19 October 2011

SEDANG MERASA SANGAT SEDIH DENGAN PELBAGAI KES PERILAKU PENUH HINA TERHADAP BAYI YANG BANYAK BERLAKU BARU2 INI... Kalaulah ada kengkawan yg ada kawan2 yg tak nak baby dia.. serahkanlah kepada saya...

13 comments:

harizan tarmuji said...

saya ingin membuat tawaran yg sama spt sdr Nizran......

KERIS X'Change & Co. One Stop Centre said...

hamba pun buat tawaran yang sama..... tapi bukan untuk baby... melainkan anak dara... hehehehe.... opsss...maaf Tuan rumah....

teringat2 kes budak kena langgar kat China tu.... dua kali kena langgar....dan org buat dek je.... kalau hamba ada kat sana waktu driver van tu langgar.... hamba PASTI... hamba akan cabut nyawa driver van tu dgn tangan hamba sendiri....

harizan tarmuji said...

hehehe.... tawaran utk anak dara tu pun hamba akan buat yg sama....

pasal baby terbuang ni, hamba hanya memikirkan masa depannya....mungkin hamba bukan org kaya, tetapi dlm keluarga hamba sendiri ada yg amat menghendaki anak dan pernah menanyakan pd diri hamba ini....gitulah ceritanya

KERIS X'Change & Co. One Stop Centre said...

yup...sama..

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

memang perbuatan mereka kejam, tiada perikemanusiaan ... sedangkan binatang pun sayangkan anak ... tapi apa pula tanggungjawab masyarakat terhadap pelaku2 ini? kita lebih banyak mencemuh drp menghulurkan bantuan, kita menghina mereka tanpa memberi mereka ruang utk membela diri ... mereka bertindak di luar batas kemanusiaan kerana tak tertahan dgn tekanan yg diberikan oleh masyarakat sekeliling ... ya, kalau lah ada saudara2 di luar sana yg kebetulan ada di sisi pelaku ini sebelum kejadian berlaku, kemungkinan bayi ini tidak menjadi mangsa keadaan dan mungkin juga ibu bayi ini mendapat pembelaan (tn harizant? tn anakcurra?) ....

nizran nadzar said...

keterlanjuran perilaku binatang yang menghasilkan bayi ini menunjukkan bahawa pelakunya sangat lemah iman dan amalnya, bukan sahaja kepada si ibu, si bapa juga, dan mungkin kes rogol juga, namunbegitu, ketidakmampuan untuk mendapatkan bantuan sepanjang proses mengusung bayi ini amatlah dikesali.

Sekiranya saya ada di tempat kejadian, pastinya perkara ini tidak saya benarkan...
sekiranya saya tiada ditempat kejadian pula, agaknya apakah mesej yang ingin disampaikan Tuhan kepada kita? adakalanya menitik air mata ni, bertanyakan kepada Tuhan soalan tersebut... Mungkin Tuhan tidak mahu kite masuk jail sebab tindakan yg bakal kita lakukan kepada empunya angkara... mungkin juga Tuhan bakal menyediakan tugasan sabil yang lain...

si pasangan terlampau lupa bahawa, Allah memaafkan, terlupa juga cacian manusia berlalu pergi.. (kita pun dah lupa driver mana yg kite maki sama driving bulan sudah..) masa akan berlalu..

kerajaan perlu sedar, bahawa dengan menggubal dasar2 yang mampu menerapkan dan meninggikan iman rakyatnya, boleh mengurangkan gejala seperti ini...

nizran nadzar said...

ada pasangan halal yang berusaha namun masih belum diberikan rezeki tersebut, ada banyak pula pasangan tidak halal yang mendapat "rezeki" tersebut tetapi membuangnya... aduhai.. sedihnya..

harizan tarmuji said...

keadaan seperti ini adalah lumrah di kalangan org Malaysia, termasuk yg non muslims. tiada banyak yg kita boleh buat utk mengubah persepsi masyarakat terhadap wanita mengandung luar nikah...ini mesti kita akui. Maka itulah selalu diperkatakan bhw sebaik2 ubat adalah pencegahan...maka cegahlah perkara dari berlaku. dan apabila kejadian sudah berlaku, agak sukar kita menanggapinya. Kita sediakan rumah perlindungan utk wanita2 mengandung tanpa nikah, dikata pulak nnt menggalakkan perzinaan. kita tak tolong, dikata tak berperikemanusiaan.

Maka itu, dlm menangani masalah spt ini, Allah SWT telah menggariskan panduan utk semua manusia mengikutinya.... berapa ramai di sini yg setuju pelaksanaan HUDUD sbg PENCEGAHAN??? dan persetujuan atas hukum HUDUD bukan semata2 retorik, harus disertai dgn perbuatan ke arah terlaksanakan SYARIAT ISLAM yg syumul....namun bagaimnana caranya??? dgn mengundi?? brp persen rakyat yg menyokong ke arah ini? dan brp peratus sebenarnya jumlah seluruh org Islam ke atas bukan Islam? Kalau cara demokratik tak dapat dilaksanakan, apakah sanggup org Islam Malaysia ini melakukan sesuatu spt sdr2 kita di Mesir contohnya?? baru kena tembak dgn air dan dikejar FRU dah cabut lari semua....huhuhu

nizran nadzar said...

saya setuju dengan pendapat tuan mengenai langkah pecegahan tersebut. Sya yakin, sekiranya kerajaan bergerak memperbanyakkan dakwah selain pesta maksiat, pastinya tahap keimanan manusia dapat di tingkatkan. langkah pecegahan juga membawa maksud, sekiranya anak bangsa disemai dengan pembelajaran meningkatkan iman dengan baik, pastinya mereka lebih beringat sebelum membuat sesuatu samada sebelah tangan atau menepuk kedua belah tangannya...

Di Malaysia nie, bukan sahaja dengan FRU aje cuak, bila bertembung dengan yg bukan Islam pun, bukan main baiknya, bila bertembung anak bangsa sendiri, satu batalion yang turun...

harizan tarmuji said...

iya, kunci utama pencegahan gejala ini pastilah DIDIKAN. Secara individu oleh ibubapa, dan secara masal oleh pihak berkuasa dgn memperkenalkan sistem pendidikan sewajarnya. Namun tetaplah kita perlukan perlaksanaan undang2 islam yg syumul sbg pencegahan yg rasanya menimbulkan rasa takut mana2 individu menuruti hasutan syaitan dan qarinnya

Cinta 'Aliqa Al Haq said...

you have the point there ... segalanya bermula dari rumah. peranan ibubapa dlm zaman teknologi ini teramatlah berat, berbeza dgn ibubapa zaman tanpa IT dulu. cegah sebelum berlaku ... itu yg sebaik2nya.

KERIS X'Change & Co. One Stop Centre said...

BENAR DAN AMATLAH BENAR.... DAN HAMBA MEM'BENAR'KANNYA...

nizran nadzar said...

terima kasih semua.. semoga kita sama-sama membantu mengurangkan gejala ini dari terus berlaku

Post a Comment