24 February 2011

Maafkan abah ye Nurul......

Tak tau nape sampai nak tulis nie dalam blog, takpe.. pedulilah orang nak kata apa, atau orang nak bandingkan dengan keluarga yang lagi malang kat luar sana...

anggaplah satu hari nanti, Nurul atau adik2 Nurul ke atau sebenarnya abah sendiri yang baca, agar terus teguh setia bersama keluarga tercinta...



Tadi, nurul ajak abah ke peti sejuk, "abaah... nak air... " abah tau sangat, Nurul mungkin nak air solivite dia yang abah dan ibu sentiasa berusaha untuk adakan khas untuk Nurul minum setiap hari satu botol. hmmm... bukan apa, Nurul suka air tu, maybe pasal manis la tu.. tapi abah n ibu pulak belikan untuk make sure perut Nurul sentiasa ok, dan kiranya macam supplement la untuk Nurul...

tapi masa Nurul mintak tu, tetiba lak abah terfikir sampai... Pampers Nurul pun terpaksa yang cap ayam, baju2 nurul pakai pun, sampai bertaik lalat, dan baju bundle pun banyak, mainan Nurul banyak yang orang lain belikan,  kalo abah beli mainan tak cap ayam ,mesti mainan second hand..Abah juga lom mampu nak beli kamera kita sendiri, utk amek gambar2 Nurul latest,, can see that lately takde gambar Nurul... Majoriti gambar dalam ni , datangnya dari kamera pinjam...

sekali sekala bila tengok nurul pakai baju second hand, main mainan second hand, etc... sebak rasanya.. sebak sungguh, memang la ramai yang langsung tak dapat pape, yang bernasib lebih teruk, i fuckin admit that, tapi tu la, sapa la tak nak yang terbaik untuk anak dan isteri... Bila terkenang balik, aduyai, am i not fuckin ready to be a father and a husband... i guess i am... but the point is, i already am.

The best thing to do, is cuba bertahan... bertahan... mengharapkan akan diserap ke post tetap, hantar la aku ke hutan mana pun, aku yakin, kalu aku dapat tetap, walaupun jauh mana, aku pasti dapat membantu keluarga aku ni meningkatkan tahap sedia ada.. aku perlu bertahan untuk sampai dapat tetap...

Aku bersyukur kerana mendapat isteri yang cekal dan tabah berkongsi hidup susah ngan aku ni.. aku tau dia tabah, macam aku jugak, dari kecik sampai besar asek kena tikam, baik dalam kehidupan sosial, mahupun dalam Pengakap yang dah macam darah daging aku.. dalam mendaki... aku biarkan saja orang tikam aku, sebab, aku paling susah nak tikam kawan sendiri.. sejak aku dah berubah.. aku yakin sangat, kalau dulu2, seteru2 dan musuh2 hidup, aku akan hantar diorang ke neraka, lagipun, i do things very clean, the fuckin police never got me. But now, im different, ive gone soft, people backstabbing me, pijak kepala aku, aku pandang, aku senyap, aku diam... mungkin ke aku pendam... mana tau...

well... aku masih bersabar, bila amarah sampai, aku cuma cooldown kan diri aku,, bayangkan muka isteri dan nurul .. tahan... sabar... demi mereka.. aku dah berubah... aku dah baik...  Ini semuakan balasan Allah kat aku juga, sebab apa yang aku pernah buat zaman dulu-dulu.. kan ini semua pengajaran semuanya..

well, Nurul, harap Nurul faham suatu hari nanti, bahawa, macam keluarga2 yang lain, mereka bermula dari bawah, mereka mula miskin, walaupun adatnya yang miskin akan terus miskin, tapi harap itu tak sama dengan keluarga ni.. harap satu hari nanti dapat sediakan Nurul dengan mainan dan baju2 yang bukan bundle dan second hand.. abah tak pernah niat sampai nak guna kereta mahal, abah cuma minat volvo lama, takpun delica 4wd.. tak berangan pun kalau ada kelapangan nak beli kereta besar.. baik gunakan utk masa depan anak dan isteri.

harap Nurul faham... u r my light. i love you, i love my wife, i love this family. Thank God for all of this, that sometimes i dont even think i deserves it, after all that i have done back in the days...


nizran. 0042 Thursday 24th Feb 2011.