pergh... dah berapa tahun dah ni...
lamanya tak nulis blog ni, memandangkan baru-baru ni kene buat blog untuk pusma, makanya teringat nak mula balik.. fikir2kan, banyaknya nak update, perkara-perkara yang dah sudah berlalu dalam tempoh, 2 tahun ni...
Nurul pun dah besar dah... dah boleh membebel, menyanyi, berjoget, berlari..
hari-hari yang berlalu ni, dah terasa semakin lengkap dan bahagia hidup sebagai sebuah keluarga yang sangat best, dengan isteri dan anak... teringat celoteh nya nurul, bahagianya bersama layanan isteri tersayang, hmmm, takpe-takpe, lepas nie akan try update sikit2, mana yang teringat, try upload gambar2 mana yang ada, sebab tak banyak sangat pun, gambar dah kurang ambil, abah ngan ibu masih lom nak dapat nak beli kamera lagi. telepon dah biol asyik kene terjatuh.. tak abah buat, nurul buat... hohohoho, teringat pulak intonasi nurul cakap "jatuh" kalau ada benda yang jatuh / (dia yang baling)...
pape pun, kalo nak update tetap kne guna laptop ibu, sebab gambar semua kat sana. nie skrg nie kat opis.. nanti2 le gamaknya juga...
well, memandangkan hari tarikhnya adalah 21 feb 2011, hari isnin... !!! semalam kami tumpang kereta Bond, dan Mira ke majlis persandingan member gunung iaitu Atan dekat Kg. Datuk Haron... Memula tu masa kat sana tak jumpa ramai sangat bebudak gunung, tapi, bila dah bukak multiply malam tu, haram... ramai rupanya, semua pergi lambat... NIe ape ke hei la diorang ni pergi kenduri petang2 ni... hish... tapi takpelah kot, takde jeki la nak jumpa bebudak gunung pun, nak-nak serpihan macam aku nie.. heh heh heh heh..
then, aktiviti semalaman untuk hari 21 / 2 Feb 2011 adalah cuba update blog nie dengan blogs2 lain jagaan patik, hari nie nak sambung lagi la mana yang dapat...
"bila fikir-fikir balik, naseb baik dah tua baru buat blog, kalo start buat masa sekolah , dah tentu amek exam dalam henry gurney dan sambung dalam Simpang Renggam.. kuheh kuheh kuheh....