01 March 2011

Perpustakaan Desa Gagal?

daripada laman web sahabat online multiply iaitu



Sumber: Utusan Malaysia Online

LAPORAN KHAS


MENDEPANI senario perkembangan semasa, pembinaan masyarakat berilmu (k-society) amat penting bagi negara menangani pelbagai cabaran globalisasi dan liberalisasi sejagat.Ia berkait rapat dengan langkah membangunkan modal insan berpengetahuan dan kepakaran tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu.
Masyarakat berilmu mengikut perspektif Malaysia hendaklah mempunyai dinamika global yang berteraskan jati diri bangsa.

Malangnya, sambutan masyarakat terhadap usaha-usaha ini amat kurang sedangkan perjalanan ke arah tahun 2020 semakin hampir.
Dalam hubungan ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) antara pihak yang berperanan penting menerapkan budaya membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.
Malang sekali lagi apabila langkah iaitu mewujudkan perpustakaan desa sebagai usaha drastik ‘mendekatkan buku dan masyarakat kampung’ dilihat hanya ‘sekadar ada’ sahaja.
Laporan khas oleh wartawan, SITI MARIAM MD. ZAIN dan jurugambar, HAFIZH KHOSMAT menyingkap faktor kegagalan ini.
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Usaha Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memperkenalkan perkhidmatan pinjaman buku dari pintu ke pintu bagi meningkatkan budaya membaca di kalangan masyarakat desa tidak mencapai matlamat yang diharapkan.
Siasatan Utusan Malaysia mendapati, daripada 1,089 perpustakaan desa yang beroperasi di seluruh negara, tidak sampai 10 peratus mencapai matlamat yang disasarkan menerusi kempen diperkenalkan tersebut.
Sedangkan peruntukan untuk membina 475 perpustakaan desa sejak 2005 melebihi RM150 juta, itu belum termasuk kos gaji kakitangan iaitu hampir RM24 juta setahun.
Bakinya iaitu 614 perpustakaan desa lagi sebelum itu diletakkan di bawah peruntukan dan kendalian kerajaan negeri masing-masing.
Lebih menghampakan apabila purata nisbah pinjaman buku oleh kira-kira 1.3 juta ahlinya hanya 1:4 setahun berbanding nisbah bacaan buku kebangsaan yang dikeluarkan iaitu 1:8 hingga 12 buku setahun.
Dibandingkan dengan nisbah-nisbah tersebut, Malaysia sebenarnya masih jauh ketinggalan untuk mencapai tahap bacaan rakyat di negara-negara maju seperti ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) iaitu 1:20 buah buku setahun.
Melihat perkembangan terbaru ini, Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar adalah antara individu yang paling kecewa.
“Kita melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan aktiviti melibatkan masyarakat setempat untuk menarik minat mereka mendekati perpustakaan desa.
“Malangnya langkah ini belum lagi memberi kesan yang dikehendaki,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Malah beliau kesal langkah menerapkan budaya membaca terutama di kalangan masyarakat luar bandar menerusi kempen dari pintu ke pintu yang diuar-uarkan sebelum ini belum menampakkan kesan terbaik.
“Dalam Konvensyen Perpustakaan Desa di Johor Bahru pada 2009, kita telah menggariskan beberapa resolusi ke arah melahirkan masyarakat membaca termasuk perkhidmatan dari pintu ke pintu. Namun hingga kini matlamat yang kita sasar masih belum dicapai sepenuhnya,” kata beliau.
Antara faktor mengekang pencapaian tersebut ialah pegawai perpustakaan gagal melaksanakan peranan mereka dengan baik.
“Ada beberapa perkara yang sering ditimbulkan apabila membangkitkan isu kegagalan menjayakan perkhidmatan pintu ke pintu.
“Ini termasuklah soal kedudukan pegawai perpustakaan sebagai kakitangan kontrak, aspek keselamatan ketika menjalankan tugas dan elaun pengangkutan.
“Semua isu ini sedang kita perhalusi dan perbincangan juga sedang dijalankan bagi mengatasi segala kekangan yang berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, di sebalik kegagalan matlamat sebahagian besar perpustakaan desa tersebut, tidak dinafikan masih ada yang berjaya.
“Bukan semua perpustakaan desa gagal, ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang hasil komitmen pegawai dan kakitangannya. Sikap seperti ini yang seharusnya dijadikan contoh oleh mereka,” katanya.


Saya kira antara lain yang perlu dibincangkan diperingkat kementerian adalah penyerapan Pegawai Kontrak yang berkualiti didalam menerajui satu-satu Perpustakaan desa tersebut. Perlu diingat, status Kontrak dan status sambilan didalam pentadbiran kerajaan adalah satu sumber yang menyah / merendahkan motovasi seseorang kakitangan tersebut akibat daripada keperitan dan ketidaktentuan hidup di negara Malaysia yang mempunyai kos kehidupan yang tinggi ini.
Saya juga berharap, pegawai-pegawai yang bermotivasi dan benar-benar ikhlas untuk meningkatkan tahap kesedaran kepentingan membaca di desa yang diberikan amanah tersebut. Pegawai yang mempunyai kriteria ini, tentunya akan mempunyai semangat untuk membuat lebih dari yang sepatutnya untuk meningkatkan jumlah kunjungan ke perpustakaan desa.
Pihak kementerian yang terlibat juga perlu menambahkan kemudahan lain seperti komputer berinternet, printer, mesin fotostat, faks yang boleh digunakan oleh orang ramai yang membantu meningkatkan keselesaan pengunjung ke perpustakaan desa ini..


Itu kalau cerita dengan sopan santun la kan... Namunbegitu, itulah hakikatnya bangsa melayu ni. tak ramai yang bebetul ulat buku. Bukan suruh study matapelajaran kat sekolah pun, kalau iye, bagus la, nie pembelajaran dan peningkatan common ganeral language.
Lepak perpustakaan, baca la pasal buku-buku yang takde kene mengene dengan sekolah tetapi ilmiah.. Macam buku, jenis2 keretapi, bagaimana kumbang membesar disekolah ke.. apa-apa sahaja.. kelebihan adalah dari segi otak dipaksa bekerja dan pengolahan teknik pemikiran.


yang sangat malangnya adalah apabila kat rumah ada ASTRO, rancangan yang wajib adalah BOLA, SUKAN, DRAMA2 BODOH, MOVIE2 BODOH yang secara amnya tidak akan membuatkan anak-anak menjadi sedikit pandai , malang lagi apabila mak bapak yang memaksa anak-anak menonton akademi Fantasia BABI dan pelbagai pesta-pestaio maksiat di TV berbanding menonton dokumentari dan sebarang rancangan ilmiah yang lain. Belakang kalu, sibuk BISING PASAL ANAK2 SENDIRI TAK PANDAI BAHASA INGGERIS..  dah disuap dengan drama dari kecik, nak harap kat sekolah, dari tadika belajar grammar, sekolah rendah, sekolah menengah sampai la kat Universiti belajar Grammar!!! TIDAH la mengatakan kita nie pandai, tapi bolehlah nak sampaikan mesej, berbual dengan CINA2 dan INDIA2 yang masih tak boleh cakap melayu dengan baik, TAPI SIBUK NAK HAK SAMA RATA.


Sayugianya saya rasa, minat membaca dan keinginan membaca datangnya dari ibubapa yang suka membaca, dan dilenturkan pada anak2 sejak mereka kategori rebung lagi. Bila anak dah berbulu, sibuk nak anak baca buku, sibuk nak anak belajar bahasa ke-3, kan masa tu dia dah biasa dengan kebaikan hidup sebagai seorang ARTIS pujaan. KAN WAKTU TU KITA DAH IMPLEMEN DAN INCULCATE.. errr. menerapkan dalam jiwa diorang JADILAH BINTANG BOLASEPAK... JADILAH ARTIS PUJAAN... JADILAH PELAKON2 BITCH...


hish... Malangnya bila kurang membaca buku... malangnya bila orang lain tau kita tak tau.. MALANGNYA BILA TENGOK CERITA MATA ASYIK KAT SUBTITLE.... MALANGNYA...