02 March 2011

Mengukur Berat Web dan Blog anda

saya rajin blogwalking, tapi saya tak rajin tinggalkan link, sebab tidaklah menjadi matlamat aku untuk mencari pengikut / pembaca setia / perhatian.. bukan sama sekali matlamat aku tu. Pasal eh, blog nie aku buat untuk aku ngan family aku baca balik...  nak simpan semua dalam pc, ada risiko eh.. so, aku gunakan pelbagai teknik online untuk simpan certain benda dalam internet ni.

Nak jadikan cerita, kengkadang tu bila berblogwalking ni, apa yang selalu berlaku adalah page yang dikunjungi memerlukan 3 kali kiamat untuk habis load. elok2 aku nak baca entry, aku pangkahkan aje..Maka, dengan erti kata lain, keberatan page to loading telah membuatkan aku terasa sedikit menyampah nak tunggu, dan macam biasala.. sedikit marah dengan internet Malaysia yang tahap lembab ni.Memangla berjuta yang akan kata, bayar sikit dapat sikit, tak guna lelaju dan macam-macam lagi komen orang agak bangang macam dalam
https://forum.lowyat.net/topic/1769378/+20 dan beberapa lagi blog dan forum.
kesian tengok hujah-hujah diorang ni. Tapi takpe lah... pokok nya senarai terkini ranking kita berada seperti berikut :


daripada sedikit contoh bangang di atas, kita dapat perhatikan bahawa kini Malaysia berada di ranking no 82. Satu peningkatan yang baik, berbanding tahun lepas rasanya.
Tapi kalau tuan2 masuk web diatas dan tekan expand full list tersebut, tuan-tuan akan terperanjat dengan negara-negara lain yang mempunyai kelajuan lebih tinggi dari kita.... contoh Singapore di nombor 14.. jangan terperanjat, thailand dan indon juga lebih pantas dari kita!!!
Kita kerap disogok dengan ayat-ayat perbandingan menteri-menteri bangang yang suka buat perbandingan dengan negara yang majoriti rakyatnya masih bersenggayut di ateh pokok. atau di negara2 jiran yang kadar kos kehidupan nya jauh lebih baik daripada kita...


Yang dekat atas nie pula pasal kos penggunaan internet yang dikenakan oleh provider2 di negara2 luar...  dont bother nak cari malaysia laa... nie negara yang kita hidup untuk bayar cukai dan hutang.. mana mungkin leh dapat murah....

Seperti mana kebencian aku pada kepada sistem sentiasa kene bayar untuk semuanya di Malaysia, tol dan lain-lain..  aku cuma nak ingatkan pihak pemerintah dan pembekal bahawa rakyat sekarang dah sedikit pandai, zaman dulu-dulu nak menipu bolehlah kat orang kampung yang hidup telan2 dengan ceramah dan suapan bodoh golongan pemerintah dan pembangkang bagi.. tapi kini zaman pembandingan. Setiap point yang diberi atau disuap, orang akan buat perbandingan....

sebagai contoh: PLUS kata nak naikkan tol sebab peningkatan kos.. tak sampai seminggu, keluar dalam paper, PLUS catat keuntungan berbilion ringgit dalam suku tahun pertama... laa. .. macam orang takleh suspek something.. sama gak dengan provider-provider internet kek Malaysia nie..

sambil menjobo-jobo menunjukkan keuntungan yang meningkat tinggi dan BERLUMBA-LUMBA nak anjurkan pesta maksiat, kan ke lebih baik, guna 2% percent daripada keuntungan tu, utk tingkatkan performance, tingkatkan servis.. ( the other 98% gunakanlah untuk pesta maksiat korang tu)...

well.... adakah ini sebenarnya topik yang nak disampaikan? tak... tu semua mukadimah je tu... ceritera sebenarnya adalah pasal page lambat loading dalam blog dan web...

just nak bagitau setiap kawan2 dan usahawan2 yang berniaga melalui blog, sila timbangkan beberapa perkara berikut ..

.1 web yang berat akan membuat page loading lebih lambat dan ini akan membuatkan pelanggan / bakal pelanggan, pengunjung , pembaca terasa annoyed dan blah begitu sahaja daripada blog anda. Walaupun sebenarnya usaha anda adalah untuk memastikan blog anda lebih cantik dan kemas, penuh dengan grafik2 gempak dan lelainnya. Berbeza dengan orang-orang bangang yang mengatakan kita tak perlukan internet yang laju, sebenarnya masih terdapat pengguna di Malaysia, yang bayar mahal untuk speed yang gila rendahnya.. opsss... nanti ada yang kata kita lebih laju dari negara (... sila isi sendiri..... )..  tuan2 cuba check, negara yang baru lepas perang pun ada lagi laju dari kita, dan lebih murah..

oleh yang demikian, saya menggalakkan korang buat test sendiri gunakan yang dibawah ini dan membuat perbandingan sendiri...

sekiranya berat lebih, tuan2 cuba kenalpasti siapa sebenarnya target audience tuan-tuan, kemudian sesuaikan dengan kapasiti blog tuan2. 100kb kebawah adalah terbaik lajunya... sila check sendiri, masukkan address blog tuan dibawah dan check...






Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)







(eg. iwebtool.com)





Powered by iWEBTOOL

kalau result dia dah keluar, korang kene la highlightkan result di atas, sebab background gua warna hitam... takpun korang masuk je berpuluh laman yang boleh mengukur benda ni, macam aku, aku guna www.iwebtool.com

lepas tu.. kalau k0rang rasa korangnya blog macam berat, korang kene la usahakan untuk meringankan blog korang tu.. bukan apa, blog meriah tak tentu arah macam paria pun tak guna, buat sakit mata je..

cara-cara untuk mengurangkan beban blog korang adalah seperti berikut...

1. BUANG WIDGET yang tak berguna tu... contoh, macam kaunter pengunjung, widget jam, widget Iklan-iklan yang ntah hapa-hapa, widget gambar bergerak dan lelain, cuma guna widget yang benar2 penting sahaja... try buang satu, dan try balik ujikaji seperti diatas, dan lihat kembali, berpa dah turun...

2. jangan usik sangat html kod yang ada tu.. menambah-nambah yang pelik2 juga boleh membuatkan blog menjadi berat...

3. check teknik meringankan blog dari blogger, kalo tak salah dia suruh susun yang berat2 belah bawah sikit...

4. guna lazy load macam saya guna, sebab saya ada gambar2 yang banyak gak, so, bila banyak gambar, dia load lagi lembab, lazy load macam loadkan gambar ikut priority kita tengah tengok mana..

5. kurangkan upload gambar bersaiz besar.. ini akan membuatkan ianya menjadi lambat untuk diupload...

6. banyak lagi cara.. cari sendiri... (aku tak reti)