takpe lah, menyuarakan pendapat dan pandangan adalah freedom of speech..
( ye lah tu.. lepas ni kene aim )..
well... ada satu yang timbul di fikiran ini selepas berbual dengan seorang usahawan berjaya dan usahawan yang pada aku layak dijadikan contoh dalam dunia perniagaan bumiputera di Malaysia ni. Apabila usahawan ini ditawarkan dengan kemudahan oleh sat agensi kewangan semi gomen dan sebuah agensi gomen, beliau menolak. Alasan dia adalah akibat daripada proses dan prosedur yang menyusahkan yang datangnya dari agensi yang berkaitan.. hmmmm.... menarik, bagus kalau dicambahkan isu nie. bagus kalau kita melihat dari sudut yang berbeza.. maka timbullah idea untuk mengarang entri yang bakal membuatkan aku di black list / di aim nie, atau membuatkan aku kekal menjadi seorang budak berstatus sambilan sampai tua.. hahahahahahahah....
Ok, situasi nya begini...
Situasi A.
1. MARA sebelum nie sangat mudah memberikan pinjaman atau kemudahan kepada rakyat bumiputera yang ingin melibatkan diri dalam perniagaan dan pendidikan dimana-mana pun.
2. Orang melayu itu majoritinya memang satu bangsa yang amat liat membayar hutang dan menganggap hutangnya dengan MARA adalah satu hak milik mereka semulajadi / hak milik kekal mereka , maka mereka memang akan menggunakan duit pinjaman tersebut utk membeli kereta besar dan, renovate rumah supaya nampak kaya dan mewah.
3. Akibat dari kurangnya jumpah kutipan apabila dinisbahkan dengan jumlah pinjaman diberikan, maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan menjadi maka MARA kurang duit utk bina aset utk bumiputera dan mendapatkan pusingan untuk diberikan kepada pemohon yang baru. Baik pelajar mahupun usahawan.
4. Akibat kurangnya jumlah dana itu , samada MARA berpendapat perlu diberikan tekanan kepada peminjam / atau memilih peminjam yang lebih terjamin akan membayar balik hutang mereka / dengan cara mengadakan temuduga kepada bakal peminjam / mengadakan ujian psikologi atau yang terkini ujian psikometrik serta memastikan pemohon ada penjamin walaupun utk memohon pinjaman yang rendah tak lupa juga banyaknya benda alah yang nak diisi dengan kursus yang perlu dihadiri.
Situasi B.
1. Pemohon baik pelajar mahupun usahawan merasakan wujudnya satu prosedur leceh yang menyukarkan dan membuang banyak masa mereka untuk memohon sebarang kemudahan dari MARA.
2. Pemohon merasakan adalah lebih baik mengumpul suit sendiri utk upgrade business / atau pinjam daripada bank komersial akibat daripada kemudahan menguruskan permohonan.
Situasi C.
1. Pegawai besar-besar merasakan usahawan yang tidak memohon dengan MARA lah yang rugi....
2. Usahawan merasakan mereka takpa rugi sikit, asalkan tidak leceh, tidak membuang masa dan lelain...
SITUASI D.
Masyarakat keseluruhan, usahawan dan MARA juga rugi..... sebab???
1. Dunia perniagaan adalah dunia yang pantas berkembang, akibat daripada proses permohonan leceh yang memakan masa, maka pemohon option kepada swasta yang lebih mudah dan tidak leceh.
Atau... pemohon terus menyertai proses yang leceh dan membazirkan masa dan bersedia utk mengambil risiko akan pintas oleh pesaing sedia ada.
2. Memohon di bank komersil akan dikenakan interest yang lebih tinggi, Namunbegitu, akibat proses permohonan yang mudah, tidak melecehkan dan cepat, membuatkan usahawan bakal dibebankan dengan membayar bunga yang tinggi dan akan mengurangkan peluang untuk usahawan menikmati economy of scale / ekonomi bidangan.
3. Usahawan mengambil keputusan untuk mengumpul dana sendiri dan membuat penambahbaikan sedikit demi sedikit tanpa perlu bergantung dengan sesiapa. Walaupun mengambil masa yang lama, tetapi ianya lebih tidak membebankan, tidak merungsingkan dan lain-lain.
dari point-point yang diatas maka saya merasakan boleh dicambahkan dan dilihat dari perspektif yang lain atau dari sudut yang lain. Dan saya juga memberikan point atas dasar pendapat sendiri, DAN MENEPIKAN hujah-hujah keagamaan seperti, kalau kedai besar tak semayang pun tak guna, atau kalo nak lingkup, lingkup jugak etc...
Pernah sebelum ini saya memberikan pendapat peribadi saya kepada beberapa pegawai besar disini dan pegawai pangkat datuk kat HQ.. ( no wonder masih sambilan ) akan ketidakbagusan sistem penyimpanan data usahawan yang diguna pakai oleh MARA. sistem data guna file dan, kad ledger, etc.. mmg membuatkan kita tidak peka akan perkembangan terkini teknologi database dan lelain.
Saya bersetuju dengan pendapat usahawan tersebut bahawa Perlu diletakkan kelonggaran terhadap usahawan yang memohon kemudahan yang mempunyai sejarah perniagaan yang baik. Sebagai contoh, Usahawan yang ada bank statement yang bagus, profile yang bagus, sudah ada kelonggaran yang boleh diberikan kepada pemohon sebegini.
Lepas ni, saya nak promosikan balik kepada pegawai-pegawai saya akan keperluan menggunakan sistem database yang lebih terkini, dan mudah, yang berupaya menyimpan rekod usahawan dengan mudah. Usahawan cuma perlu buat update sendiri, pegawai boleh up menggunakan data sedia ada dalam simpanan lama, bagi memudahkan permohonan baru dari mana-mana usahawan yang pernah membuat urusan dengan MARA sendiri...
Perlu saya ingatkan juga sebagai sebuah agensi yang membantu usahawan bumiputera terutama nya yang kecil, perlu dilihat akan realiti e-dagang zaman kini. kita galakkan orang berniaga, tidak semestinya peniaga itu perlu kedai zaman sekarang ni, pengumpulan set harta komersial tu memang bagus la tu, tetapi dengan dunia sekarang ni, kita perhatikan hanya usahawan yang dah jadi jutawan je boleh beli kedai.. hanya pegawai je yang boleh beli rumah teres, setakat umah 3 bilik , 2 bilik air besar jamban beruk pun dah 150, 000 dah harga sekarang ni.. kene merompak dan main nombor ekor dulu la kalo nak beli umah.. hahahahaha.. Oleh yang demikian, penggalakan bentuk macamana??? sila belek internet dan perhatikan betapa ramai usahawan yang menjalankan perniagaan didalam internet.. perhatikan juga mereka buat kebanyakannya secara separuh masa.. kenapa??? mudah... aje... kalau nak upgrade kos nya tinggi, kos nye LECEH, LEMBAB, MEMBEBANKAn, tidak mesra pengguna dan pelbagai lagi..
Sekiranya datuk2 baca email ni dan tidak menjadikan ianya spam.. saya mohon maaf, dan bersedia untuk naik ke HQ untuk menerangkan dengan lebih detail kepada tuan-tuan sekiranya tuan sudi.. demi kebaikan MARA juga...
utk makluman pembaca, tanpa mengedit, saya akan menghantar tulisan ini terus kepada HQ, dan mengharapkan bahagian Pembangunan Usahawan akan alert terhadap pendapat ini, take it into consideration , try to improve ourselves. demi nama baik MARA, demi usahawan bumiputera.
p/s : kalo lepas ni kene buang kerje, atau tidak disambung perkhidmatan.. maka kene la start jual sependa dalam internet pulak.. hahahahahaha....
sekiranya ada pendapat untuk penambahbaikan, sila berikan utk dikongsi...
mag · 732 weeks ago
tahniah,,dan syabas atas keprihatinan anda terhadap perkara ini...
pada pandangan saya amat bersetuju mengikut dari setuasi A hingga D . kami amat bersetuju dengan pandangan ini dan ini lah situasi2 yang terpaksa dilalui oleh peniaga bumiputera bagi menjalankan perniagaan..tetapi harus diingat, kalo nak jadi businessman dan terlibat dalam bidang keusahawanan ni, kita seharusnya telah bersedia dan menetapkan matlamat apa yang mahu dicapai dan yang paling penting apa sebenarnya perniagaan yang mahu dijalankan serta kemampuan kita dari segi wang ringgit,tenaga,masa....seperti teori modal+kemahiran+masa=kejayaan...
strategi bisnes juga kena ada....mana boleh niaga main ikut2 orang....last2 x terikut terus lingkup...
MARA berhak menetapkan syarat2 yang mereka rasakan perlu supaya usahawan ada kesedaran...usahawan pula kena bersungguh2 untuk membuktikan kemampuan dan kredibiliti sebagai kayu pengukur kepada pihak2 yang diharap boleh membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan...kalau x dapat bantuan, usahawan kena fikir positif x kan nak jadi melayu survival sampai bila2....kalau nak maju kena jadi melayu survive....bangsa lain ok je....
pendapat kami, MARA kena mainkan peranan dalam membentuk komuniti yang berfungsi sebagai kumpulan pemantau bagi setiap usahawan yang telah diberikan pinjaman...bak kata pepatah, jangan seperti memberi sebatang rokok,da la bagi free, lepas tu x pandai2 nak pulang balik...last2 rokok tu bagi bahaya kat kedua2 pihak....
cuba kita bagi usahwan pinjam spana, lepas guna pulang balik...usahawan lepas guna spana dapat duit, mereka yang bagi pinjam alhamdulillah dapat pahala akhirat...heheehehe
aminnnn..................MAG2011
nizran 24p · 731 weeks ago
didalam MARA ada tugasan Susulan dan ini dilakukan oleh pegawai2 dan Pen. Pegawai yang ditugaskan.. Tapi saya kira mungkin masalah tak cukup tangan.. Mungkin sekiranya tugas ni di serahkan juga PBUD di daerah.. Tugas mendapatkan update dari usahawan ini saya buat dulu, fuhh... berdesing telinga nak tepon sorang2 usahawan.. jumlah on paper berpuluh ribu...
Namun, saya kira kalo HQ lebih terbuka utk cadangan dan sanggup implement cadangan orang bebawah ni... maybe... something have happen, or, the result can be known.. rather than biarkan options terawang-awang...
Attitude usahawan seperti perenggan abang yang terakhir tu.. hehehe, saya da jumpa yang lagi teruk!! yang diberikan nasi minta tolong kunyahkan nasi utk dia pun ada... (perumpamaan)