23 February 2011

KESAN POSITIVE REINFORECEMENT???

Sigmund Freud dan Erik Erikson telah membuat satu Teori Psikoanalisis yang membantu menjelaskan bahawa apabila seseorang memuji atau memberi satu perilaku positif atau negatif ianya akan melahirkan satu tindakan yang berulang. Dengan erti kata lain, sekiranya seseorang itu telah diberikan satu tindakbalas positif ketika melakukan sesuatu yang baik, perilaku itu akan lebih cenderung untuk mengulangi perbuatannya itu.




Adakah anda melihat kesan daripada penguatan (reinforcement) positif dalam organisasi anda? Adakah pekerja anda diiktiraf atas kerja keras mereka? Atau adakah mereka kelaparan untuk dihargai oleh anda? Jika teori Penguatan Positif berlaku di tempat kerja, dan kami mengenali pekerja atas kerja keras mereka, pekerja akan menjadi lebih termotivasi dan lebih mudah untuk dilatih dan ini akan membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan apa sahaja  perniagaan anda dalam jangka panjang.

Ini mengingatkan saya, kepada satu teori mengenai kepentingan untuk menghantar pekerja untuk menjalani latihan Bina Pasukan (team building) dan team bonding . Di Malaysia, kefahaman terhadap kepentingan untuk satu aktiviti berbentuk 'team building' di kalangan usahawan dan majikan yang mempunyai pekerja sangat rendah. Itu belum lagi keilmuan terhadap kepentingan "coaching" skill... Lebih lawak lagi, saya perhatikan lebih ramai majikan atau usahawan di sekeliling saya yang masih mengamalkan teori X didalam organisasi mereka. Mungkin saya akan sentuh bab nie pada suatu hari nanti.

Berbalik kepada perkara diatas, dengan mengambil masa untuk mengenali, mengambil tahu, memberikan input, mendengar luahan atau pendapat , atau semudah ucapan penghargaan terhadap usaha yang dijalankan oleh pekerja anda, mereka akan menjadi lebih berdedikasi dan akan ingin mencapai matlamat organisasi anda.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk meningkatkan kualiti pekerja bawahan anda dengan melabur ribuan ringgit untuk menaja mereka mengikuti latihan "team building" atau pergi bercuti bersama keluarga???

NANTI DULU... Latih lah diri anda untuk memulakan yang dibawah ini sebagai permulaan...

1. Belajar mengucapkan "terima kasih" dan Perkataan "TOLONG" atau "MINTA"

  • maksudnya begini, apabila anda ingin si Polan melakukan sesuatu, mulakan dengan perkataan tolong 
  • Apabila anda ingin si Polan memberitahu si Jolan untuk melakukan sesuatu, dari memulakan dengan perkataan " Suruh si Jolan tu bla bla bla" anda PERLU menukarkan kepada "Minta si Jolan itu bla bla bla....
  • Apabila si Polan dan Jolan mahupun Bedah telahpun melakukan sesuatu perkara yang diingini itu, sudahi dengan ucapan "TERIMA KASIH". 
  • Perkara ini jadikan amalan didalam ruang kerja anda baik di pejabat, bengkel, sawah dalam hutan baikpun, jadikan ianya amalan semua kakitangan anda, atau pekerja anda, dan yang lebih penting adalah jadikan AMALAN ANDA SENDIRI!.
  • Teknik yang boleh dilakukan untuk menerapkan budaya ini, adalah dengan meminta "magic word" apabila seseorang itu meminta anda melakukan sesuatu. "dia mintak aje... takde perkataan tolong sebagai contoh,, terus bersuara atau bertanya : "magic word??" apabila mereka lupa, ingatkan mereka.
  • Kelebihan amalan ini bukan sahaja di pejabat, malah ianya mempunyai 'chain reaction" yang akan terbawa-bawa sehingga ke rumah dan pergaulan mereka. Maka ANDA telah berjaya membantgu menyumbanglan satu usaha kearah melatih satu bentuk masyarakat BERBUDI BAHASA yang dah hilang itu. Selain itu, ianya berupaya meningkatkan persefahaman, mengeratkan silaturrahim dan lelain lagi.

2. Peruntukkan masa untuk bertanya khabar, menetahui perkembangan, memahami apa cara yang dilakukan, bagaimana untuk mencapai matlamat terhadap tugasan yang diberi, JANGAN ARAH, tapi tanya baik-baik apalah langkah yagn telah dilaksanakan, apakah medium yang digunakan, bagaimana cara mereka gunakan dan lain-lain... ( tapi jangan sampai mengganggu dan memberikan lebih tekanan terhadap mereka.. )

3. Berikan Penghargaan yang sesuai keatas usaha mereka, ini saya serahkan kepada ANDA dahulu bagaimana anda ingin menafsirkannya....  apa-apapun, perlu saya ingatkan ianya adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan!!!!


penulisan ini akan disiarkan juga ke pusman9.blogspot.com sebab tu pun aku jugak buat!!!



bila difikan balik, apa salahnya untuk membuka mulut mengucapkan terima kasih... Teringat dedolu pernah mendialogkan akan isu tepuk tangan dikalangan penonton melayu sesuatu persembahan...