02 June 2011

Family trip ke Perak - Penang

Jumaat 27hb May 2011

dijadikan cerite, pada hari sabtu yang lepas ada lah satu kenduri kahwin anak kepada member bapa mertua kat Taiping. Maka dibuatlah satu perancangan dikalangan ahli keluarga untuk membuat satu trip santai bersama keluarga adik beradik yang berminat.

Dijadikan cerite pulok, macam biasa la, aku kat Ledang. lepas opis hour, terus shoot balik ke bilik, berkemas dan terus shoot ke Seremban. Sampai seremban singgah gunting rambut, pergi singgah umah uwan Darling, tukar kenari kepada kembara. Sebab kembara nak ditinggalkan di umah "atas".

Masa sampai umah atas, Ya Rabbi, rindunya abah ngan Isteri n anak... tiada terkata. nampak je kelibat diorang, terasa macam ... ahhh... im save... im happy.... im in peace... walopun tidak di tunjukkan sangat ekspressi tu, tapi dalam hati nie rasa macam nak nangis pun ada.

Mak n ayah n anak2 Kak Long yg lelain semua dah gerak ke Perak dulu. Kitorang je yang lambat sampai sikit. dah settel kitorang bergerak ngan along n Alip sekali satu kereta, pakai kereta Along. (myvi) Bermulalah perjalanan sekitar kul 9 lebey kot. takde buat catatan sebenar sebab kurang persiapan.

Perjalanan dimulakan dengan Along sebagai driver. alhamdulillah, dengan doa dan ayat suci sebagai pembuka, perjalanan selamat sampai ke RnR Dengkil.

 aik... RnR Dengkil aje?



Alah, saje je singgah sana, nama berjalan dengan gua.. mmg la asal nak singgah, kita singgah, asal nak rehat, kita rehat, asal nak lepak, kite lepak, no rushing.. aman dan damai...

walopun, baru je kejap tadi sebelum keluar rumah dah mentekedarah makan nasik, kat RnR dengkil pun mentekedarah lagi. telur 2 biji, ngan roti bakar...  hahahaha...

Lepas rehat ala kadar, Perjalanan diteruskan dengan menukar rider... gua...  lepas tu perjalanan aman damai je la kot, yang tak amannya adalah kualiti jalan, kegelapan jalan, jumlah lori dan pemandu lembab dan lelain. Tapi kalo takde semua tu, kira tak Malaysia la ye tak.. hahahaha....

sampai Manjung ( Rumah sewa Roy ) sekitar pukul 2 pagi, kami terus ambik port memasing, dan tidur dengan lagaknya. Aku je la yang susah nak tidur, sebab kebetulan tengah kene gatal2 kulit. Pepagi lagi dah bangun. tetapi sebab kegatalan dan cuaca panas, maka sesi tidur dah berubah ke atas simen / mamar, sebab sejuk sikit. hahahahaa....

SABTU 28hb May 2011

Lepas bangun pagi dengan lagaknya, bersiap gedebuk gedebak, Bermulalah perjalanan penuh stress.... hahahaha.... nie memang dah dibajet akibat menjadi penumpang ni... tapi nak buat camana kan, sebab tak mampu...

stress telinga.. stress timing... stress ruang.... tapi itu semua biasa la tu... tunggu la Roy keluar Starex pulak hahahaha....

so, first kami ke Zoo Taiping... masa kat situ baru la menyedari bahawa diri ini tiada kamera, tanya pulak pada yg lelain, katanya, takpe, kamera telefon ada. aiseh... kacau2.... mood hilang.... nak amek gambar cikonit ngan topi nye... adui... comel anak abah nie

lepas tu, mood menjadi bertambah teruk dengan gelagat anak2 kecil yang .... kebarangkalian nak dilentur masa dah besar panjang mmg mustahil...  hahaha... apa lagi, amik anak, terus bawak jalan ke depan.. jejauh... malu seh...

tapi nak buat camana kan...  hajat di hati nak enjoykan anak dan isteri, apakan daya diri tak enjoy. Masa tak cukup, punya la laju jalan nak bawak nurul tengok gajah etc.. di halangi oleh binatang yang menyuruk sebab nak berteduh... (PENGAJARAN)... dan masa yang tak cukup.. (PENGAJARAN)

Belum dapat habiskan tempat2 lain, dah mengah (PENGAJARAN), dan tiba masa utk ke Rumah kenduri kawin dekat Taiping. Apa ntah nama tamannya, dah tak amek peduli sangat dah masa tu... hahahaha....

Habis je kenduri tu, perjalanan diteruskan ke Penang.. ok, hajat utk naik ferri, tak kesampaian, sebab ter masuk terus utk ke jambatan... ok gak tu, bukan apa, nanti balik kalo naik jambatan, jalan mesti jamn .. so, ada eloknya balik naik ferri... petang... sejuk sikit...

Dah sampai Penang, takde lepak-lepak, terus ke apartment yang disewa sebab dah petang. Ada lebih baik terus ke apartment dan berehat... namunbegitu, apakah maksud berehat? dapatkah berehat... sejarah membuktikan bahawa sekiranya trip macam nie cuma boleh rehat masa dalam jamban sahaja... masa dalam bilik n tidur pun tak dapat rehat.. hahahaha.... bising, kelam kabut, huru hara... hahahahaha..... mungkin itu yang membuatkan sesuatu program itu lebih menyeronokkan...  sebab hiruk pikuk bebudak... yang merana cuma jiran tetangga dan yang tinggal di tingkat bawah sebab bunyi berdentum dentam memang tembus ke tingkat bawah, siapa yg biasa duduk flat tau la... berjalan dalam umah pun, macam berjalan atas lantai papan yg usang... slow je...

Lepas berehat ala kadar jugak, kami bersiap untuk keluar makan beramai2... chewah... bagusnya. kami dapat  pergi ke sebuah kedai makan yang selalu dikunjungi artis2, dan mmg sentiasa busy sebab ramai orang... siap masuk TV bagai.... nie le kedainya, gambar ehsan internet...



bila dah pusing2, dah jumpa kedainya, dah beratur , dapat tengok macamana diorang masak makanan, dah dapat tempat duduk, dan dah makan... maka... kami semua bersetuju untuk JANGAN DATANG KE KEDAI NASI KANDAR LINE CLEAR PENANG!!!! (PENGAJARAN)...

hmmm....  betul ke orang Penang pengotor? betul ke Penang pernah digelar sebagai Pulau Sampah satu ketika dahulu... jawa[annya adalah sangat cenderung ke YA.. well, kalo sapa2 ingat  dulu2 Penang macamana, dia tau la, sampah dimana2... kemudian, dah ok dah sikit..  dah hilang dah gelaran tersebut...  
mungkin lepas ni sesuai ngan nama berdekatan, kita patut ubah kepada PENANG the RAT island. perghh... sebbaek la aku nie orang miskin takde kamera best, kalo tidak, maun penuh gambar tikus, n anjing2 melepak kedai makan ni... hahahahahaha.... mana2 pergi, dalam town, sampai la menghala ke bt Ferringhi dari dalam kereta, mmg leh nampak tikus merayap dengan gumbira kesana dan kesini... bahagianya mereka.

ok, udah le ngutuk tu, yg penting pengajarannya adalah , kalau ada rezeki ke Penang lagi, tidakkan akan ke kedai ini... hahahahaha...

habis je makan, kami semua pelan2 kayuh balik ke Apartment, bukan apa. semua dah letih, dan dah malam, kesian bebudak kecik nak tido... tapi sebab memikirkan aku perlu berehat bersama keluarga tersayang, maka kami biarkan saja yg lelain naik ke apartment, sebab aku nak bawak anak bini g jenjalan lagi, pinjam kereta Roy, mak pun ikut, kitorang pun berjalan la dalam kereta menghala ke Balik Pulau... sebbaek tak sampai ke Balik Pulau, untung2 terserempak dengan budak yang aku bantai masa lepas2 SPM dulu.. hahahaha.... tapi apakan daya, Nurul lak dah tido,,, hmmmm,,, kalo ikut hati, memang dah singgah jalan kaki nengok2.... tapi ngenangkan TAKDE DUIT... dan Nurul tido... maka, setakat pusing2 dalam kereta aje lah..  patah balik, dan balik ke Apartment... hmmmmhhh... (PENGAJARAN)

Sampai ke apartment, aik, tak tido lagi.. masih ada yg berjaga... mmm, takpe lah, Nurul da tido.. sian anak abah ni, mesti letih... kitorang sambung lepak jap.. nengok2... layan2... naseb baik samseng2 PONDAN dan samseng2 LEMBIK dah tido hahahaha.... lepak ala kadar, aku pun da letih,  kitorang pun tido laa...

tengah2 baru nak layan mata... tetiba ada bunyi budak merengek dan menangis.... arghhhhh.....  dekat sejam jugak... adui.... mana menghilang ke poweran kesamsengannya? kemana??? kemana???? adui.....  ini membuatkan aku terjaga, mata buntang, susah nak tido balik, dan mengganggu mood pada besoknya pulak... hahahahahaha.....

AHAD 29 May 2011

Dah bangun, mandi,  sarapan... hmmm... dah lewat juga ni, tapi nak buat camana, sejak kurang exercise ni, badan memang mudah letih... dah bertukar menjadi PONDAN juga...

selepas melepak ala kadar, tuan umah dah halau, kami pun keluar lah menuju ke lokasi seterusnya, iaitu ingin membawa bebudak / kitorang ke Bukit Bendera... nak merasa kot.... syukur, tiket tak mahal, tiket mahal hanya kepada bukan warganegara.... MACAM TU LA WEEE MANGKUK AYUN PEMBUAT LAW ORANG TAMAN NEGARA!!!!!.... stupid bladiful ... orang kite kene bayar bapak punya mahal utk ambik guide . trekker bodoh sombong unfriendly bastich. ok ok cukup.

Maca biasa, yg terkinja2, akan terus terkinja-kinja... pejamcelik, kami pun dapat naik coach, dan menuju ke stesen atas. takde yg menarik sangat, sebab ramai sangat yg monopoli view..

dah sampai atas, macam biasa la, sebab pengajaran bahawa masa adalah penting, dan berjalan adalah bermotivasikan untuk budak2, maka aku tak tunggu2, sampai atas terus explore dan jenjalan... still, utk masa yang sangat singkat, berjaya juga pusing2, tengok RUMAH ORANG KAYA-KAYA YANG BUKAN MELAYU kat atas tu..  tapi tak berjaya singgah ke masjid di puncak, sebab terpaksa layan kerenah bebudak yang datang jejauh semata-mata nak main buaian. mmm... i think they were supposed to be guided someway so that the kids can explore something else and atleast gain something. Tapi nak buat camana, banyak benda bebudak sekarang tak appreciate, sebab lebih appreciate idola2 BABI yang menjadi pujaan menyebabkan ramai yg bangga berborak pasal artis, MLM berbanding dengan apa yang terpapar di discovery channel.

rewang ala kadar, kami pun turun la kebawah... itu pun second trip turun.. hehehe, termelepak... sebab haus..

sampai je bawah, kami pun g makan d kedai orang kelantan.. dan diteruskan ke jeti utk naik ferri, perghh ramai jugak yang q. Tapi idak le teruk sangat, boleh maintain, .. dengan pelbagai topik kelakar gelagatnya si Roy.. maka kurang la boringnye... hahaha... dapat naik ferri, dapat la melepak... santai dan tenang...

adegan2, kat ferri tak banyak, teringat macamana seorang budak perempuan india mampu membuatkan semua orang di sekitar beredar, dan sekaligus memberikan ruang utk family nye ke depan dan ambik tempat... hahaha.... sama di mana2... teknik perlahan memonopoli sesuatu kawasan.

Sampai je di darat, terus shoot balik ke Manjung, ada la singgah RnR tapi takde la melepak sesangat sebab dah petang sangat. Kami sampai Manjung pun dah pukul 10:00 malam.

tapi aku macam biasa la, ingin membawa anak bini berjalan bersama, tiada gangguan, terus membuat perancangan utk ke Pasar malam dan giant. Sebab umah Roy kat belakang Giant Manjung, dan kebetulan ada pasar malam hari tu. dah sampai, pinjam kereta Aroy, terus ke Giant, mencari wet tissue Nurul, dan bawak Nurul pusing2... jalan-jalan kata dia... hahahaha....lepas keluar dari giant, pasar malam dah tutup habis, so, kita pusing2 jap, dan cari kedai makan area situ jugak. makan bersama, dan order tapau utk yg lelain..

Balik rumah Aroy, yg lelain pun makan, ada yg muka masam sebab kami lambat kot... hehehehe.... aku mmg nak jadikan family aku "lambat" sebagai trademark, so as to have better time masa pergi jalan-jalan. hahaha...

Lepas semua makan, paksa bebudak naik atas tido, tutup lampu, dan kami pun tidurlah... tamat la aktiviti hari ini...

ISNIN 30hb MAY 2011.

Maka, dijadikan cerite, macam biasa bangun pagi, ayah n emak n Aroy dah belikan sarapan, dah bersiap, makan2, dah bersiap utk balik ke Seremban. Kesian Aroy, hari tu dia kerja... terpaksa la runner dari tempat kerja utk jenguk kami.. hahaha....

bila dah bersiap, kitorang pun pelan2 kayuh menuju ke Seremban. Aku macam biasa, agak nak berhenti, akan berhenti, agak nak melepak, terus melepak, tapi apa kan daya, dah nama konvoi kan.. tapi sempat la singgah, belik nira bagi semua rasa, nak2 aku yg ngantuk ni, pekena nira, segar la kejap mata ni...

kitorang singgah makan tengahari di RnR dan terus menuju ke umah. syukran perjalanan tanpa sebarang aral dan kesusahan..

rasanya sampai umah dalam kul 2 petang kot...

lepas rehat ala kadar, demi mencari ketenangan, terus ajak isteri tersayang utk balik ke umah uwan Darling, leh juga Nurul ngan aku jumpa mak, sampai umah Uwan Darling, takde masa melepak pulak, badan dah letih, hambek ko, masuk bilik tidoooo.... hahahaha, sampai lewat petang jugak tidooo....

bangun2, bersiap apa patut, tukar kepada kereta kenari balik, dan terus ke umah atas, sebabnya, aku kene terus shoot pula ke Ledang. h,,, nak buat camana, tanah mencari rezeki.

sebelum, gerak ke Ledang tu, dukung Nurul, pandang muka dia puas2, sayu je rasanya hati, bagitau dia slow, "Nurul, abah kejap lagi nak g kerja, abah kerja jauh, Nurul tiinggal sini ya...  Nurul jaga diri bebaik ya... " diam je dia, lepas tu dia kata "salam... " lepas salam dia masuk ke dalam sambil kata aiskrem... dia nak aiskrim atuk dia... pandang muka bini, tak sanggup, rasa nak peluk cium comolot dan semua ada... sayu betul... sapa la bangang sangat cipta pepatah " sayang isteri tinggal tinggalkan.." babi betullah...

lepas tu, salam dan tata lebih kurang, bergerakla terus ke Ledang, takde pandang muka bini sangat, hati dah hiba.. baik chow cepat. hahahaha.... hmmm,.... sampai sini dalam kul 2 lebey.... berehat, mandi, tidoo.... maka tamat la journey kami pada hari tersebut.....

well.... beberapa pengajaran yang penting dapat dibuat, dah tau miskin takde kamera, g le pinjam sesiapa punye siap-siap, lupa pulak Uwan Darling, ada videocam, niwan ada camera... FUCK!!!!  Apasal la bole lupa...

Pengajaran yang lelain tu tak boleh nak buat apa, sebab pokok cerite adalah event bersama siapa, kalau ikut majlis orang kene la buat cara ikut majlis orang, jangan la buat kepala sendiri...  so, semua orang akan enjoy..
Kalau dah miskin, kene la berjalan macam orang miskin, kalau dah kaya nanti, leh le beli XC90, duduk apartment asing2... hahahahahaha.....,  hish... takde laa... macam aku cakap tadi la, dah nama berjalan beramai2, mmg la keriuhan tu yang membuatkan kita seronok... asalkan keriuhan tersebut tidak menjelikkan cukup la... hahahahaha...... biarlah keriuhan itu menghiburkan, berbanding dengan membuat kita terperanjat2, termarah2, terpening2, terletih2... hahahahahahaha

well. terima kasih semua, terima kasih kak Long sebab bagi numpang kereta pergi dan balik... terima kasih Aroy n family sebagai guide, tuan rumah dan menumpangkan kami ... terima kasih kepada mak n ayah atas semuanya.. terima kasih semua... lain kali kita buat trip lagi, next year, kalo dah lapang sikit poket, mesti lagi seronok... hahahahaha