Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29
2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH
Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31
3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN
Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin
Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.
Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.
Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40
4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis
ULASAN PENTERJEMAH:
Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49
5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG
Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .
Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56
6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )
Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak
Penjelasan : Hadis ini Daif
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik
Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70
7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH
Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.
Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .
Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .
Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi
Ibnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87
8.Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk
Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.
Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'
Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .
*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284
9.Doa kepada mu'minin dan mu'minat
Asy-Syaukani menyebutkan dalam Al-Fawaid bahawa Rasululullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Barangsiapa yang mengerjakan satu solat yang ia tidak mendoa'kan padanya bagi Mu'minin dan Mu'minat maka solatnya kurang segala - galanya .
Hadith ini adalah Maudhu'. Di dalam sanadnya Nuh bin Zakwan tidak bernilai apa-apa ( laisa bisyai-in ) dan padanya ada seorang matruk . Demikian kata Asy - Syaukani .
Hadith riwayat Ad-Dailami dari Anas bin Malik. Dalam sanadnya terdapat Nuh bin Zakwan dan Suwaid bin Abdul Aziz.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287
10.Bersolat di sudut-sudut rumah
Al-Ghazali menyebutkan dalam kitab Al-'Ihya bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Hai Abu Hurairah , bersolatlah di sudut - sudut rumahmu nescaya cahaya rumahmu di langit bagaikan bintang - bintang di sisi penduduk dunia.
Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 287
11.Solat orang yang berkahwin lebih utama dari orang bujang
Al-'Uqaili meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Dua rakaat itu solat orang yang berkahwin lebih utama daipada tujuh puluh rakaat orang bujang .
Kata Ibnul- Jauzi dan Al-Albani : Hadith ini adalah maudhu'. Dalam sanadnya terdapat Mujasyi' bin 'Amru. Kata Al-'Uqaili : Hadithnya mungkar . Kata Ibnu Ma'in : Aku nampak ianya seorang pembohong. Kata Ibnu Hibban : Ia membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah, tidak halal menyebutnya melainkan dengan menyebutkan cacat celanya. Dalam sanadnya pula terdapat Abdur-Rahman bin Zaid bin Aslam yang diuduh berbohong , meriwayatkan ajaib - ajaib dan Hadith - hadith Maudhu'
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 296
12.Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh
Abdur-Razaq , Ibnu Abi Syaibah, Ah - Thahawi , Ad-Daruquthni , Al Hakim , Al-Baihaqi , Al- Baghawi dan Ahmad mentakhrijkan dari Rabi' bin Anas katanya :
Ertinya: Rasulullah s.a.w senantiasa berqunut dalam solat subuh sehingga beliau meninggal dunia.
Kata Al-Albani : Hadith ini mungkar . Hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibnul-Jauzi dalam kitab Al-Wahiat. Dalam sanadnya terdapat Abu Ja'far ' Isa bin Mahan Ar-Razi seorang yang dha'if. Kata Ibnul Hanbal dan An-Nasai : ia tidak kuat . Kata Abu Zur'ah : Ia banyak wahamnya . Kata Al-Fallas : Hafalannya sangat jelek. Kata Ibnu Hibban : Ia meriwayatkan hadith - hadith mungkar dari orang - orang yang mashur . Hadith ini diriwayatkan dai jalan lain sebagai syahidnya oleh Ad Daruquthni dan al-Baihaqi tetapi dalam sanadnya terdapat dua orang yang matruk . Al-Baihaqi ada meriwayatkan dai jalan lain lagi tetapi dalam sanadnya terdapat perawi yang dha'if juga , bahkan matruk .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 297
13.Menyapu muka apabila selesai solat
Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas r.a katanya :
Ertinya: Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya , beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian beliau berkata :
Hadith ini sangat dha'if. Demikian kata Al-Albani . Ia diriwayatkan juga oleh Ibnu Sam'un dari Salam Al-madini dari Zaid Al'Ammi dari Anas . Yang dituduh ialah Salam Al-Madaini iaitu Ath-Thawil seorang pembohong dan Zaid Al'-Ammi adalah seorang yang dha'if .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 309
14.Menyapu dahi apabila selesai solat
Abu Nu'aim meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a katanya :
Ertinya: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila selesai solatnya beliau menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya kemudian melakukannya atas mukanya sampai ke janggutnya dan beliau berkata :
Hadith ini adalah Maudhu' . Demikian kata Al-Albani : Yang dituduh membuatnya ialah Daud bin Al-Muhabbar , iaitu pengarang kitab Al-'Aqlu seorang pembohong . Dan Al-Bazzar meriwayatkan dari Hadith Jabir dari riwayat Al-Fadhl bin 'Isa Ar-Raqasyi. Al-Fadhl ini adalah mungkar Hadithnya seperti yang dikatakan oleh Al-hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 310
15.Ibnu An-Najjar mentakhrijkan dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Satu solat dengan memakai serban menyamai dua puluh lima solat tanpa serban dan satu solat Jumaat dengan memakai serban menyamai tujuh puluh Jumaat tanpa serban , dan sesungguhnya para Malaikat pasti akan menyaksikan solat Jumaat dengan memakai serban dan mereka terus menerus bersalawat ke atas orang - orang yang memakai serban sampailah jatuh matahari
Kata Asy-Syaukani : Ini adalah Hadith Maudhu' seperti yang dikatakan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 324
16.Al-Albani menyebutkan dalam kitab Silsilah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Ertinya: Satu shalat dengan memakai serban lebih utama ( lebih baik ) daripada tujuh puluh rakaat tanpa serban
Kata Al-Albani : Saya melihat tulisan Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali atas sepotong ke atas At-Tirmizi ( 2/83), nashnya seperti berikut : Abu Abdullah yakni Ahmad bin Hambal ditanya orang mengenai seorang syaikh Nashibi yang dikenali sebagai Muhammad bin Nu'aim yang dikatakan ada meriwayatkan sebuah Hadith dari Sahal , dari bapanya , dari Abu Hurairah , dari Rasulullah s.a.w. mengenai Hadith di atas , maka beliau menjawab : Ini adalah pembohong dan Hadith ini adalah batil .
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 329
20 comments:
makasih....
tapi ambe tak pernah plak dengar pasal hadis2 mcm nie
di ucapkan oleh mana2 orang
nice info
hehehe, banyak lagi nie bang, nie lom membincangkang sumber2 mazhab israeliyah dalam Solat lagi ni...
betul....
mmg banyak hadis palsu
tapi alhamdulillah
ambe tak pernah dapat, dengar atau di baca oleh mana2 tok guru kat sini
Adakah memakai serban itu tiada apa-apa fadhilat?-mohon penjelasan dari sahabat2 yang arif.
Terima kasih di atas perkongsian yang SUNGGUH BERMAKNA!
emm ada jugak hadis palsu...
mohon kalau ada yg arif, silalah beri penerangan....
Salam, aku pernah dengar hadis2 kat atas tu, terutamanya bab serban ni. Bagi aku yg xpandai ni, yg elok aku amik, yg xelok, was2 kita tinggalkan ajer. Islam maknanya sejahtera, tidak mengongkong atau menutup pemikiran penganutnya. Maksud Al-Quran itu sendiri adalah petunjuk bagi bukti2 nyata supaya kita dapat berfikir dengan waras (hudalinnas, wa baiyinati minal huda, wal furqon) surah 2:185 rasanya. Sebab itu Islam dahulu madani atau moden dalam bahasa cedok sekarang, kita dulu peneraju dalam segala hal ehwal bidang, baik sains, matematik dsbgnya. Propaganda yahudi mahukan kita sangkut, pergaduhan sesama sendiri, pertikaian hal2 furuk/ranting, dsbgnya.
sebab itu maksud berserah diri adalah 'bila berlaku pertikaian maka hendaklah kita kembali kepada Allah yakni Al-Quran dan Sunnah Rasul.
anyway thanks 4 da info, jgn diberat2kan sangat ya. maju ke depan. ehehehe
apa sahaja yg bersangkutan dengan sunnah pasti ada fadhilatnya, insya Allah.
mmm, begitu lah hala tuju perbincangan, bagi mereka yang memahami , mereka akan faham, kenapa perlunya... kenapa ada mazhab israeliyat sebagai contoh...
Tabligh kata tablogh benar... berapa ramai jadi wali, berapa ramai berani dakwah menteri2 atau bebudak shuffling kat bandar2? Tareqat kata tareqat benar, berapa sen yg jadi wali, berapa sen yang berani tegur menteri2 , atleast tegur bebudak melayu kuffar kat pub2 n disco2.... bebudak Pondok, kata guru pondok memasing benar... berapa ramai guru pondok yang tegur menteri2, dakwah bebudak yang buang anak, kaki rempit etc....
my answer to all of this... boleh menimbulkan ketegangan... namunbegitu, rasanya percambahan minda yang cuba dibawa... macam dahterbuka sedikit.... hahahahaha paling malu bebudak yang mengaku dakwah islamiah laaa.....
kome nasib baik sbb aku tertinggal quran kat umah, kalau xsedap juga masakan arini. ehehehehe....
jaga solat, jaga halal haram, jangan perlekehkan nabi,
amal makruf nahi mungkar, SELAMAT HIDUP DUNIA AKHIRAT.
Pakai ajer cikgu, lagi bagus, bab pahala dan fadhilat urusan Allah. Banyak kelebihan memakai serban, kepala xpanas, xkena kenser kulit, nak buat jahat pun teringat serban kat kepala dan 1001 lagi faedah. ehehehehe. Mcm aku ni cikgu, segan nak pakai kat public lagi sbb aku ni jahat lagi. huhuhuhu~~~
ntahnya, cikgu, pakai aje... kita cuba yang terbaik nak jadi baik,
Hang lebih baik dari ambo...
Bila nak beramal dengan sesuatu perkara, biarlah ada sandara yang kukuh iaitu al-quran dan hadis yang shahih, kalau main buat jer jadi sia-sia. Bagi saya ini satu entry yang amat baik untuk kita berbincang.
pada saya la cikgu, perihal serban ni, kita tau bahawa Baginda mmg pakai, maka akibat rasa kasih cikgu kepada Baginda, maka cikgu pakai... seposen pun tiada masalah. Yang menjadi masalah adalah apabila terlalu ramai yang menghujahkan kebaikan akibat daripada memakainya. Ada Hadis kata kebaikan begini, ada yang kata kebaikannya begitu...
apa kata saya amek satu konsep pandangan dari sudut yang berbeza...
kita yakin bahawanya, berbuat baik itu pasti balasannya baik, selagi mana niat, cara, tertib, etcnya ikhlas semata2 kerana Allah semata2.. maka kita buat sesuatu ikut keikhlasan tanpa riak dan lelain, pasti Allah suka... logik...
pokoknya adalah, buat sesuatu kerana Allah, atas dasar perilaku seorang hamba cap ayam kepada Tuhannya. tamat. full stop.
apabila dibahaskan apa yang kita dapat, banding ngan org lain, kalau buat atas tujuan yang tidak betul, pastinya Allah tahu, pastinya tidak dibalas pula dengan kebaikan. Macamana pusing pun, Allah lebih mengetahui.
ingatilah Aku setiap masa...
kata-kata abang sangat benar... bab pahala dan fadhilat, itu urusan Allah, yang penting, memakai nya tidak salah dan bersalahan....
3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN
Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin
...kalau yg nie pulak masih digunakan dalam bacaan imam sebelum majlis akad nikah...
share lah sikit ...
info yg berguna..
Post a Comment