02 March 2011

Bagaimana Berblogging membantu perniagaan anda

Ramai berpendapat bahawa hanya peniaga kecil atau sederhana yang melakukan perniagaan secara sambilan (part time) sahaja yang perlu menggunakan blog sebagai satu medium untuk memasarkan produk mereka. Pendapat ini adalah salah. Logiknya, awam berpendapat syarikat yang besar hanya perlukan sebuah laman web dan ini memadai. Hakikatnya, apa sahaja bidang, atau saiz perniagaan anda, anda tetap memerlukan blog.
Sebegitu penting berblog pada masakini sehinggakan syarikat-syarikat besar menggalakkan pekerja mereka berblog. Kenapakah sampai sebegitu sekali? Apakah alasannya sampai sebegitu penting berblogging?
jeng jeng jeng.....





Kita semua sedia maklum, terdapat ramai usahawan kecil-kecilan yang menggunakan berbagai medium lain di Malaysia seperti e-bay, mudah, OLX, 88db, lot.my dan pelbagai lagi sebagai satu method atau langkah untuk memasarkan produk anda di internet. Berblogging juga adalah satu cara untuk memasarkan produk di internet, tetapi dengan pelbagai nilai tambah yang sangat menguntungkan usahawan-usahawan tersebut.


1. Pengunjung Online: Blog boleh membantu dengan meningkatkan pengunjung didalam talian (online). Pengunjung yang datang ke laman blog anda berpeluang untuk mengenali produk anda, melihat profil perniagaan anda, sejarah perniagaan anda dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap blog anda.  Banyak syarikat yang mempunyai laman web yang komprehensif menggunakan blog mereka untuk sesi perbincangan dan nasihat tentang produk atau perkhidmatan mereka dan tempat di mana pelanggan boleh membincangkan pengalaman mereka. Pengunjung juga boleh menjadi pengikut anda sekiranya mereka berpuashati dengan anda , dan mereka akan menerima berita kemaskini dari anda secara terus di blog mereka, atau email mereka atau telefon bimbit mereka! Mereka dan anda juga boleh mewujudkan jaringan (link) antara satu sama lain, dan ini meningkatkan lagi tahap capaian dan jangkauan maklumat!

2. Memudahkan Carian (traffic): Apabila anda masuk kemana-mana laman carian seperti google dan yahoo, anda kemudiannya akan menekan satu kata kundi di ruangan cari (search) untuk mencari apa sahaja yang diingini. Dengan menggunakan blog bersama dengan kata kunci yang tepat dan sesuai, bakal pengunjung ke laman anda akan lebih mudah mencari anda, dan ini akan membuatkan anda lebih diketahui. Matlamat untuk tersenarai di 3 mukasurat pertama laman carian adalah tertakluk kepada penggunaan kata kunci yang sesuai, dengan erti kata yang lain, lebih anda di muka kehadapan,  kebarangkalian blog anda akan dipetik (click) adalah lebih tinggi!

3. Mengukuhkan keyakinan dan pelanggan setia: Blog bukan sahaj atempat untuk anda memaparkan produk anda, namun ianya membuka ruang pertanyaan, santai, ruang perbualan dan perbincangan serta perkongsian maklumat. Anda dan pelanggan anda bebas untuk berkongsi maklumat, menyuarakan pendapat dan lain-lain. anda juga boleh membangunkan satu komuniti yang sentiasa mendapat apasahaja maklumat perniagaan anda, perkembangan perniagaan anda , dan lain-lain daripada blog. Semua maklumat ini akan tersimpan dan boleh dirujuk atau dibaca oleh pengunjung pada masa akan datang yang mana ini akan membina satu kepercayaan, membina pengikut dan pelanggan setia, membina perniagaan anda, membina satu profil, merekodkan perniagaan dan pertanyaan dalam talian dan akhirnya, meningkatkan keuntungan anda!

Pendek kata, berblogging adalah sangat menguntungkan baik kepada usahawan-usahawan, mahupun kepada mereka-mereka yang ingin merekodkan perjalanan hidup mereka didalam satu-satu medium di internet.

Bagi mereka yang membaca artikel ini, berikut adalah antara laman-laman cadangan yang membolehkan anda melaksanakan projek anda..

Laman :

blogspot
wordpress
multiply
myspace
friendster
facebook

dan lain-lain.