as-salaam... tadi dalam pukul 8:30malam pergi meeting ngan sedara-mara dekat umah si Lalok... meeting urusan Majlis persandingan..
25 mac... malam akad nikah...
26 Mac... umah pengantin perempuan..
27 Mac.. sanding di rumah lelaki...
Tugasan dah diberikan, cuma harap semuanya akan berjalan lancar.. aku akan jaga hal-hal khemah..
nanti kalo dah majlis nanti, harap2 ada kamera, leh amek2 gambar, dan updatekan.. kesian bg bebudak lainnya gambar takde..
hmmmm btw..... Zamani bertunang ngan Adik.. 3/3/2011... kat Taman Lily.. punya la lama taman ni kat senawang.. baru la ni pergi sana..
well.. kenapa tajuk entri nie blogwalking?
Bukan apa, aku nie gile rajin blogwalking, bukan apa, sejak rajin update blog pusma ni, kerja asek blogwalking promosikan blog pusma ni.. harap dapat membantu lebarkan dan luaskan tahap capaian maklumat keusahawanan kepada para usahawan... dapat bgtau info2 terkini MARA pada diorang... dapat membantu promosikan kedaikan diorang... dapat membantu meningkatkan trafik diorang... aku harap sumbangan ini diberkati Allah sebagai usaha aku membantu anak bangsa sendiri yang menjadi usahawan... dan aku tak buat utk blog aku sendiri... yakni... yang ini... ada siap marah lagi, suruh buat juga, dan pasang iklan... hehehehe... sapo la rajin na nokan button iklan ni?? buek boghek blog yo... Sebenarnya aku tidak bermotivasikan itu. Peduliklah apa orang nak kata.
lawaknya, selalunya orang buat blogwalking nie sebab nak promosikan blog sendiri... harap2 orang akan singgah blog diorang, baca entri diorang.. harap2 penulisan dan kesah hidup yang gempak tu akan dibaca orang... untuk perhatian? mungkin ye ... mungkin tidak... ada yang ikhlas menulis.. ada yang mencari perhatian... ada yang macam aku nie.. tulis utk sendiri baca... harap2.. beli produk diorang dan untung2 akan tekan ad nuffnang ke atau ad yang lain so leh dapat extra income untuk diorang.. harap bila diorang baca shout aku, diorang tak fikir macam tu, sebab, dalam blog pusma mana ada ad utk org klik.. takde... ikhlas je semua ni.. kalau nak daftar iklan then letak akaun aku.. kononla kemudian akan diagihkan kepada dana pusma... macam poyo.. ghonti'anla..
Namunbegitu, nampaknya blog walking indeed penting, dapat rasakan follower dan penyinggah memang akibat dari blogwalking tu..
Maka akibat dari yang tersebut... maka teringin la aku nak menulis akan kelebihan blogwalking ni.. hmmm entri nie kene study and researdh dulu ni..
apa itu blogwalking...
apa kelebihan blogwalking...
1. increase traffic.. (market our product)
2. cari idea untuk menulis...
3.sambil2 tu, membaca entri mana2 blog utk ilmu dan maklumat
4. pertambahan pengunjung kedalam blog juga secara tak langsung adalah satu bentuk motivasi yang boleh menggalakkan blogger atau usahawan tersebut, sentiasa update, sentiasa ingin menyediakan bahan yang terbaik, etc...
ada banyak lagi kot, tapi aku belum nak huraikan semua.. aku cuma nak point tu wujud dulu, bukan apa, aku nie pelupa... kang idea tu berduyun, tapi aku tak tau nak buat mana satu... alih2 aku lupa.. so aku buat entri cenggini dulu... dan savekan dalam draft... bila korang baca entri nie nanti, maknanya... lama la dah simpan dalam draft aku tuh... hohohohohho
haaa... lagi satu aku kira... adab blogwalking...
then maybe leh sentuh sikit dengan follower... beza follwer dengan blogwalking...
then adab comment dan meninggalkan komen..
- asalnya dulu blogwalking nie bermula dengan pengunjung blog meninggalkan komen dalam entri blog yang dia kunjungi, kemudiannya dia akan memperkenalkan diri dia dan meninggalkan entri untuk ke blog dia... Aku kira ini lah definasi blogwalking asalnya dulu.. kemudian baru terciptanya kotak sembang.. kotak sembang yang aku rasa asalnya dipopularkan oleh MSN messenger dan yahoo messenger...
walaupun ianya bertujuan untuk sembang / chat, ianya aku rasa memang digunakan semata-mata untuk tujuan blogwalking...
jadi apa adabnya blogwalking ni...
Kalau dilihat dari definisi yang diberikan tadi, ianya bermakna blogwalking ni adalah apabila sesorang itu, mengunjungi mana-mana blog milik orang lain, meluangkan masa untuk membaca entri didalam blog tersebut, dan meninggalkan komen didalam blog tersebut yang mana pengunjung itu juga akan meninggalkan jejaknya disitu. Ok tak definisi ciptaan tu? atau ada lagi yang bagus.. sila bgtau untuk aku updatekan.
Adab Blogwalking
So, sekiranya anda faham mengenai apa itu blogwalking, ini bermakna anda tahu bahawa anda sebaiknya meluangkan masa untuk membaca entri pemilik blog tersebut. Apabila anda baca, maka anda akan meninggalkan komen yang sesuai dengan entri tersebut. adalah juga diharapkan agar komen yang dibuat, sesuai dan tidak remeh seperti hanya meninggalkan perkataan seperti "hehehehe...." sahaja. Bukan tak boleh, cuma kadang-kadang tu, komen yang ditinggalkan tu tidak menunjukkan yang si peninggal komen tersebut benar-benar faham akan entri yang dibuat dan hanya bermotivasikan untuk meninggalkan link kepada blog dia sahaja. Saya perhatikan ini memang kerap berlaku.
Sekiranya pemilik blog tersebut melihat anda memberikan komen di entri mereka, ini juga boleh membuat beliau tertarik untuk mengunjungi blog anda pula.
Maka anda sudahpun mendapat kebaikan yang perta iaitu meningkatkan 'trafik' ke blog anda.
Kemudian, beliau membaca pula pos anda....
Maka anda sudahpun mendapat kebaikan bahawa entri anda samada hak milik anda mahupun anda salin dan tampal dari sumber lain, sudahpun ditonton dan dibaca ...
Kemudian, beliau pula meninggalkan komen beliau....
Maka anda sudahpun mempunyai seorang "bakal sahabat " online ....
Kemudian, demi memastikan diri beliau diupdate dengan entri anda, maka beliau pun mengambil keputusan untuk menjadi pengikut(follower) anda..
Maka kini anda mempunyai peminat kepada penulisan atau entri anda!
Apakah kebaikannya lagi kalau beliau menjadi follower anda? Selalunya blogwalker adalah orang yang akan menekan / klik pada wajah anda atau avatar anda yang mana tertera di blog lain yang anda follow, apabila avatar anda di klik, maka akan keluar senaraidan link blog yang anda follow, sekiranya blogwalker tersebut menekan link tersebut, blogwalker itu akan secara automatik masuk ke blog link yang ditekan. Ini akan membuka satu lagi ruang bakal sahabat online dan meningkatkan jumlah bakal pelanggan dan meneruskan ulangan reaksi berantai seperti semua yang diatas.
Sebab itulah tuan-tuan kenapa syarikat-syarikat besar di luar Malaysia bukan sahaja memiliki web rasmi syarikat, ia juga mempunyai blognya untuk mengupdate aktiviti syarikat dan syarikat juga menggalakkan kakitangannya berblogging dan meminta agar kakitangan yang memiliki blog mewujudkan link atau pautan ke blog dan web syarikat. Secara tidak langsung, blog-blog kakitangan syarikat ini sudahpun menjadi agen pemasaran atau marketer tidak rasmi syarikat yang tidak memerlukan kos! Bijak tak?
Jadi, begitu lah sedikit huraian mengenai kepentingan blogwalking ini. Sekian terima kasih...
lepas ni, nak fikir macam mana nak poskan semula entri ini ke blog pusma agar lebih rasmi rupanya... hohohohohoh0...
:- nizran 3:17 a.m 6 Mac 2011