APA-APA. Raja Malaysia lagi la.

12 October 2010

Sheikh Mishary Rashed Alafasy

Rating:
Category:Other
Anda tersekat didalam trafik jamn?

apa yang terbaik untuk dibuat adalah Berzikir....

22 September 2010

Rumah Terbuka Mohd Nizran dan Rosyima serta Nurul

Start:     Sep 25, '10 6:00p
Location:     Seremban
hasil perbincangan dengan isteri, maka saya juga dengan ini memaklumkan bahawa...

saya juga akan mengadakan rumah terbuka pada hari yang sama.... saya dengan berbesar hati menjemput semua yang mengenali / tidak mengenali / ingin mengenali / tidak ingin mengenali / suka / tidak suka

akan diri kami sekeluarga adalah dijemput hadir.

tetapi rumah terbuka saya bermula petang (5 petang) sehingga tengah malam

LOKASI DAN WAKTU ADALAH SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 25 SEPT 2010 (SABTU)

WAKTU : 3.00 PM (1500 HOUR) - LEWAT MALAM

lOKASI : No 882, Jalan Cengal 21, Taman Ampangan, 70400, Seremban, Negeri Sembilan.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI : 013-2960308

01 September 2010

Nurul genap setahun

nurul dah genap umur setahun pada 24/08.2010...
dan gambar2 Nurul first step.... nasib baik ada kamera masa ni...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Perbelanjaan Bermanfaat dan Tidak Membazir Mengikut Perspektif Islam

Larangan Boros, Membazir Ketika Berbuka Puasa

Oleh Mohd Shukri Hanapi

Ramadan mendidik nafsu dan jasad kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja

WAKTU iftar atau berbuka puasa adalah satu daripada dua masa yang menggembirakan setiap umat Islam yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka dan kedua, kegembiraan ketika menemui Tuhannya."

Dalam kegembiraan umat Islam membuat persiapan untuk berbuka puasa, mereka tidak seharusnya lalai sehingga melanggari etika berbelanja sebagaimana yang dianjurkan Islam. Oleh kerana terlalu gembira kadangkala menyebabkan umat Islam tidak menyedari mereka melanggari etika murni yang ditetapkan Islam iaitu boros dalam perbelanjaan.

Pemborosan bererti mengeluarkan wang ringgit atau menggunakan barang secara berlebih-lebihan dengan cara yang membazir. Amalan membazir ini amat dilarang Allah yang menganggap orang yang membazir itu adalah saudara mara syaitan.

Allah berfirman yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya" – (Surah Al-Isra, 27). Ini suatu gambaran yang amat keras kerana syaitan itu makhluk yang paling ingkar terhadap perintah Allah.

Berhubung larangan pembaziran ini juga, Rasulullah SAW bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta." – (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, pemborosan dan pembaziran adalah perbuatan keji dan patut ditinggalkan orang yang mengaku diri mereka benar-benar beriman dengan Islam.

Pemborosan yang sering kali kita lakukan ketika membuat persiapan untuk berbuka puasa adalah dari aspek makanan dan minuman. Maksudnya membeli atau menyediakan makanan dan minuman melebihi keperluan sehinggakan ia tidak mampu habis dimakan. Kadangkala dilihat waktu berbuka puasa itu bagaikan pesta makanan dengan pelbagai juadah.

Meskipun berbelanja itu hak golongan berada, tetapi pada hakikatnya Islam memandang perkara ini sebagai suatu pemborosan melampau yang membawa kepada pembaziran. Bahkan ia telah melebihi had kecukupan atau keperluan seseorang.

Keinginan untuk membeli pelbagai jenis kuih, lauk dan minuman kadangkala agak keterlaluan. Bagaimana ruang perut manusia yang begitu sempit dapat dimasukkan semua jenis makanan dan minuman yang dibeli itu sekali gus. Maka baki atau lebihan makanan dan minuman yang dibuang sebab tidak terdaya dimakan itulah yang dikatakan pembaziran.

Secara jelas, Nabi Muhammad hanya menggalakkan kita menyegerakan berbuka puasa tepat pada waktunya dan disunatkan berbuka dengan kurma atau buah-buahan yang lain. Jika tiada buah-buahan itu, berbukalah dengan meminum air. Kemudian hendaklah didahului solat Maghrib sebelum memakan makanan yang lain seperti nasi dan sebagainya. – (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baginda amat melarang perbuatan boros ketika berbuka puasa sehinggakan membawa kepada pembaziran. Perkara ini ada dijelaskan Rasulullah yang bermaksud, "Ketika Mu'awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin 'Amr bercerita mengenai Rasulullah, katanya Rasulullah SAW tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji (seperti pemborosan). Beliau juga berkata: Rasulullah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya." – (Riwayat al-Bukhari). Sikap Rasulullah itu sepatutnya dijadikan ikutan dan teladan semua umat Islam.

Tuntutan puasa yang sebenarnya bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum semata-mata. Puasa adalah suatu bentuk latihan praktikal bagi mendidik roh, minda, jasad dan nafsu manusia ke arah pengabdian dan kepatuhan kepada Allah.

Justeru, kita perlu sedar bahawa Ramadan yang sedang dilalui ini banyak mendidik nafsu dan jasad kita agar sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja. Berbekalkan didikan praktikal yang kita terima dalam bulan Ramadan ini, kita akan manfaatkan untuk mengharungi kehidupan dalam sebelas bulan yang berikutnya.

Ketika berbelanja untuk majlis berbuka puasa, kita juga seharusnya mengenangkan nasib saudara seagama yang berbuka puasa dalam keadaan serba kedaifan dan kekurangan. Mereka juga inginkan menjamah makanan yang lazat seperti orang lain. Namun, dengan kedaifan, membuatkan mereka berbuka dengan makan makanan yang mampu dibeli saja.

Oleh itu alangkah baiknya jika kita membanteras amalan pemborosan dan pembaziran yang keji itu dengan menggalakkan amalan kebajikan seperti bersedekah. Sedikit bantuan atau sumbangan yang kita hulurkan kepada golongan yang tidak berada, ada disediakan ganjaran pahala di sisi Allah. 

Tajuk blog nie adalah bagi attachment yang disertakan, semoga terislah...

sumber :