31 March 2011

Warkah utk Bos-Bos Besar

huh.. adakah mungkin entry sebegini akan membuatkan status kerani sambilan aku bertukar menjadi kepada status tidak bekerja????

takpe lah, menyuarakan pendapat dan pandangan adalah freedom of speech..
( ye lah tu.. lepas ni kene aim )..

well... ada satu yang timbul di fikiran ini selepas berbual dengan seorang usahawan berjaya dan usahawan yang pada aku layak dijadikan contoh dalam dunia perniagaan bumiputera di Malaysia ni. Apabila usahawan ini ditawarkan dengan kemudahan oleh sat agensi kewangan semi gomen dan sebuah agensi gomen, beliau menolak. Alasan dia adalah akibat daripada proses dan prosedur yang menyusahkan yang datangnya dari agensi yang berkaitan.. hmmmm.... menarik, bagus kalau dicambahkan isu nie. bagus kalau kita melihat dari sudut yang berbeza.. maka timbullah idea untuk mengarang entri yang bakal membuatkan aku di black list / di aim nie, atau membuatkan aku kekal menjadi seorang budak berstatus sambilan sampai tua.. hahahahahahahah....

Ok, situasi nya begini...

Situasi A.

1. MARA sebelum nie sangat mudah memberikan pinjaman atau kemudahan kepada rakyat bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan dan pendidikan dimana-mana pun.

2. Orang melayu itu majoritinya memang satu bangsa yang amat liat membayar hutang dan menganggap hutangnya dengan MARA adalah satu hak milik mereka semulajadi / hak milik kekal mereka , maka mereka memang akan menggunakan duit pinjaman tersebut utk membeli kereta besar dan, renovate rumah supaya nampak kaya dan mewah.

3. Akibat dari kurangnya jumpah kutipan apabila dinisbahkan dengan jumlah pinjaman diberikan, maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan menjadi maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan mendapatkan pusingan untuk diberikan kepada pemohon yang baru. Baik pelajar mahupun usahawan.

4. Akibat kurangnya jumlah dana itu , samada MARA berpendapat perlu diberikan tekanan kepada peminjam / atau memilih peminjam yang lebih terjamin akan membayar balik hutang mereka / dengan cara mengadakan temuduga kepada bakal peminjam / mengadakan ujian psikologi atau yang terkini ujian psikometrik serta memastikan pemohon ada penjamin walaupun utk memohon pinjaman yang rendah tak lupa juga banyaknya benda alah yang nak diisi dengan kursus yang perlu dihadiri.

Situasi B.

1. Pemohon baik pelajar mahupun usahawan merasakan wujudnya satu prosedur leceh yang menyukarkan dan membuang banyak masa mereka untuk memohon sebarang kemudahan dari MARA.

2. Pemohon merasakan adalah lebih baik mengumpul suit sendiri utk upgrade business / atau pinjam daripada bank komersial akibat daripada kemudahan menguruskan permohonan.

Situasi C.

1. Pegawai besar-besar merasakan usahawan yang tidak memohon dengan MARA lah yang rugi....

2. Usahawan merasakan mereka takpa rugi sikit, asalkan tidak leceh, tidak membuang masa dan lelain...

SITUASI D.

Masyarakat keseluruhan, usahawan dan MARA juga rugi..... sebab???

1. Dunia perniagaan adalah dunia yang pantas berkembang, akibat daripada proses permohonan leceh yang memakan masa, maka pemohon option kepada swasta yang lebih mudah dan tidak leceh.

Atau... pemohon terus menyertai proses yang leceh dan membazirkan masa dan bersedia utk mengambil risiko akan pintas oleh pesaing sedia ada.

2. Memohon di bank komersil akan dikenakan interest yang lebih tinggi, Namunbegitu, akibat proses permohonan yang mudah, tidak melecehkan dan cepat, membuatkan usahawan bakal dibebankan dengan membayar bunga yang tinggi dan akan mengurangkan peluang untuk usahawan menikmati economy of scale / ekonomi bidangan.

3. Usahawan mengambil keputusan untuk mengumpul dana sendiri dan membuat penambahbaikan sedikit demi sedikit tanpa perlu bergantung dengan sesiapa. Walaupun mengambil masa yang lama, tetapi ianya lebih tidak membebankan, tidak merungsingkan dan lain-lain.

dari point-point yang diatas maka saya merasakan boleh dicambahkan dan dilihat dari perspektif yang lain atau dari sudut yang lain. Dan saya juga memberikan point atas dasar pendapat sendiri, DAN MENEPIKAN hujah-hujah keagamaan seperti, kalau kedai besar tak semayang pun tak guna, atau kalo nak lingkup, lingkup jugak etc...

Pernah sebelum ini saya memberikan pendapat peribadi saya kepada beberapa pegawai besar disini dan pegawai pangkat datuk kat HQ.. ( no wonder masih sambilan ) akan ketidakbagusan sistem penyimpanan data usahawan yang diguna pakai oleh MARA. sistem data guna file dan, kad ledger, etc.. mmg membuatkan kita tidak peka akan perkembangan terkini teknologi database dan lelain.

Saya bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut bahawa Perlu diletakkan kelonggaran terhadap usahawan yang memohon kemudahan yang mempunyai sejarah perniagaan yang baik. Sebagai contoh, Usahawan yang ada bank statement yang bagus, profile yang bagus, sudah ada kelonggaran yang boleh diberikan kepada pemohon sebegini.

Lepas ni, saya nak promosikan balik kepada pegawai-pegawai saya akan keperluan menggunakan sistem database yang lebih terkini, dan mudah, yang berupaya menyimpan rekod usahawan dengan mudah. Usahawan cuma perlu buat update sendiri, pegawai boleh up menggunakan data sedia ada dalam simpanan lama, bagi memudahkan permohonan baru dari mana-mana usahawan yang pernah membuat urusan dengan MARA sendiri...

Perlu saya ingatkan juga sebagai sebuah agensi yang membantu usahawan bumiputera terutama nya yang kecil, perlu dilihat akan realiti e-dagang zaman kini. kita galakkan orang berniaga, tidak semestinya peniaga itu perlu kedai zaman sekarang ni, pengumpulan set harta komersial tu memang bagus la tu, tetapi dengan dunia sekarang ni, kita perhatikan hanya usahawan yang dah jadi jutawan je boleh beli kedai.. hanya pegawai je yang boleh beli rumah teres, setakat umah 3 bilik , 2 bilik air besar jamban beruk pun dah 150, 000 dah harga sekarang ni.. kene merompak dan main nombor ekor dulu la kalo nak beli umah.. hahahahaha.. Oleh yang demikian, penggalakan bentuk macamana??? sila belek internet dan perhatikan betapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan didalam internet.. perhatikan juga mereka buat kebanyakannya secara separuh masa.. kenapa??? mudah... aje... kalau nak upgrade kos nya tinggi, kos nye LECEH, LEMBAB, MEMBEBANKAn, tidak mesra pengguna dan pelbagai lagi..

Sekiranya datuk2 baca email ni dan tidak menjadikan ianya spam.. saya mohon maaf, dan bersedia untuk naik ke HQ untuk menerangkan dengan lebih detail kepada tuan-tuan sekiranya tuan sudi.. demi kebaikan MARA juga...
utk makluman pembaca, tanpa mengedit, saya akan menghantar tulisan ini terus kepada HQ, dan mengharapkan bahagian Pembangunan Usahawan akan alert terhadap pendapat ini, take it into consideration , try to improve ourselves. demi nama baik MARA, demi usahawan bumiputera.

p/s : kalo lepas ni kene buang kerje, atau tidak disambung perkhidmatan.. maka kene la start jual sependa dalam internet pulak.. hahahahahaha....


sekiranya ada pendapat untuk penambahbaikan, sila berikan utk dikongsi... 

29 March 2011

jurnal aku

Berlalu sudah majlis perkahwinan di Lalok.. dengan penuh berlagak nye senapeh je dia settelkan... Alhamdulillah, welcome to the club. Semoga dipermudahkan perjalanan kehidupan berkeluarga.

masa minggu ni, sempat jugak jumpa ngan orang tua, idola masa kecik2.. masa jumpa tu, berderau dalam hati, hiba dan sebak nengok muka orang tua yang kene stroke bebaru ni. hmmm, nak buat camana, alangkah baiknya, kalo aku sentiasa dapat cover kerja orang tua sorang ni. Tapi aku yakin ni ketentuan, dan memang takdirnya begitu. Lagipun  dia steady je, memang membanggakan aku, tapi aku takleh nak tahan sedih dan sebak tu, thats why, aku tak lepak ngan orang tua sangat masa majlis Lalok ni, aku lepak je dekat area membasuh pinggan dan membasuh pinggan, lepak ngan adik-adik.. rindu diorang.

Then bebaru nie ibunya Nurul perasan dekat muka Nurul ada satu macam bengkak kat tepi belah kiri hidung dia, bila tekan macam ada binjut dalam tu... Aiseh,,, kenapa la anak kesayangan abah ni.. kene g bawak checkup ni.

harap dapat cari masa lapang dalam minggu ni dan bawak Nurul g check up... tapi duit pun takdo... nak buat camana... hutang Bond pun dan galak kali tertunggak, takkan nak susahkan dia lagi... hish...

bebaru ni masuk le 2 org jepun kek umah sewa kek PD, haram, memang macam semua Jepun agaknya, memang teliti, habih semua di komplen eh... sampai kami terpaksa cari satu unit aircond utk ganti yang dalam bilik tu. hmmm, semoga satu perlaburan yang berbaloi...

lampu2 yang tak menyala dah diganti... nie semua buat semalam.. harap semua ok... duit celcom broadband dah genap 2 bulan tak bebayar.. camana nak buat nie ntah... camana pulak nak ke Chemerong bulan ni? larat tak larat maleh nak pikir dah.. tapi mana nak cari sen utk naik Chemerong... adui.. takkan nak bgtau mahaguru pailang, kensel lagi.. hmmm,,, entahlah... tengok la camana... tak bole nak salahkan diorang sebab yang sengkek adalah aku, bukan diorang....

entah bila la MARA nak serap aku jadi staff tetap ntah...  aku teringin betul nak mampu isi minyak kereta... aku teringin sangat nak mampu tukar tayar kereta... aku teringin sangat nak mampu repair tingkap kereta.. aku teringin sangat nak mampu tukar absorber ngan spring yg dah goye... aku teringin sangat nak atleast hantar g servis enjin tu.. tapi tu lah ... nak wat camana.. lom bole lagi... harap KEMBARA tu bertahan la hendaknya...

semoga segalanya berjalan lancar... ye Tuhan...

24 March 2011

Trudell (John Trudell )

Baru lepas layan dokumenteri Trudell.

pasal sorang mamat ni yang berketurunan Indian american.. yang kita selalu dengar red indian tu la..  mamat trudell ni seorang aktivis indian yang memperjuangkan hak-hak rakyat Indian di Amerika yang mana kerajaan amerika telah melanggar perjanjian diorang.. Yang gempaknya, diorang nie siap pergi jajah pulau alcatraz tu.. nak buat kepulauan indian american.. free... merdeka.. then diorang try takeover perkampungan dan bermacam lagi la.. mmg gampang lak aku nengok cara kerajaan amerika layan puak asal penduduk indian ni, sampai aku terpikir, kalo indian amerika sampai diberi duit minyak utk diorang keluar dari DC, apasal imigrant lain pulak yang dibela?? konpius..
Lepas tu kita leh tengok camana kerjaan antar FBI utk kepung town tu, berapa ramai yang mati, sampai digelar reign of terror... siot betul...  tengok juga macamana kerajaan memanipulasikan media dan bermacam lagi.. cheh... golongan pemerintah zionis memang tak kira siapa, sesuai dengan protokol zionis bahawa semua orang kecuali bangsa yahudi adalah binatang dan halal dibunuh.
Kita akan tengok apa jadi pada ahli keluarga trudell lepas dia g bakar bendera U.S ... hmmm... aku sedih juga, tapi teringat pasal Palestin, mm.. kira ok lagi la apo korang kene..

antara yang menariknya kalau kita tengok dokumentari pasal mamat ni adalah macamana cara dia fikir, dia influence orang sampai ke artis hollywood pun ada yang admire dia nie.  mamat ni juga selain seorang public speaker, dia pun artis, penyair dan penyajak dan ada album gg.. tour konsert kat banyak tempat.. ... banyak album dia...


yang buat menarik nie antara yang lain adalah...

membuatkan aku tepikir pasal dokumentari2 Palestin...  hah? nak makan Mc D?? Guna produk Sara Lee?? jommm...


23 March 2011

mentally down

hari nie mentally down.. spiritually down.. motivation down..

semalam lap top kong, well.. ramai yang kata vista bongok, tapi nak buat camana, masa beli dulu mmg da ada preinstall dengan vista. tapi takpe la..

hari nie. mood takde... bukan pasal lap top je, siap tetinggal HP lagi. hampeh betul lah..

ditambah lagi dengan tahap frust dengan pegawai atasan kat sini. Apa la masalah diorang ni. Aku sentiasa buat yang terbaik setiap kali diberikan task. or atleast cuba buat yang terbaik. Aku teringat bila sampai kene overnight kat opis sampai kul 3 pagi.. alih2 ada pegawai mengaku dia yang lepak kat sini sampai kul 3 pagi..   siap dia tiawnye ngatakan aku takde kat sini.. ahahahaha....

aku heran kemana tahap motivasi para pegawai aku yang budiman dan kuat kipas. aku heran betul,

aku ingat lagi, sebab printer kat sini macam haram, aku beli printer sendiri , bawak ke opis, pakai reramai..

aku teringat bila di amanahkan aku jadi photographer takde tauliah, melilau aku carik ilmu fotografi ni.. belajat nak setting itu ini kat DSLR ni, belajar itu dan ini.. alih-alih, bila servis, tak nak, tangguh.. dah rosak.. senyap je... aku heran betul...

Bila assign aku buat buletin Agensi ni, gilo kau, aku nie kerani sambilan, ada SPM je... penah belajar akaun n marketing lingkup... atas dasar berpegang kepada kata-kata manis masa mula kerja dulu untuk sentiasa buat yang terbaik..  aku belajar sendiri guna adobe illustrator ngan photoshop. bila aku rasa maca aku dah ok ngan software ni... HARAM... senyap je balik... senyap je... tak jadi pun nak buat buletin tu...

bila aku propose nak buat buletin iklan mau celen city explorer, suruh aku gerak sendiri.... bila dah berjaya, baru kita akan buat launching katanya... haram... yg nie aku blame usahawan la.. gila murah aku buat satu page RM800.. muka depan lak tu.. muka dalam RM60 satu petak 4" x 3" pun diorang kata mahal... patut la iklan dalam cit eksplorer nie kapir je yang buat.

then, suruh aku buat blog... sebab hati aku dah pahit ngan semangat TAHI AYAM para pegawai berpendidikan tinggi, yang mempunyai kekayaan abadi dan kursus kecemerlangan yang bertimbun.. aku dah maleh dah... aku dah buat blog, aku dah buat multiply, aku diap iklankan ruang sewa dalam mudah,, dah berapa kali renew ntah iklan tu... haraammm... aku jaga je la, kalo ada yang kontek. nak suruh update,, aku cuma update bila ada iklan kursus je.. hati aku da paneh..

Then, alih-alih, aku kene campak ke BIZCOM ni, well, aku tak kesah, cabaran baru untuk aku... suruh jaga BIZCOM , nak buat one stop center konon, nak buat macam CC konon... hmmmm... bila aku tanya kenapa tak bgtau agensi lain, supaya salur maklumat ke sini, semua bertangguh! bila meeting, tak up pun pasal tempat ni. jawapan dia simple.. nak tengok sambutan dulu.. nak tengok sambutan apenye, orang tak tau tompek nie wujud, takkan aku nak guna duit aku buat banner ngan bunting pulak. Aku dah repairkan 3 PC kat sini, siap top up ngan external sound card lagi. aku tak mampu la nak buat banner utk tempat ni, nak iklan kat tepi jalan.. aku bukan ada umah beli cash ke.. kete buruk tu pun dah berapa bulan tak servis dah.. buta mata je tengok millage tu. rosak sini sana. nak repair tak mampu. bagi anak kandung makan maggie.

pedih dan berdesing gak telinga aku tadi.. adui.. then lantaklah... aku rasa semangat aku drop hari ni, notebook da masuk kedai, tu tak tau mana nak korek duit nak bayar tu nanti tu.. babi betul la.

sejak aku duduk kat Bizcom ni, aku da start jaga balik blog department aku ngan direktori usahawan aku ni. aku harap Allah berkati usaha aku nie, n semangat aku naik balik.. supaya aku tetap jaga maintenance tempat ni.. sok kalo nak tutup sangat sok... ( well i already expecting that as it is their standard of motivation in doing things around here... read all the above... ) nak serah kat department lain, be my guest, tapi apo aku takkan pedulik naseb PC2 ni, kalo nak rosak ke apa. sound card aku amek balik la. PCumah aku nye tu.

Teringat sorang immediate officer aku penah pesan, supaya jangan show off skill sangat masa kat sini, nanti orang akan keep on assigning you dengan maca2 task dan job sampingan.. The truth is, aku tak kesah, sebab ni peluang aku korek ilmu, apa saja task yg aku dapat, aku akan buat sehabis baik.. maybe dah tertanam dalam hati sebab aku nie pengakap takde persatuan. aku heran kenapa orang yg bercakap berdentam dentum utk meningkatkan kualiti usahawan kat luar macam takde feeling je bila masuk opis...

aku heran bila aku tengok sekeliling people arent doing enough sebab merasa malas, merasa terbeban sebab "tak masyuk" , aku heran bila orang yang sembang pasal think outside the box, create a new box.. ARE JUST SAYING FROM WITHIN HIS OWN BOX AND NEVER ABLE TO GET OUT FROM IT...

aku frust... tapi aku takkan tumbang, aku rasa hanep simpang je yang boleh buat aku goyang dalam seremban ni.setakat aki tiger, sampah2 kaki bebel leh g jahanam la. tarak buat aku goyang de. melalut pulak...
aku cuma akan tetap dengan pendirian aku, buat sehabis baik dekat mana diorang letak aku.. buat sehabis baik dengan job yang diorang bagi aku.. dan feel proud and stand tall while walking.

21 March 2011

Tanggungjawab Pihak Penganjur sesuatu Ekspo Vs Tanggungjawab Peserta.

Tanggungjawab Pihak Penganjur sesuatu Ekspo Vs Tanggungjawab Peserta.

MUKADIMAH

P/S Daripada beberapa kajian persenidirian terhadap topik berikut, didapati tiada topik berkenaan yang dibincangkan oleh masyarakat kita secara didokumenkan dan dipaparkan didalam talian. Oleh yang demikian, saya terpaksa melayari maklumat-maklumat dari sumber luar dari Malaysia sebagai bahan bacaan saya.

Penganjuran sesuatu ekspo bukanlah suatu perkara yang mudah dan memerlukan pelbagai perancangan dan perlaksanaan yang teliti memandangkan tanggungjawab yang besar dipikul dibahu pihak penganjuran. Dalam konteks Agensi kerajaan, apabila sesuatu ekspo atau carnival atau apapun yang seangkatan dengannya ingin dilaksanakan, pihak ‘event manager’ akan dilantik bagi menguruskan Ekspo tersebut. Ini bermakna Pihak Event Manager adalah juga sebagai Event Coordinator bagi sesuatu ekspo itu. Dengan erti kata lain, apabila agensi tersebut ingin menganjurkan sesuatu ekspo, maka agensi tersebut adalah pihak penganjur manakala event manager tersebut adalah Event Coordinator.

19 March 2011

Blogger Vs Facebook vs Multiply

ape kejadahnya aku up pasal facebook lawan multiply lak ni.. mmm, banyak reasonnya, bukan pasal facebook dan multiply aje, sebab hasil research aku dapati di Malaysia, orang selalunya tak menggunakan social network yang sesuai.
Nanti marah pulak para pendukung produk yahudi kat aku nie hahahaha... tapi sebenarnya aku bertujuan untuk menjangkaui semua ni, aku nak tau which one is better mengikut perspektif yang berbeza. Dari perspektif sosial, dari perspektif perniagaan, dari perspektif lokasi simpanan maklumat dan dan pelbagai lagi.
So, aku kene buat kajian dari masa ke semasa. Dan aku akan hanya tumpu kepada laman yang sesuai, sebab??? sebabnya adalah orang Malaysia macam biasa akan hanya menggunakan laman percuma yang 'mainstream'.. yang popular. Kalau diorang research, mmg berlambak laman2 sosial yang lebih nche kat luar, tapi nie semua gagal untuk digunakan .. sebabnya... katakan si Hassan guna laman selain yang popular di Malaysia, tapi yg lain tak guna, bakal pelanggan tak guna.. pun tak boleh juga, so.. dengan erti kata lain, kajian akan hanya dibuat melibatkan 3 yang aku rasakan berbaloi dan menunjukkan jurang kelainan yang ketara, iaitu RAJA sosial network iaitu facebook, Raja penulisan iaitu Blogger dan contender yang tak ternama langsung didunia iaitu multiply. Yang lelain macam high5, tagged, twitter, linkedin, myspace, friendster dan berpuluh lagi laman yang sesuai kat luar tu diketepikan sebab kalo buat perbandingan pun bukanya ada hasil pun...

so... macam nak mula... pada aku senang aje... dan aku tak katakan hasil kepada kajian aku nie akan membuatkan perubahan dimana-mana pun, sebabnya, macam biasa, orang Malaysia cuma suka yang popular, Walaupun yang popular tu tidak semestinya yang terbaik. Walaupun diorang tau, tapi diorang bukan akan buat pape pun.. sebab terikat, sebab ikut kawan, sebab tak commit, sebab yang lain tu tak berapa menggalakkan golongan peraih simpati dan golongan pengadu domba.

Well... lets say aku akan start satu-satu dari perspektif umum, iaitu apa bondo eh ketiga-tiga ni..

1. Blogspot.
Asalnya dulu bukan semua orang kaki blogger pun, tapi lepas dapat tau leh buat adsense, ramai la yang buat, sebab asalnya dahulu, manusia di Malaysia nie hanya berhubung melalui surat.. then upgrade ke semua orang ada telefon, handphone, semua orang bersms, berchatting melalui mirc, kampung etc.. then dah msn messenger, ada yahoo messenger.. aku rasa.. walopun blog da wujud waktu tu, tapi ramai lagi yang ikut.. masa tu aku pun tak suka blogging ni.

Aku tak gemar scrolling ke bawah beribu kali, masa tu takde function page break lagi, sapa pandai html code bole la, bagi seorang SPM macam aku nie lagi la.. Masa tu blogger mmg boring rupa dia, rupanya buruk, leceh kalo nak apa2 design dia, sikit nak main html. Jadi blogger ni lebih kepada mereka-mereka yang cuma suka menaipkan kisah hidup konon gempak mereka untuk jadi bacaan. Dengan lebih tepat sekali, sebagai satu diari atau jurnal peribadi. Well... aku lak tak berapa goma membebel dan menulis ni, nie, takde action, macam bebudak PUKIDA la,, membebel je, buatnye tidak.. hahahaha...

2. Facebook.
Datangnya terkemudian dari friendster dan myspace, tapi heran cepat naik, satu sebab dia popular, mana-mana pun ada budak bercerita bagaimana dunia para Wali dan Ambia menggunakan facebook (amerika). Walopun function teruk jauh lebih teruk dari myspace dan friendster, crowded macam gampang, interface buruk, function kurang, tapi dia tetap meletup.. sebab... well menteri2 pun pakai siot.. artis pujaan pakai,  bla bla  bla bla.. tapi satu yang bagusnya facebook nie adalah ianya tempat berborak, tempat meluahkan perasaan dan lelainnya. ianya satu laman chatbox gergasi yang setiap orang boleh datang, tinggalkan response, share response dan lelain.... PERLU saya ingatkan korang bahawa FB berupaya menjatuhkan negara2, pemimpin2 hebat dan lelain... kerana keupayaannya menyebarkan berita, ntah ye ntah tidak benarnya, merebakkan berita, sesapapun leh salin, multiply effect yang tinggi,

Tapi dia sangat popular bago golongan yang memerlukan perhatian,... yang kononnya sharing is caring.. when actually the one that macam caring sebenarnya dont give a fuck tapi sebab dah jadi contact buat-buat la macam amek berat ye tak...
Cuba bayangkan facebook dari mana, dari satu komuniti masyarakat yang banyak masalah mental, when anyone just dont give a 8*(&()* about anyone else. so, bebudak nie golongan mengadu domba, harapkan ada yang simpati, merasa JOBO atau rasa diri dihargai bila contact ramai, tapi tak pernah kenal contact mereka, tak tau siapa dia, kat mana dia, apa kejadahnya jadi contact in the first place pun...
Tapi sebab POPULAR, ramai artis pakai, dicang di media dan tempat lain, so kalo tak pakai tak moden la.. WALHAL, kita semua tau ramai buta ITyang pakai sebab diorang bukan reti guna html code pun, tapi sebab ada golongan "saya tak tau hari nie, besok pun macam tu, lusa pun macam tu... " maka... yelah... facebook aje la.... hahahahahaha.... malang la korang...

3. Multiply...
dah tu, aku berkawan dengan bebudak it nie dari pelbagai bidang dan konsep, adik beradik aku, kawan2 aku, kawan2 tak berapa pandai, kawan yang macam pandai, kawan bukan melayu, dan lelain, so thats why, aku selalu tengok sesuatu tu dari perspektif yang berbeza.
Bagi aku multiply adalah underdog , pilihan yagn terbaik, aku ada akaun FB masa memula FB keluar dulu, aku sentiasa up to date dengan social network, sebab bila seseorang dengar member bercerite pasal FB, aku tengah search pasal the best social network dan tengok review dari berpuluh site. Bila budak belajar nak bagi tau status memasing dekat wall dia , dengan harapan ada orang akan bersimpati dan memberikan kata-kata perangsang pada mereka, aku tengah belajar macamana nak samakan aku nye page dan gadget2 aku sama ngan bebudak dari luar negara... belajar html code dan lelain.. trial and error..

So, aku sentiasa memastikan diri aku berdaftar dan ada akaun dengan mana-mana social network yang aku penah dengar, terdengar, aku search dan aku research. Aku nilai sendiri ikut sedap tekak anjing aku dan aku nilaikan aku nak maintain yang mana. SO kalau setakat sapa baru nak pakai PC tahun 2000 plus-plus nie, simpan la sebab social network ni dah havoc tahun 90an lagi pada aku.

chewah... beria ia lak aku nie kan... da la tak mandi lagi ni... habih tu nak buat macamana, kata berblogging, aku bukan pedulikkan sapa nak baca atau tak.. aku tetiba start menaip, dan  idea tu tengah datang... maka layan aje la kan... sebab aku takut kepala aku semakin membesar dengan apa yang aku ada dalam kepada aku nie... nanti meleleh keluar ikut hidung... hahahahahahahah

to be continued............

Kronologi kehidupan Rabu - Jumaat 16 - 18 Mac 2011

Arakiannya pada hari Rabu 16hb telah berlaku lah satu hujan yang sangat lebatnya di kawasan Seremban, diiringi pula dengan angin yang sangat kuat!!! perghh... permulaan mukadimah gua mmg best..

ok, so, masa hujan turun tu masih dekat opis, tengah update blog seorang usahawan ni , turun la hujan lebat ni, habis sampai bilik curve kat PUSMA atap bocor, mencurah2 air turun, nie kalo tadah baldi pun takde hasil sebab mesti cepat penuhnya..
then, mak pun tipon, ngatakan bilik ateh air masuk, atap umah bocor la ni.. so, petang tu, abang masukkan sen, (sebab gua takde sen) dan beli zink utk cover atas genting kat atas atap tu.
bila dah buat semua tu, niwan anta balik uman, amek nurul dan macam biasa, balik umah, relax2, tido...

Khamis - pukul 3 pagi, sambil lelan-lelan tido tu, perasan Nurul da bangun, himpit, sambil panggil abah2, etc, tapi masa tu takde la rasa pape, agaknya sebab aku tak layan sangat, di kaco la ibunya, plak, tup tup ibunya perasan, badan Nurul panas.. aiseh, demam la gamaknya anak aku ni...

17 March 2011

Nurul Joget

nie baru amek dari Paksu nye si Nurul..  Ada ke di ajarnye anak aku nie joget lagu negro... kureng asem betul lah... hish... tapi kalo nurul baca ni satu hari sok...
JANGAN HARAP ABAH NAK BAGI KO JADI BUDAK MAINSTREAM!!!!! UWEK!!



well... korang leh tengok keletahnya anak perempuan kesayangan sorang ni...  penyejuk jiwa!!!!


16 March 2011

The Next Three Day




Pelakon Utama yang top : Russell Crowe...

Sinopsis..

kisah bermula dengan menunjukkan keluarga bahagia John Brennan (Russell), bini dia ngan anak jantan manja sorang. Happy family. Tetiba satu hari tu, bini rumah kene rush ngan polis atas tuduhan membunuh boss sendiri, motif ada, dia gaduh ngan boss dia, ada darah kat baju, ada cap jari kat murder weapon, ada saksi nampak dia tinggalkan murder scene..
Brennan yang semakin kecewa selepas gagal rayuan dan menang court masih tak putus asa yang bini dia tak bersalah..

Jalan cerite akan terus bertukar menjadi menarik sebab watak sibaik law abider dan good samaritan apabila dia start cari jalan utk bawak lari bini dia keluar dari penjara. Bukan la jalan cerite style orang baik tukar jadi jahat ni takde, tapi style jalan cerite nie, buat kita terikut macamana dia rancangkan teknik2 untuk larikan bini dia..
teknik perancangan yang lengkap dan menarik mmg selalu buat aku happy sebab ia tunjukkan satu proses pemikiran kreatif dan kepoweran sesuatu pengarah dan pembikin filem untuk memastikan pengkritik tak dapat cari apa2 flaw dalam cerita yang dibuat.
Kebetulan pulak aku memang suka cerite perah otak yang bole buat aku berfikir ligat, yang ada twisted ending.. aku tak suka cerite, A cinta B, Salah satu Family halang.. then happy ending.. atau cinta2 monyet gedik anjingsekurap. 
then macam biasa, last minit, perkara tidak berlaku seperti yang diharapkan. so wujudla suspense sikit.. sikit.. sampai la ending..
Walaupun cerite nie tak termasuk dalam list cerite yang aku akan tengok balik, tapi overall aku puas hati la ngan cerite nie.

P/S: masa ending , masa budak kastam check dalam PC muka2 penjenayah yang ditarget, keluar lak muka member aku nye guru underground.. gambar Nordin Mat Top kalo tak salah.. entah la.. aku rasa la.. malas nak ulang balik sebab remote media player Nurul dah suruk mana entah..

AKAN TENGOK BALIK KE TAK?? : Tak kot

14 March 2011

127 Hours

baru layan dvd ceriter nie semalam... mmg hampeh, tapi yer la mesti la ramai yang suka ceriter macam ni.... ada yang kata suspense wooo... walopun aku gagal untuk suspense... well.. bagi aku , kalo aku buat review.. kang macam bagos la pulak, dan pastinya berjuta orang akan buat review ikut pandangan memasing..

Bagi aku lak, aku suka nengok dan nilai sesuatu tu, dari perspektif yang berbeza.. maybe kengkawan nanti boleh backup..

apa pengajaran ceriter nie sebenarnya...


08 March 2011

Favourite Documentary

i am a documentary lover. I love books and watching documentary..
well... they say that embedding you tube videos in your blog can make it load slow heavy..
but, i just couldnt let this go you know what i mean?
i really hopes videos as good as this stays in the net forever.. i wish i can watch it again and again till im old...


KEBAIKAN KOPI

By Kerri-Ann Jennings, M.S., R.D., Associate Nutrition Editor at EatingWell Magazine


I really like coffee. The morning ritual of brewing a cup, the smell that perks me up before I take a sip and, of course, the flavor all make it my favorite beverage aside from water (water’s delicious!). As a registered dietitian and a nutrition editor for EatingWell Magazine, I know that coffee is fine in moderation. It has lots of antioxidants and is low in calories if you don’t load it up with cream and sugar. Nonetheless, I always feel slightly guilty about drinking it—you know, in a “it’s so good, it must be bad” kind of way.

Which is why I’m always delighted to hear of new reasons that coffee is good for your health...and there are plenty! Over 18,000 studies on coffee have been published in the past few decades, revealing these benefits, many of which Joyce Hendley wrote about in the March/April issue of EatingWell Magazine:


1. It protects your heart: Moderate coffee drinkers (1 to 3 cups/day) have lower rates of stroke than noncoffee drinkers, an effect linked to coffee’s antioxidants. Coffee has more antioxidants per serving than blueberries, making it the biggest source of antioxidants in American diets. All those antioxidants may help suppress the damaging effect of inflammation on arteries. Immediately after drinking it, coffee raises your blood pressure and heart rate, but over the long term, it actually may lower blood pressure as coffee’s antioxidants activate nitric oxide, widening blood vessels.

2. It diverts diabetes: Those antioxidants (chlorogenic acid and quinides, specifically) play another role: boosting your cells’ sensitivity to insulin, which helps regulate blood sugar. In fact, people who drink 4 or more cups of coffee each day may have a lower risk of developing type 2 diabetes, according to some studies. Other studies have shown that caffeine can blunt the insulin-sensitivity boost, so if you do drink several cups a day, try mixing in decaf occasionally.


3. Your liver loves it: OK, so the research here is limited, but it looks like the more coffee people drink, the lower their incidence of cirrhosis and other liver diseases. One analysis of nine studies found that every 2-cup increase in daily coffee intake reduced liver cancer risk by 43 percent. Again, it’s those antioxidants—chlorogenic and caffeic acids—and caffeine that might prevent liver inflammation and inhibit cancer cells.
4. It boosts your brain power: Drinking between 1 and 5 cups a day (admittedly a big range) may help reduce risk of dementia and Alzheimer’s disease, as well as Parkinson’s disease, studies suggest. Those antioxidants may ward off brain cell damage and help the neurotransmitters involved in cognitive function to work better.
5. It helps your headaches: And not just the withdrawal headaches caused by skipping your daily dose of caffeine! Studies show that 200 milligrams of caffeine—about the amount in 16 ounces of brewed coffee—provides relief from headaches, including migraines. Exactly how caffeine relieves headaches isn’t clear. But scientists do know that caffeine boosts the activity of brain cells, causing surrounding blood vessels to constrict. One theory is that this constriction helps to relieve the pressure that causes the pain, says Robert Shapiro, M.D., Ph.D., associate professor of neurology and director of the Headache Clinic at the University of Vermont Medical School.

Now, that’s not to say that coffee doesn’t have any pitfalls—it does. Some people are super-sensitive to caffeine and get jittery or anxious after drinking coffee; habitual coffee drinkers usually develop a tolerance to caffeine that eliminates this problem (but they then need the caffeine to be alert and ward off withdrawal headaches). Coffee can also disturb sleep, especially as people age. Cutting some of the caffeine and drinking it earlier in the day can curb this effect. Lastly, unfiltered coffee (like that made with a French press) can raise LDL cholesterol, so use a filter for heart health.

But if you like coffee and you can tolerate it well, enjoy it...without the guilt.

07 March 2011

Once a Bitch... Forever is a Bitch

hehehehe.... akibat entri nie, mungkin sahaja orang akan cop aku nie budak PAS, mampuih pi la nak kata apa pun. Aku tau satu aje... parti babi mana pun korang, korang tak betul, aku hantam ... aku tak setuju, aku terpaksa kata la aku tak setuju, kalau ada hujah yang kukuh, aku akan cuba sertakan sekali.

bebaru nie terbaca paper pasal ada satu minah ni menyamakan Nik Aziz dengan Ayah Pin dengan hujah-hujah ilmiah dari segi pemikirannya dan masyarakat yang sama waktu dengan dia.. kesian..

dunia internet nie kecil.. kalau kita buat sesuatu kenyataan tu, harap jangan la kita menggambarkan tindakan berlawanan dengan pendirian kita tu. Nanti digelakkan dek orang, malu kita, malu bapak kita. Ok, katakan la kita keluarkan kenyataan tu bila dah insaf, maka deletekan lah semua gegambar kita yang tak betul.. seperti mana kempen saya sebelum ni, iaitu, internet bukanlah medan untuk mendedahkan aurat. Dont be a bitch.

Lebih malang sekali apabila seekor bitch mengutuk seorang yang tinggi ilmu agamanya. Walopun aku tak beberapa setuju dengan orang tua ni, tetapi aku sendiri boleh merasakan perempuan ini main api bila baca artikel dia... sekali .. hambek engko... mampos...

tu diaaa. keluar artikel bertudung litup... (photoshop) agaknya...


06 March 2011

Blogwalking....

as-salaam... tadi dalam pukul 8:30malam pergi meeting ngan sedara-mara dekat umah si Lalok... meeting urusan Majlis persandingan..

25 mac... malam akad nikah...
26 Mac... umah pengantin perempuan..
27 Mac.. sanding di rumah lelaki...

Tugasan dah diberikan, cuma harap semuanya akan berjalan lancar.. aku akan jaga hal-hal khemah..

nanti kalo dah majlis nanti, harap2 ada kamera, leh amek2 gambar, dan updatekan.. kesian bg bebudak lainnya gambar takde..

hmmmm btw..... Zamani bertunang ngan Adik.. 3/3/2011... kat Taman Lily.. punya la lama taman ni kat senawang.. baru la ni pergi sana..




well.. kenapa tajuk entri nie blogwalking?

02 March 2011

Mengukur Berat Web dan Blog anda

saya rajin blogwalking, tapi saya tak rajin tinggalkan link, sebab tidaklah menjadi matlamat aku untuk mencari pengikut / pembaca setia / perhatian.. bukan sama sekali matlamat aku tu. Pasal eh, blog nie aku buat untuk aku ngan family aku baca balik...  nak simpan semua dalam pc, ada risiko eh.. so, aku gunakan pelbagai teknik online untuk simpan certain benda dalam internet ni.

Nak jadikan cerita, kengkadang tu bila berblogwalking ni, apa yang selalu berlaku adalah page yang dikunjungi memerlukan 3 kali kiamat untuk habis load. elok2 aku nak baca entry, aku pangkahkan aje..Maka, dengan erti kata lain, keberatan page to loading telah membuatkan aku terasa sedikit menyampah nak tunggu, dan macam biasala.. sedikit marah dengan internet Malaysia yang tahap lembab ni.Memangla berjuta yang akan kata, bayar sikit dapat sikit, tak guna lelaju dan macam-macam lagi komen orang agak bangang macam dalam
https://forum.lowyat.net/topic/1769378/+20 dan beberapa lagi blog dan forum.
kesian tengok hujah-hujah diorang ni. Tapi takpe lah... pokok nya senarai terkini ranking kita berada seperti berikut :


daripada sedikit contoh bangang di atas, kita dapat perhatikan bahawa kini Malaysia berada di ranking no 82. Satu peningkatan yang baik, berbanding tahun lepas rasanya.
Tapi kalau tuan2 masuk web diatas dan tekan expand full list tersebut, tuan-tuan akan terperanjat dengan negara-negara lain yang mempunyai kelajuan lebih tinggi dari kita.... contoh Singapore di nombor 14.. jangan terperanjat, thailand dan indon juga lebih pantas dari kita!!!
Kita kerap disogok dengan ayat-ayat perbandingan menteri-menteri bangang yang suka buat perbandingan dengan negara yang majoriti rakyatnya masih bersenggayut di ateh pokok. atau di negara2 jiran yang kadar kos kehidupan nya jauh lebih baik daripada kita...


Yang dekat atas nie pula pasal kos penggunaan internet yang dikenakan oleh provider2 di negara2 luar...  dont bother nak cari malaysia laa... nie negara yang kita hidup untuk bayar cukai dan hutang.. mana mungkin leh dapat murah....

Seperti mana kebencian aku pada kepada sistem sentiasa kene bayar untuk semuanya di Malaysia, tol dan lain-lain..  aku cuma nak ingatkan pihak pemerintah dan pembekal bahawa rakyat sekarang dah sedikit pandai, zaman dulu-dulu nak menipu bolehlah kat orang kampung yang hidup telan2 dengan ceramah dan suapan bodoh golongan pemerintah dan pembangkang bagi.. tapi kini zaman pembandingan. Setiap point yang diberi atau disuap, orang akan buat perbandingan....

sebagai contoh: PLUS kata nak naikkan tol sebab peningkatan kos.. tak sampai seminggu, keluar dalam paper, PLUS catat keuntungan berbilion ringgit dalam suku tahun pertama... laa. .. macam orang takleh suspek something.. sama gak dengan provider-provider internet kek Malaysia nie..

sambil menjobo-jobo menunjukkan keuntungan yang meningkat tinggi dan BERLUMBA-LUMBA nak anjurkan pesta maksiat, kan ke lebih baik, guna 2% percent daripada keuntungan tu, utk tingkatkan performance, tingkatkan servis.. ( the other 98% gunakanlah untuk pesta maksiat korang tu)...

well.... adakah ini sebenarnya topik yang nak disampaikan? tak... tu semua mukadimah je tu... ceritera sebenarnya adalah pasal page lambat loading dalam blog dan web...

just nak bagitau setiap kawan2 dan usahawan2 yang berniaga melalui blog, sila timbangkan beberapa perkara berikut ..

.1 web yang berat akan membuat page loading lebih lambat dan ini akan membuatkan pelanggan / bakal pelanggan, pengunjung , pembaca terasa annoyed dan blah begitu sahaja daripada blog anda. Walaupun sebenarnya usaha anda adalah untuk memastikan blog anda lebih cantik dan kemas, penuh dengan grafik2 gempak dan lelainnya. Berbeza dengan orang-orang bangang yang mengatakan kita tak perlukan internet yang laju, sebenarnya masih terdapat pengguna di Malaysia, yang bayar mahal untuk speed yang gila rendahnya.. opsss... nanti ada yang kata kita lebih laju dari negara (... sila isi sendiri..... )..  tuan2 cuba check, negara yang baru lepas perang pun ada lagi laju dari kita, dan lebih murah..

oleh yang demikian, saya menggalakkan korang buat test sendiri gunakan yang dibawah ini dan membuat perbandingan sendiri...

sekiranya berat lebih, tuan2 cuba kenalpasti siapa sebenarnya target audience tuan-tuan, kemudian sesuaikan dengan kapasiti blog tuan2. 100kb kebawah adalah terbaik lajunya... sila check sendiri, masukkan address blog tuan dibawah dan check...






Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)







(eg. iwebtool.com)





Powered by iWEBTOOL

kalau result dia dah keluar, korang kene la highlightkan result di atas, sebab background gua warna hitam... takpun korang masuk je berpuluh laman yang boleh mengukur benda ni, macam aku, aku guna www.iwebtool.com

lepas tu.. kalau k0rang rasa korangnya blog macam berat, korang kene la usahakan untuk meringankan blog korang tu.. bukan apa, blog meriah tak tentu arah macam paria pun tak guna, buat sakit mata je..

cara-cara untuk mengurangkan beban blog korang adalah seperti berikut...

1. BUANG WIDGET yang tak berguna tu... contoh, macam kaunter pengunjung, widget jam, widget Iklan-iklan yang ntah hapa-hapa, widget gambar bergerak dan lelain, cuma guna widget yang benar2 penting sahaja... try buang satu, dan try balik ujikaji seperti diatas, dan lihat kembali, berpa dah turun...

2. jangan usik sangat html kod yang ada tu.. menambah-nambah yang pelik2 juga boleh membuatkan blog menjadi berat...

3. check teknik meringankan blog dari blogger, kalo tak salah dia suruh susun yang berat2 belah bawah sikit...

4. guna lazy load macam saya guna, sebab saya ada gambar2 yang banyak gak, so, bila banyak gambar, dia load lagi lembab, lazy load macam loadkan gambar ikut priority kita tengah tengok mana..

5. kurangkan upload gambar bersaiz besar.. ini akan membuatkan ianya menjadi lambat untuk diupload...

6. banyak lagi cara.. cari sendiri... (aku tak reti)

Bagaimana Berblogging membantu perniagaan anda

Ramai berpendapat bahawa hanya peniaga kecil atau sederhana yang melakukan perniagaan secara sambilan (part time) sahaja yang perlu menggunakan blog sebagai satu medium untuk memasarkan produk mereka. Pendapat ini adalah salah. Logiknya, awam berpendapat syarikat yang besar hanya perlukan sebuah laman web dan ini memadai. Hakikatnya, apa sahaja bidang, atau saiz perniagaan anda, anda tetap memerlukan blog.
Sebegitu penting berblog pada masakini sehinggakan syarikat-syarikat besar menggalakkan pekerja mereka berblog. Kenapakah sampai sebegitu sekali? Apakah alasannya sampai sebegitu penting berblogging?
jeng jeng jeng.....

01 March 2011

Perpustakaan Desa Gagal?

daripada laman web sahabat online multiply iaitu



Sumber: Utusan Malaysia Online

LAPORAN KHAS


MENDEPANI senario perkembangan semasa, pembinaan masyarakat berilmu (k-society) amat penting bagi negara menangani pelbagai cabaran globalisasi dan liberalisasi sejagat.Ia berkait rapat dengan langkah membangunkan modal insan berpengetahuan dan kepakaran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu.
Masyarakat berilmu mengikut perspektif Malaysia hendaklah mempunyai dinamika global yang berteraskan jati diri bangsa.