22 April 2011

jurnal aku - update 22 April 2011

Jurnal Aku : Update 22 April 2011. Berkhidmat di tempat kerja baru...

Nak dijadikan cerite, aku pun dah mendapat jawatan berstatus tetap di MARA ni. Setelah hampir 3 tahun berkhidmat sebagai kakitangan sambilan di MARA Negeri Sembilan. Dengan majlis perpisahan yang gilang gemilang, aku pun berambus dari MARA Negeri Sembilan.  Walopun aku tau aku tak keluar pun dari MARA Negeri Sembilan nie sebenarnya... aku masih akan terus buat aktiviti yang melibatkan internet UNTUK MARA N.Sembilan nieh... Sebabnya, aku suka, aku minat bantu usahawan, dan aku akan bantu mengikut apa yang sesuai utk aku, yang aku reti..

Seperti entri sebelum ni, kiranya aku ni memula dapat tahu isnin minggu lepas... takde itam putih sehingga Jumaat petang. Pastu hari Sabtu lepas aku pun recce la tempat ni.. Wow... leh tahan jauhnya dari Seremban.. Ianya dalam kawasan Serom 4&5, Muar. jalan terdekat dari Seremban adalah ikut highway... total km sekitar 120km sehala.

So, dalam minggu ni, aku ulang alik setiap hari... menyeronokkan, tetapi tinggi kosnya dan badan letih2. mana taknya, dekat 3++ jam aku bazirkan atas / motor ato atas kereta. Usaha mencari umah sewa dekat kawasan sini mendapat rintangan bila umah kat sini sangat mahal sewanya.. yang mana umah yang standard RM300 - 350 kalo kat seremban tu, dekat sini berharga RM500 - RM600!! gilee!!

nak tak nak aku kene berulang alik... sebbaek dapat pinjam motor niwan, modal duit isi minyak sehari RM20 - RM25. Full tank pergi balik naek Ninja 250.  sakit belakang, panas bontot, kebas bontot, kebas tangan.. tapi takpe, maintain 140km/h kek highway.. mmg sedap.

So, memandangkan hari ni hari jumaat, maka hari ni adalah hari terakhir aku dapat pinjam motor niwan, minggu depan camana, aku pun tak tau lagi. Nak pinjam motor bond, angah (adik bond) kata condition motor teruk .. dia suruh aku pakai motor dia, biar dia yang pakai motor tu... aiseh... tak best la cenggitu.. aku maleh nak nyusahkan kengkawan... tabbaek... tabbaek...

aku pun tak tau camana nak buat ... tapi aku yakin, mesti ada jalannya nanti, Tuhan aku sayangkan aku... mesti dia bagi jalan keluar punya.. asalkan aku tak keluar ikut tingkap dan cuba landingkan kepada dulu lepas tu... hahahahahahaha....

cukup dulu kot entri update minggu ni, bukan apa... kang pepanjang kang, aku sendiri yang maleh nak baca... hahahahaha..... takpo-takpo, laen kali aku buatkan entri laie utk diri aku ni... ahahahahaha....

aku ado amek gamba pakai hp kek sini, tapi tu la, hp 2 M.P je. gambo tak lawa....  kalo nak gamba lawa, nanti aku amek gamba orang umah aku, sebab orang umah aku lawaaa.... hahahahahaha