19 March 2011

Kronologi kehidupan Rabu - Jumaat 16 - 18 Mac 2011

Arakiannya pada hari Rabu 16hb telah berlaku lah satu hujan yang sangat lebatnya di kawasan Seremban, diiringi pula dengan angin yang sangat kuat!!! perghh... permulaan mukadimah gua mmg best..

ok, so, masa hujan turun tu masih dekat opis, tengah update blog seorang usahawan ni , turun la hujan lebat ni, habis sampai bilik curve kat PUSMA atap bocor, mencurah2 air turun, nie kalo tadah baldi pun takde hasil sebab mesti cepat penuhnya..
then, mak pun tipon, ngatakan bilik ateh air masuk, atap umah bocor la ni.. so, petang tu, abang masukkan sen, (sebab gua takde sen) dan beli zink utk cover atas genting kat atas atap tu.
bila dah buat semua tu, niwan anta balik uman, amek nurul dan macam biasa, balik umah, relax2, tido...

Khamis - pukul 3 pagi, sambil lelan-lelan tido tu, perasan Nurul da bangun, himpit, sambil panggil abah2, etc, tapi masa tu takde la rasa pape, agaknya sebab aku tak layan sangat, di kaco la ibunya, plak, tup tup ibunya perasan, badan Nurul panas.. aiseh, demam la gamaknya anak aku ni...



pagi tu try bagi makan ubat lepas check temperature badan dia, memang panas, catat 38.5c. Pergh... paneh tu!!! alamak, risaunya!! bagi Nurul makan ubat, lepas tu dia macam ok balik, dan lelap.

pagi tu, macam biasa bersiap, badan Nurul panas lagi, so isteri pun rasa macam tak nak pergi keje, nak cari ubat utk nurul. G la cari 2 klinik, ye la, klinik semua tutup lagi. Pergi yang kat taman telawi, Klinik apa ntah nama dia, lupa pulak, bukak dah... terus masuk beli ubat nurul.

bawak g umah mertua, tinggalkan nurul dan ibunya kat situ, dan sambung g opis, legalah rasanya hati ni sebab ibunya dapat jaga nurul yang demam. Tapi alih2 masa kat opis tu, ibunya call.. kata boss dia suruh datang gak keje, sebab staff lain banyak cuti. nak tak nak, dia g la keje, mintak tolong amin anta naek moto... hampeh betul la boss dia ni. tapi katanya nurul macam da ok.petang tu ajak mak g lawat nurul, mintak tolong eddie coverkan kejap BIZCOM. dapat la layan nurul, carikan air kelapa etc.

bila balik keje tu, ambil isteri kat opis dia, terus runner balik utk amek nurul Nurul macam biasa merengek2,
Asyik nak melekap aje, takde energy la tu, da tak nak makan sangat.. so, nak pujuk dia makan, bawak la dia ke Marrybrown kat ocean tu. Dia tetap tak nak makan, then bawak dia jenjalan, belikan biskut dan cokelat nutella tu, tiga calit je nak.. lepas tu tak nak dah.. masa keluar dari ocean tu, test la temperature dia lagi.. hamek ngko, 39.1!! terus balik umah, ajak mak g klinik (sebab mak ada duit sikit.. hohohoho) dan bawak nurul g klinik, hampeh Dhillon tutup. G la satu klinik kat senawang ni, doktor check temperature nurul 37c.

tapi perasan dia tak cucuk direct kat dalam lubang telinga Nurul, cuma sipi je,. aik,, biar betul doktor ni, tapi ye la kan, da nama doktor, kita nie kerani bodoh, layan je la.. doktor bagi ubat panadol cecair dan antibiotic, katanya kalo demam datang balik lepas 3 hari. check darah.

ok la, lepas tu, balik umah mak jap, nurul makanla sikit bubur santan.. hape ntah, tapi makan gak la suku ,lapang hati ni tengok dia nak makan. tapi still setiap 4 jam, bagi dia makan ubat,

Pagi nie, lagi sekali Syima tak g keje, dapat dia jaga Nurul, hati pun tak risau sangat, masa call dari opis tu, katanya ok, leh memain da,, Alhamdulillah, syukur, lega hati lagi.. bila balik tadi, sampai je umah mertua, dengar dia nangis , terus dukung dia, ok, badan tak panas sangat, tapi merengek2, da macam biasa pujuk nak bawak g jalan, laju je dia cakap "jom" hahahahaha....

bawak Nurul balik umah "bawah" dulu, mandi bersiap dan packing sebab malam ni planning nak tido umah sikamat pulak ( umah mak). Tapi kene g ke majlis tahlil PMN dulu kat rasah, walopun hujan lebat kitorang pergi juga, mmg kalo jemputan majlis zikir nie jarang ditolak. ok nurul macam dah ok sangat. cuma merengek mengada-ngada tu biasa la.. comel sangat ngan tudung dia tu.

habis majlis, terus balik umah mak kat sikamat, wahh.. ada kentang lenyek KFC, Isteri try la bagi dia makan, Alhamdulillah, banyak gak dia makan, ada la setengah mangkuk kecik kot.. lepas setengah jam, terus bagi dia makan ubat... sambil taip ni, baru je bawak Nurul tido dalam bilik, aku lak merayap keluar bilik sebab nak naip entri ni,, hahaha...

Ya Allah, aku mohon agar kau selamatkan anakku Nurul binti Rosyima, dan peliharalah dia sebaiknya, sembuhkanlah penyakit yang dhidapinya Ya Allah... amiin...

Semoga Nurul cepat sembuh, jap lagi nak naik tido, nak cium pipi dia sebelum tido... i love my family so much.