hari nie mentally down.. spiritually down.. motivation down..
semalam lap top kong, well.. ramai yang kata vista bongok, tapi nak buat camana, masa beli dulu mmg da ada preinstall dengan vista. tapi takpe la..
hari nie. mood takde... bukan pasal lap top je, siap tetinggal HP lagi. hampeh betul lah..
ditambah lagi dengan tahap frust dengan pegawai atasan kat sini. Apa la masalah diorang ni. Aku sentiasa buat yang terbaik setiap kali diberikan task. or atleast cuba buat yang terbaik. Aku teringat bila sampai kene overnight kat opis sampai kul 3 pagi.. alih2 ada pegawai mengaku dia yang lepak kat sini sampai kul 3 pagi.. siap dia tiawnye ngatakan aku takde kat sini.. ahahahaha....
aku heran kemana tahap motivasi para pegawai aku yang budiman dan kuat kipas. aku heran betul,
aku ingat lagi, sebab printer kat sini macam haram, aku beli printer sendiri , bawak ke opis, pakai reramai..
aku teringat bila di amanahkan aku jadi photographer takde tauliah, melilau aku carik ilmu fotografi ni.. belajat nak setting itu ini kat DSLR ni, belajar itu dan ini.. alih-alih, bila servis, tak nak, tangguh.. dah rosak.. senyap je... aku heran betul...
Bila assign aku buat buletin Agensi ni, gilo kau, aku nie kerani sambilan, ada SPM je... penah belajar akaun n marketing lingkup... atas dasar berpegang kepada kata-kata manis masa mula kerja dulu untuk sentiasa buat yang terbaik.. aku belajar sendiri guna adobe illustrator ngan photoshop. bila aku rasa maca aku dah ok ngan software ni... HARAM... senyap je balik... senyap je... tak jadi pun nak buat buletin tu...
bila aku propose nak buat buletin iklan mau celen city explorer, suruh aku gerak sendiri.... bila dah berjaya, baru kita akan buat launching katanya... haram... yg nie aku blame usahawan la.. gila murah aku buat satu page RM800.. muka depan lak tu.. muka dalam RM60 satu petak 4" x 3" pun diorang kata mahal... patut la iklan dalam cit eksplorer nie kapir je yang buat.
then, suruh aku buat blog... sebab hati aku dah pahit ngan semangat TAHI AYAM para pegawai berpendidikan tinggi, yang mempunyai kekayaan abadi dan kursus kecemerlangan yang bertimbun.. aku dah maleh dah... aku dah buat blog, aku dah buat multiply, aku diap iklankan ruang sewa dalam mudah,, dah berapa kali renew ntah iklan tu... haraammm... aku jaga je la, kalo ada yang kontek. nak suruh update,, aku cuma update bila ada iklan kursus je.. hati aku da paneh..
Then, alih-alih, aku kene campak ke BIZCOM ni, well, aku tak kesah, cabaran baru untuk aku... suruh jaga BIZCOM , nak buat one stop center konon, nak buat macam CC konon... hmmmm... bila aku tanya kenapa tak bgtau agensi lain, supaya salur maklumat ke sini, semua bertangguh! bila meeting, tak up pun pasal tempat ni. jawapan dia simple.. nak tengok sambutan dulu.. nak tengok sambutan apenye, orang tak tau tompek nie wujud, takkan aku nak guna duit aku buat banner ngan bunting pulak. Aku dah repairkan 3 PC kat sini, siap top up ngan external sound card lagi. aku tak mampu la nak buat banner utk tempat ni, nak iklan kat tepi jalan.. aku bukan ada umah beli cash ke.. kete buruk tu pun dah berapa bulan tak servis dah.. buta mata je tengok millage tu. rosak sini sana. nak repair tak mampu. bagi anak kandung makan maggie.
pedih dan berdesing gak telinga aku tadi.. adui.. then lantaklah... aku rasa semangat aku drop hari ni, notebook da masuk kedai, tu tak tau mana nak korek duit nak bayar tu nanti tu.. babi betul la.
sejak aku duduk kat Bizcom ni, aku da start jaga balik blog department aku ngan direktori usahawan aku ni. aku harap Allah berkati usaha aku nie, n semangat aku naik balik.. supaya aku tetap jaga maintenance tempat ni.. sok kalo nak tutup sangat sok... ( well i already expecting that as it is their standard of motivation in doing things around here... read all the above... ) nak serah kat department lain, be my guest, tapi apo aku takkan pedulik naseb PC2 ni, kalo nak rosak ke apa. sound card aku amek balik la. PCumah aku nye tu.
Teringat sorang immediate officer aku penah pesan, supaya jangan show off skill sangat masa kat sini, nanti orang akan keep on assigning you dengan maca2 task dan job sampingan.. The truth is, aku tak kesah, sebab ni peluang aku korek ilmu, apa saja task yg aku dapat, aku akan buat sehabis baik.. maybe dah tertanam dalam hati sebab aku nie pengakap takde persatuan. aku heran kenapa orang yg bercakap berdentam dentum utk meningkatkan kualiti usahawan kat luar macam takde feeling je bila masuk opis...
aku heran bila aku tengok sekeliling people arent doing enough sebab merasa malas, merasa terbeban sebab "tak masyuk" , aku heran bila orang yang sembang pasal think outside the box, create a new box.. ARE JUST SAYING FROM WITHIN HIS OWN BOX AND NEVER ABLE TO GET OUT FROM IT...
aku frust... tapi aku takkan tumbang, aku rasa hanep simpang je yang boleh buat aku goyang dalam seremban ni.setakat aki tiger, sampah2 kaki bebel leh g jahanam la. tarak buat aku goyang de. melalut pulak...
aku cuma akan tetap dengan pendirian aku, buat sehabis baik dekat mana diorang letak aku.. buat sehabis baik dengan job yang diorang bagi aku.. dan feel proud and stand tall while walking.