26 August 2010

Rahsia wudhu’ dari sudut kesihatan

Rating:★★★★★
Category:Other

dipetik dari http://mmczone.multiply.com/reviews/item/416/416

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84
Tangan 95
Kepala 64
Telinga 125
Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapakk kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu…

tambahan...

sesungguhnya Solat itu sangat lengkap. Solat juga sebenarnya tidak pernah menjadi beban, melainkan ianya adalah ruang dan peluang bagi kita melepaskan beban.. ruang kedamaian. ruang isterirehat.

saya share nie... lengkapnya Solat sebagai ruang melepas bebanan hidup... dikaji oleh kafir, dan di adaptasikan dalam kehidupan mereka..


ambil contoh ...

apabila mereka stress..
saya terfikir...
mereka ke Spa.. urutan dan akupuntur...
mereka melepaskan stress dengan Aquatherapy.. (terapi air)
mereka melepaskan stress dengan aroma therapy ( terapi bau wangian )
mereka melepaskan isi hati... jumpa psychiatrist...
Dalam Solat...

1. Ambil Wudhu' ... --> Aqua Therapy... campur Urutan... termasuk menekan titik akupuntur...

2. Lepas Wudhu' sapukan minyak wangi atar... ( Aroma therapy )

3. Apabila tenang dengan kedua ini, maka kita Solat... ( berbicara sendiri dengan Yang Esa ... --> jauh lebih baik berbanding berjumpa psychiatrist !!!) Dalam Solat ada senaman dan regangan... mengembalikan tulang belulang ketempat asalnya....
sekian huraian simple...

12 comments:

ramli jusoh said...

terima kasih di atas perkongsian maklumat

ramli jusoh said...

interesting..

KerisWarisan .com said...

sayang masih ramai ambil Wudhu cara yang tak betul termasuk guru sek agama saya dulu.

nizran nadzar said...

nie tak kira ambil Wudhu yang penuh dengan Doa dan jampi lagi nie hehhehheheheheh.....

aPis parut said...

doa? jampi? heheh, nti boleh lah dtg berguru!

KerisWarisan .com said...

takde kene mengena dgn doa jampi. cuma cara tadahan air semasa niat hingga sapu ke muka selalu org salah.

nizran nadzar said...

bukan setakan semasa sapu muka je tuan, semua anggota ada doanya.. ada bacanya...
persoalannya, perlu ke? serapah pun saya pernah dapat... haaa...

KerisWarisan .com said...

Cuba cerita skit, saya sendiri pon tak pernah buat yg lain kecuali yg basic dan cukup syarat.

nizran nadzar said...

susah nak diceritakan tuan, sebab berbagai perguruan, mempunyai cara tersendiri.
ada yg saya belajar, setiap gerakan dalam wuduk ada doanya..
ada satu tu, dalam bahasa melayu pula(serapah)
ada juga dengan zikir yang sesuai, samada jalan sabil atau perubatan.

saya tak buat semua tu pun... koleksi simpanan je.

KerisWarisan .com said...

Betul tu, kalau rase ada keraguan elok jadi koleksi simpanan jer, takut amalan tambahan tersebut boleh menukar niat dan tujuan wuduk plak, akibatnya jadi wuduk yg tak sah sebab lari niat.

nizran nadzar said...

benar tuan, sungguhpun amalan tersebut berijazah diambil dari guru tua, selamba aje saya simpan jugak dalam koleksi... keh keh keh...

saya pernah mencari hal ini.. Rukun kita ok dah, tinggalnya selalunya orang kita hanya tinggalkan "niat" selepas berniat. Mereka tidak menyertakan "niat" semasa kerja sedang dilaksanakan / work in progress. tu yang kengkadang sambil membuat sesuatu ter "mengelamun" kejap tu...

KerisWarisan .com said...

memang lumrah manusia mase buat sesuatu niat depan jer ok, bile tengah dah lari pusing merata-rata.

Post a Comment