baru layan dvd ceriter nie semalam... mmg hampeh, tapi yer la mesti la ramai yang suka ceriter macam ni.... ada yang kata suspense wooo... walopun aku gagal untuk suspense... well.. bagi aku , kalo aku buat review.. kang macam bagos la pulak, dan pastinya berjuta orang akan buat review ikut pandangan memasing..
Bagi aku lak, aku suka nengok dan nilai sesuatu tu, dari perspektif yang berbeza.. maybe kengkawan nanti boleh backup..
apa pengajaran ceriter nie sebenarnya...
well.. ceriter nie pasal sorang guide nie, macam biasa la trekking solo, (naseb baek ko tak buat kat hutan Msia trekking solo ni).. so, dia nie canyoneering. terkking di dalam canyon. apa yang berlaku adalah apabila di terjatuh, dan tangannya terhimpit / tersepit di antara sebiji boulder dan dinding. nak diangkat batu, tak boleh, nak buat takal, tak mampu. tersepit di celah2 rekahan dengan stok makanan yang sangat sikit.
So, apa pengajarannya ceriter ni.. dalam ceriter nie dia menyesal mengatakan dia tak bawak survival knife dia (swiss). dia cari masa packing tapi tak jumpa. Siap masa cerite nie dia kata never buy a multitools from china. mmg betu.. tapi jangan lupa, theyre growing to become a major economy player, dan mungkin juga barangan mereka akan lebih berkualiti pada masa akan datang.. Macam dulu2 org kutuk produk korea dan taiwan la..
Lagi apa kesilapan yang dia buat....
DIA tak bagitau sesiapa dia nak pergi mana... tak tinggalkan pesanan... tak jawab telefon.. etc..
lagi... dia tak bawak satellite phone atau GPS unit yang ada beacon function. Kalo kat Msia lain la, function tu takder lagi.
Tapi , mengaplikasikan pengajaran tersebut adalah apa yang selalu dapat kita perlihatkan di senario Pendaki Gunung atau penggiat rekreasi di Malaysia.
lets say, yang pertama, telupa bawa pisau serbaguna swiss knife dia..
Selalu kita perhatikan golongan pendaki samada bawa perkakas atau peralatan atau pakaian tak berguna dan tidak sesuai mengikut tempat yang nak dituju. DENGAN ERTI KATA LAIN, Kemalasan mewujudkan satu checklist setiap kali ingin ke ekspedisi.
SUKA saya mengingatkan bahawa malapetaka tak boleh dijangkan dan selalunya akn singgah pada golongan OLDTIMER< Golongan yang rasa diri dah power.. bak kata satu mamat oldtimer gunung nie dulu di cameron.. yang merendahkan pendaki lain .. dengan omongan pengalamannya yang pada waktu itu sudah 10 tahun dalam dunia pendakian.. (BODOH BETUL).... dan kononnya golongan trainer rekreasi yang tetiba tidak mampu mewujudkan stretcher untuk membawa si mangsa keluar dari tempat kejadian... atau pun golongan oldtimer yang menggunakan simpulan yang tidak sesuai sewaktu perkhemahan merasakan tidak perlu meningkatkan keilmuan rekreasi sebab diri sudah otai.. suda ada beg ribuan ringgit..
Galak kita perhatikan, golongan yang merasakan diri oldtimer nie, melakukan kesilapan dengan memandang remeh perkara-perkara yang kelak memakan diri, menyusahkan orang lain, dan sungguh menjelikkan alasan yang diberikan apabila mereka tidak perform seperti yang diharapkan kepada golongan penggiat rekreasi tahap OTAI... Ini bahayanya.. Golongan Otai terlupa bahawa mereka adalah dicontohi, dan di perhatikan oleh rakan-rakan penggiat rekreasi yang lain... nie siap ada otai kata, gegelung2 kat beg tu bukan utk tali tapi utk crab.. ada pulak yang kata, tak perlu bawak tali berjela2.. kerana tak sesuai dengan hutan kita.. bawak tali cukup2 utk pasang khemah, atau tali rafia je.. kang NALA nye BANGANG statement otai2 tu.
Oleh yang demikian, itulah dia pengajaran pertama yang saya perhatikan. Dan ini membolehkan kita solve perkara ini..
1. Buat checklist... MENGIKUT KESESUAIAN LOKASI yang ingin dikunjungi
2. PASTIKAN barang2 sudah lengkap sebelum trekking start, buat double check. tak cukup, beli, / pinjam / cari alternatif.
3. PASTIKAN Barang-barang disusun dengan baik, mempunyai berat yang baik dan mempunyai tahap CAPAIAN yang mengikut kesesuaian Keadaan.
Pengajaran ke - 2.
TAK BAGITAU SESIAPA...
haa.. nie mmg problem la ni... bukan bab mendaki je.. bab anak2 keluar rumah pun yer ni.. ntah kemana la g main, kang dah mahgrib baru balik.. tu semua nak kene liban ngan orang tua tu kang... hahahaha..... jangan wooo... dah power macamana pun, marah family macamana pun, keluar rumah bgtau ke mana nak pergi... banyak risikonye keluar bersendiri nie.. atau keluar tak bgtau sesiapa ni.. kene ingat.. macamana tak best pun, macamana hero pun kita merempit atas motor, yang menangis kat tepi katil hospital nanti adalah MAK kita jugak...
TAK BAWAK TELEFON atau alat perhubungan yang sesuai.
mungkin tak bawak sebab dah tau lokasi nak dituju takde line.. WEll.. kalo takde line, maybe utk ceriter 127 nie, bebudak tak mampu beli satellite phone la.. sebab base on true story... 2003? takde telefon satelit.. how about ham radio... err.. malas amek lesen.. ok fine.. malas bawak telefon with extra batteries.. emmm... atleast bawak.. samada ada line ato tak, kalo sesat, maybe kaki membawa ke lokasi yang ada line.. thats why antaranya instead of sesat pergi cari sungai, meneruskan ke lokasi tertinggi juga adalah pilihan yang bijak!
well.. banyak lagi.. kot pengajaran yang sama.. tapi aku rasa, aku dah tulis cukup panjang.. bukan utk orang lain baca pun.. utk mencambah fikiran lain kali kalo aku sendiri singgah baca.. kalo ada idea dan pendapat atau dialog, silakan sahaja...
hmmm... ini le ropanya mamat tu yang sebenar...